Thursday, August 9, 2012

Part 4 Sg Leleh Pahang - Barua Barua Anwar Hanya Tahu Hasut & Bohong...!

Kenapa serangan bertali arus dilancarkan oleh juak juak murahan PKR terhadap negeri Pahang Darul Makmur ketika saat PRU ke 13 mengunjung tiba...?

Secara tiba tiba sebuah daerah dalam DUN Lanchang kini menjadi sasaran kerja jahat PKR sepertimana lazimnya mereka akan menjalankan tugas untuk proses "adu-dumba" pentas politik tanahair negara kita.

Watak pimpinan dan barua barua PKR yang memiliki kepakaran "menangguk di air yang keruh" cukup licik dan terkesan untuk mengundang sokongan beberapa kerat rakyat yang kurang pengetahuan dan mudah diperdayakan!

Kisahnya mengenai kawasan operasi melombong bijih besi oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui anak syarikatnya Mentiga Corporation Berhad di sebidang tanah yang berkeluasan lebih kurang 50 ekar di Kg Sungai Leleh, Lanchang, Temerloh yang ada terdapat penempatan orang asli suku Temuan menjadi tumpuan barua barua PKR.

Persetujuan telah dicapai melibatkan Adun Lanchang, MB Pahang, Risda dan Jabatan Kemajuan Orang Asli dimana seramai 80 orang asli yang menjadi peserta Risda ditanah seluas 50 ekar dibayar pampasan setiap bulan dimana jumlahnya sepertimana yang dibayar oleh Risda.

Tiba tiba muncul syaitan jelmaan produk PKR..., seorang peguam yang juga ahli PKR datang ke kampung tersebut, kononnya untuk membela hak Orang Asli bukan peserta Risda dan tidak mendapat bayaran bulanan.

Mereka membuat tuntutan bayaran yang sama dari Mentiga dan mula kata itu tanah mereka , tanah nenek moyang dan sebagainya.

Portal yang sememangnya berkiblatkan kepada Pakatan Pembangkang, Free Malaysia Today [FMT] cuba membangkitkan isu ini dengan tuduhan yang tidak berasas malah mereka yang didalangi pimpinan PKR 'menyogok' beberapa orang Asli yang tidak ada kena mengena dengan tanah tersebut untuk tampil kehadapan seolah olah orang Asli yang ditemubual itu adalah mangsa dalam isu ini

Peguam terbabit telah berjaya mendapatkan senarai nama penduduk yang membuat bantahan kononnya sebagai bukti bilangan peserta RISDA yang membantah dengan pelaksanaan projek untuk mengeluarkan bijih besi oleh anak syarikat kerajaan Pahang, Mentiga Minning.

Nama-nama penduduk yang diambil itu, dipercayai telah disalahgunakan oleh ahli peguam tersebut terbabit di mana kesemua didaftarkan sebagai ahli PKR…

Kg Sungai Leleh Lanchang ini bukanlah sasaran pertama PKR yang 'pakar' untuk menghasut rakyat, menipu rakyat dan memutar-belitkan fakta di negeri Pahang untuk kepentingan politik mereka...

Juak juak murahan PKR pernah cuba menggegarkan persada politik tanahair kunuunnya kilang memproses nadir bumi milik Lynas Corporation Limited di Gebeng Kuantan adalah tidak selamat, teramat MERBAHAYA untuk rakyat di sekitar Kuantan Pahang....

Namun akhirnya mereka gagal dan kecundang dan portal yang sama iaitu FMT terpaksa memohon maaf seperti bukti dibawah ini.

Hari ini portal FMT sedang bertungkus lumus bersama dengan juak juak murahan barua PKR menghasut golongan Orang Asli yang tak sedar diuntung penduduk Kampung Sungai Leleh di Lanchang untuk membenci kerajaan negeri Pahang...!

Modus Operandi mereka serupa, matlamat mereka sama, perwatakan dan peranan mereka juga tiada beza...

Inilah dia hasil kerja anak didik yang menjulang pemimpin mereka daripada golongan seorang peliwat dan penzina isteri orang!

No comments: