Friday, August 10, 2012

Part 5 Sg Leleh Pahang – Fuziah Salleh Akan GAGAL Lagi Seperti Kegagalan Isu LYNAS…?

Blog MIK meneruskan kupasan menceritakan mengenai usaha usaha jahat PKR yang menggunakan seorang peguam dan portal FMT cuba eksploitasi isu kununnya mahu “membela” hak Orang Asli di Kg Sungai Leleh….

Kisah mengenai Orang Asli bukan peserta Risda yang tidak mendapat bayaran bulanan dalam kawasan operasi melombong bijih besi oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui anak syarikatnya Mentiga Corporation Berhad di sebidang tanah yang berkeluasan lebih kurang 50 ekar di Kg Sungai Leleh, Lanchang, Temerloh.

Pada espisod yang lepas Part 4 [sini] kupasan Blog MIK jelas menyatakan Kg Sungai Leleh Lanchang ini bukanlah sasaran pertama PKR yang 'pakar' untuk menghasut rakyat, menipu rakyat dan memutar-belitkan fakta di negeri Pahang untuk kepentingan politik mereka...

Juak juak murahan PKR pernah cuba menggegarkan persada politik tanahair kunuunnya kilang memproses nadir bumi milik Lynas Corporation Limited di Gebeng Kuantan adalah tidak selamat, teramat MERBAHAYA untuk rakyat di sekitar Kuantan Pahang....

Namun akhirnya mereka gagal dan kecundang dan portal yang sama iaitu FMT terpaksa memohon maaf seperti bukti dibawah ini.

Mari kita singkap semula gerak kerja juak juak murahan yang bernaung dibawah panji PKR yang berimamkan seorang peliwat dan penzina isteri orang.

Sasaran mereka hanyalah meraih kebencian dan mengelirukan rakyat terhadap apa sahaja usaha kerajaan Barisan Nasional untuk mensejahterakan negara ini. Setiap projek BN akan ditafsirkan sebagai pembaziran, ada elemen salahguna kuasa, ada elemen penindasan dan apa sahaja asalkan matlamat juak juak murahan ahlol tolol PKR mahu pemikiran rakyat tidak menerima sebarang kerja pembangunan kerajaan BN.

Begitulah juga dalam isu operasi melombong bijih besi di sebidang tanah 50 ekar di Kg Sungai Leleh, Lanchang, Temerloh oleh Mentiga Corporation Berhad sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang.

PKR sudah “terhidu” satu peluang nakal untuk proses “pengeboman” isu panas dinegeri pentadbiran kerajaan Barisan Nasional…!

Mengikut penjelasan Adun kawasan berkenaan yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata Kerajaan Pahang tidak akan ambil atau kacau kampung orang asli berkenaan.

“ Kerajaan Pahang hari ini memberi jaminan tidak akan mengambil sebarang tindakan apatah lagi mengganggu mahupun merampas tapak rumah di kawasan penempatan Orang Asli di Kampung Sungai Leleh terutama yang membabitkan projek mengeluarkan bijih besi.

“Sebelum ini, pernah ada projek yang kerajaan negeri telah luluskan tetapi kita tangguh dahulu sehingga mendapat persetujuan daripada penduduk di situ… jadi saya rasa tidak timbullah apa yang dikatakan tanah rumah penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Leleh akan diambil.

“Saya beri jaminan sebagai wakil rakyat dan exco kerajaan negeri bahawa perkara ini tidak akan berlaku… kita sentiasa ambil pendekatan untuk berunding sekiranya berlaku apa-apa,” katanya.

Menurut Sharkar lagi, kawasan perlombongan yang diusahakan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Mentiga Minning Sdn Bhd di Sungai Leleh adalah di atas tanah yang dimiliki oleh kerajaan Pahang.

Disebabkan di luar kawasan tersebut terletak perkampungan Orang Asli, maka wujud golongan-golongan yang cuba mengambil kesempatan melalui politik murahan dengan menyuntik cerita-cerita buruk berkaitan kerajaan negeri.

Mari kita lihat ‘track record’ golongan golongan yang pernah cuba meranapkan pembangunan kemajuan negeri Pahang…. Usaha jahat juak juak murahan penjilat penjilat tegar Anwar Ibrahim yang menjadi ahlol tolol PKR!!

Lynas Corporation kilang memproses nadir bumi telah cuba disabotaj oleh juak juak murahan pencacai Anwar…! Mereka heret rakyat, mereka tipu rakyat negeri Pahang kununnya projek ini akan mendatangkan bahaya.

Namun begitu, seluruh negeri Pahang terpaku seketika, tergamam juga pimpinan Pakatan Pembangkang dibuatnya seketika apabila Ahli Parlimen PAS seorang pakar Nuklear, Dr Che Rosli mengesahkan projek Lynas sebenarnya tidak merbahaya….

Saksikan video klip sebagai bukti sahih…!



Maka dengan itu tidak hairanlah, Kampung Sungai Leleh di Lanchang, Temerloh kini menjadi next target point untuk PKR meneruskan agenda jahat mereka menghasut dan menipu rakyat Pahang…!

Setelah gagal dalam menipu rakyat mengenai isu Lynas, kini Sungai Leleh pula menjadi taruhan.

Apakah kerja kerja jahat menjahanamkan projek anak syakrikat kerajaan Negeri Pahang di Sungai Leleh ini “terpaksa” menjadi benchmark dan KPI buat satu satunya Ahli Parlimen PKR di Pahang, siapa lagi kalau bukan betina yang paling kuat menyalak sewaktu cuba menghasut rakyat dalam isu Lynas.

Iya siapa lagi kalau bukan Fuziah Salleh….. !!

[Kenali Fuziah Salleh, klik sini]

No comments: