Monday, August 20, 2012

Pergi MAMPOS Laa Itu Karpal Singh...! Tindakan Ustaz Nasharuddin Dapat Restu Dr Haron Din...


Laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012 dan beberapa ulasan daripada pelbagai pihak sehubungan dengan kenyataan saya di Mekah al-Mukaramah adalah dirujuk.

HUDUD

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti-Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf beyond any shadow of doubt iaitu tahap pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam is over my dead body menunjukkan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja at whatever cost untuk pertahankan agama saya.

Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan syariah Allah SWT namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.

Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum.

Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi daripada ahlinya sahaja.
- Isu pertemuan di Mekah

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu’ dzan (bersangka buruk), nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah (bertakwalah) dan beristghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal.

Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukanlah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di Mekah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut.

Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil Haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia.

Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau UMNO, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar daripada Pas atau UMNO. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah.
Rasullullah menyebut, "Man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.." (Siapapun yang tidak menganggap penting urusan/perkara yang menimpa kaum muslim, maka dia bukan termasuk golongan mereka (muslim).

Adakah Berbincang Tentang Ummah Satu Jenayah?

Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk UMNO....

Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.

13 comments:

Sudir said...

Bagi perenggan terakhir, bermakna Ust Nasa sudah memansuhkan amanat HJ Hadi..

anoymous said...

Alhamdulillah...alangkah bagusnya jika semua penyokong pas berfikiran terbuka macam ustaz Nasha kerana kita walaupun berbeza pandangan politik tetapi mengadap kiblat yang sama,bertuhan dan mempunyai rasul yang sama cuma pas punya pandangan sangat sempit,merasakan hanya mereka sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah...

berasiam said...

Apa pentingnya amanat haji hadi yang jelas tidak dipatuhi sendiri oleh pihak pas kebelakangan ini. Menerima sebahagian dan menolak sebahagian kandungan al-Qur'an dilakukan dengan sewenang-wenangnya dalam hubungan mereka dengan dap. Kononnya negara Islam tidak disebut dalam al-Qur'an, kononnya menentang pemerintah beragama Islam dibolehkan, kononnya bekerjasama dengan orang kafir dibolehkan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam.

Kalau pas bertanding dalam 120 kerusi parlimen, bolehlah mendabik dada kata mahu menegakkan hukum Islam sekiranya menang. Kalau setakat bertanding 60 kerusi parlimen, andai menang semua pun, pas tidak mampu berbuat apa2. Dari segi kira2 mudah macam itu pun, jelas bahawa pas tidak ada kemampuan melaksanakan cita2nya sendiri.

Dap telah berjaya mengangkat dirinya menjadi taghut terbaru yang ditaati oleh pas.

Kesimpulannya, pas tamak kuasa, pas utamakan dunia, pas disaluti cita2 kebendaan dan pas hanya menggunakan agama sebagai label dalam perjuangan.

RashidAli said...

LUV U NASHA

Anonymous said...

kami sokong ustaz nasha...!!








unit amal permatang pauh..

PAKU PAYUNG said...

Ustaz Nasha antara pemimpin PAS yg boleh dicontohi. Yang lain2 tak berapa boleh pakai terutamanya ularmak politik.

Ghazali said...

Maha Suci Allah, mudah-mudahan apa yang diharapkan bakal menjadi kenyataan InsyAllah

Maha Suci Allah, mudah-mudahan juga masyarakat Melayu yang selama ini berpecah akibat diperkotak-katikkan oleh isu-isu lapuk yang dibawa oleh PAS dapat disatupadukan. InsyAllah, dimakbulkan Allah....

Anonymous said...

Dulu ahlul2 PAS harus minum air terompah, singlet dan seluar dalam Nik Najis wali terompah jamban, lepas ini mereka harus minum air seluar dalam berak mencret, singlet percikan babi dan sepatut bekas masuk kandang babi Lim Kit Cheebai. Ishh ishh ish ish ishh ishh kesian ahlul2 bahalul, kecik2 tak mampos, dah tuak menyushkan diir dan keluarga, hidup pun sia2 sja, bengap nak mampos, sanggup menjadi pencacai2 najis, disuroh demo, berdemo, di suroh golek2 tengah jalan, golek tengah jalan, di suruh tonggeng untuk diliwat, di suruoh jilat, semua mereka lakukan. Inilah tahap kebahullan ahlul2 bahalul, penegikut2 bengap PAS PIS PUS.

Anonymous said...

kami rakyat malaysia yg ugama islam sokong ustz nasa 100 peratus kalau pas tak calonkan ustaz nasa di bacok dimana pun diletakkan ustaz nasa ramai yg akan mengundi dia kerana dia betul betul memperjuangkan islam dan tidak mahu islam dihina tak macam pemimpin pas yg lain takut dengan dap terang terang tolak islam dan hukum islam semua sorok muka dalam jubah ustaz nasa tak masuk umno pun dia bolih bertanding tikit bebas tak perlu lagi bersama pas kerana tak mahu tanggung dosa lagi kepada umat islam.

Rahman Yusof said...

Alhamdulillah.. Islam adalah agama dan parti2 politik itu hanya himpunan ciptaan manusia. Sudah tentulah agama islam itu lebih tinggi hak dan keutamaannya dari parti2. Saya doakan ustaz Nasha terus berpegang pada tali Allah, jangan kita undur walau setapak atas alasan apa sekalipun. Sesungguhnya tiada kerugian walau sekelumit pun pada mereka2 yg memperjuangkan agama Allah.

Lebai Malang said...

...PAS ???? Apa itu PAS..Parti Anggop SeMalaysia ? Parti Ajaran Songsang ?? Apa yg pasti PAS sekarang sudah SESAT dan jauh menyeleweng dari dasar perjuangan asal mereka...kini PAS hanya sekadar BARUA kepada Anuuuwar/DAP...

Sesat dihujung jalan..baliklah kepangkal jalan.

Anonymous said...

sepatutnya, pemimpin macam ni dilantik jadi presiden PAS yg dapat menyatukan umat islam..

Pemikiran dia diasaskan kepada iman dan islam...dia lebih pentingkan perpaduan dan ukhwah islam...

PAS telah dirosakkan oleh pemimpin agung PKR untuk kepentingan nafsu serakah dia...sekali lagi PAS telah dikeldaikan

Anonymous said...

aku hanya nak ketawa… ahahahahahahah