Monday, August 6, 2012

Part 3 Sg Leleh Pahang - Peguam Ahli PKR Ditugaskan Untuk Pecah-belahkan Masyarakat Orang Asli


Lebih kurang dua tahun lepas Kerajaan Negeri Pahang melalui anak syarikatnya Mentiga Corporation Berhad hendak menjalankan operasi melombong bijih besi di sebidang tanah yang berkeluasan lebih kurang 50 ekar di Kg Sungai Leleh, Lanchang, Temerloh, Pahang. Di kampung tersebut terdapat penempatan orang asli suku Temuan.

Bagaimanapun kawasan yang hendak dijalankan operasi melombong berkenaan tidak melibatkan kawasan penempatan orang asli. Ianya hanya melibatkan ladang-ladang Risda. Kebanyakan mereka yang menjadi peserta ladang Risda berkenaan adalah orang-orang asli di kampung berkenaan.

Jumlah keseluruhan tanah yang menjadi ladang Risda 250 ekar. Yang diambil untuk kerja perlombongan hanya 50 ekar.

Sebelum tanah tersebut diambil, perbincangan demi perbincangan telah diadakan yang melibatkan Adun Lanchang, MB Pahang , Risda dan Jabatan Kemajuan Orang Asli. Orang-orang asli di kampung berkenaan juga pernah ke rumah MB Pahang bagi membincangkan perkara berkenaan.

Akhirnya persetujuan telah dicapai dimana seramai 80 orang asli yang menjadi peserta Risda ditanah seluas 50 ekar dibayar pampasan setiap bulan dimana jumlahnya sepertimana yang dibayar oleh Risda.

Bukan setakat itu sahaja MB Pahang juga meminta Mentiga membayar pampasan jika ada tanaman tidak kira apa sekali pun yang terusik. Mentiga juga bersetuju untuk memberi sumbangan sebanyak RM 5000 sebulan kepada JKKK berkenaan untuk program kemajuan orang asli kampung berkenaan.

Tidak cukup dengan itu , orang-orang asli di kampung berkenaan juga diberi keutamaan untuk bekerja dengan syarikat berkenaan untuk kerja-kerja di lombong bijih besi itu.

Akhirnya semua bersetuju dan satu perjanjian telah ditandatangan antara orang-orang asli dengan Mentiga.


Selepas itu mula kedengaran sosek-sosek apabila mereka yang bukan peserta Risda dan tidak mendapat bayaran bulanan juga menuntut bayaran yang sama dari Mentiga. Mereka mula kata itu tanah mereka , tanah nenek moyang dan sebagainya.

Perkara tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan PKR. Seorang peguam PKR masuk ke kampung berkenaan...., baca seterusnya klik
SINI

No comments: