Wednesday, August 22, 2012

PAS Akan Keluar Kenyataan Sokong Karpal

Melanau Blogger

Sandiwara hudud diantara PAS dan DAP kelihatan semakin menarik, penuh dengan rencah-rencah sinikal yang seakan tidak berkesudahan.....

Rupanya perang kata-kata antara Karpal Singh dan mantan timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa tidak hanya terheret ke mahkamah, kerana dalam PAS seperti sudah ada percanggahan pendapat serta pecahan tersendiri yang terhasil dari skrip penuh drama oleh beberapa pemimpin kanan parti itu.

Namun DAP keseluruhannya kelihatan sepakat dengan pendirian Karpal terhadap hudud, bahkan tidak ada pemimpin DAP yang mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan Karpal. Itulah perbezaan DAP dengan PAS!

Terkini, sumber dalaman PAS dan Pakatan Rakyat membayangkan suatu yang mengejutkan bakal terjadi pada jumaat ini. Difahamkan PAS akan mengeluarkan kenyataan rasmi pada tarikh tersebut untuk menyatakan sokongan kepada tindakan Karpal Singh yang berhajat untuk menyaman Ustaz Nasha.

Jika benar maklumat tersebut, pastinya seluruh rakyat akan memahami betapa ironinya pendirian PAS tentang hudud yang mereka gembar-gemburkan. Betapa lidah bercabang PAS terhadap masyarakat islam jelas kelihatan.

Lebih-lebih lagi pihak PAS tidak pernah menafikan janji yang mereka buat dihadapan paderi-paderi Kristian sebelum ini.(baca disini)

Episod sokongan PAS terhadap Karpal mungkin cuma sebahagian kecil daripada sekian banyak sandiwara PAS yang telah terbongkar. Rakyat Malaysia telah jadi saksi betapa agama islam sekadar dijadikan 'alat' dalam perjuangan PAS.

Isu Ustaz Nasha jadi kambing hitam boleh dianggap kecil, kerana yang lebih besar adalah isu pembohongan PAS kepada umat Islam.

No comments: