Wednesday, August 15, 2012

Perpecahan Akan Melemahkan Kekuatan Umat Islam

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan umat Islam supaya tidak berpecah-belah kerana tindakan itu hanya akan melemahkan mereka sehingga mudah dikalahkan musuh dan diperdaya pihak berkepentingan.

Sehubungan itu, baginda bertitah, umat Islam perlu bersatu-padu kerana nilai murni itu menjadi asas kemajuan dan kesejahteraan ummah.

"Tanpa persefahaman dan perpaduan, masyarakat akan menjadi kucar-kacir. Masing-masing dengan sikap ego dan mengikut kehendak sendiri yang akibatnya tidak akan wujud persefahaman, perpaduan dan kesejahteraan dalam masyarakat.

"Al-Quran mengingatkan supaya jangan berpecah-belah, kerana ia akan melemahkan kekuatan dan kita akan menjadi umat yang mudah dikalahkan oleh musuh-musuh Islam. Jangan senang atau mudah diperdayakan oleh individu yang ada kepentingan diri sendiri," titah baginda.

Titah baginda itu dibacakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berkenan merasmikan Majlis Khatam Al-Quran, Program Membudayakan Al-Quran peringkat negeri kali ke-17 di Masjid Jamek Kluang, di sini kelmarin.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Md. Jais Sarday; Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut.

Sultan Johor bertitah, rakyat dan kerajaan mempunyai peranan untuk memastikan perpaduan ummah sentiasa dipelihara aktiviti di masjid dan surau yang dipertingkatkan dengan program membudayakan al-Quran secara berterusan.

Baginda turut mengajak rakyat menghayati tafsiran surah al-Hujurat yang mengingatkan umat Islam supaya sentiasa berwaspada apabila menerima sebarang berita dan mencari kepastian terlebih dahulu sebelum menerima dan mempercayainya.

Titah baginda lagi, surah itu juga mengingatkan umat supaya tidak merendah atau memperlekehkan orang lain kerana wujud kemungkinan mereka yang diperlekeh itu adalah pihak yang lebih baik selain peringatan supaya tidak mendedahkan keaiban orang lain dan memanggil dengan gelaran yang tidak disukai.

"Ini kerana pelakunya boleh menjadi fasik kerana tidak layak orang beriman dipanggil fasik," titah baginda.

8 comments:

Anonymous said...

Kah, kah, kah,...Kih, kih, kih,....Terkentut aku!

Anonymous said...

daulat Tuanku..memang betul dan bersetuju perpecahan akan melemahkan Melayu tetapi disamping itu kerakusan membuat bisness sehingga menidakkan bahagian orang Melayu dan rakyat juga akan melemahkan sisitem beraja

Anonymous said...

Kurang ajar punya rakyat

Anonymous said...

These are usually meant for emergencies and are to be taken for the shortterm only. cisco vpn 4. Think first about what you can do with this time and space. best freeware

Anonymous said...

This is why men, women and kids of all ages can make use of watches for all casual as well as formal occasions in their life. Even if you may perhaps be feeding on nutritious or seeking to actually eat healthier, you'll probably find yourself thinking about nutritional vitamin supplements and dietary supplements and how much of an impact they've with your diet., client for sql server. I'm usually dismayed to determine little companies attempting to set up themselves on the internet with website names that certainly came having a free of charge web hosting account. best unix ftp server

Anonymous said...

Paying the search engines. Not every group is predicted to have higher health insurance quotes, however. sql server x memory. Within an agency the account management team will work in unison with the editorial team to guarantee the seamless delivery of content. The approved cash will automatically get transit in your bank account., chiudere il server x. Instead, keeping you sick and marginally painfree is all anyone's really out to do for you these days as doing so means you being "forced" to buy all the same drugs over and over again, and again, and. modem router adsl us robotic

Anonymous said...

buy valium what do valium pills do - colour valium pills

Anonymous said...

buy xanax buying xanax online bluelight - half life xanax 2mg