Monday, August 13, 2012

Sejak Bila Kopiah PutihJadi HAK Milik PAS...?

Ramai budak-budak yang menyokong PAS hari ini, tidak sepenuhnya memahami parti yang mengaku memperjuangkan Islam itu. Kalau depa faham, sudah tentu tidak sukar mengenalpasti begitu banyak percanggahan dengan dasar tertulis (perlembagaan) dan realiti sebenar yang sedang berlaku sekarang.

Paling nyata sudah tentulah bila bercakap tentang persekutuan PAS dan DAP (parti yang jelas menentang Islam).

Dinyatakan dalam perlembagaan PAS bahawa parti itu hanya memperjuangkan Islam dan yang Islam Islam sahaja, Al-Quran sebagai rujukan tertinggi dan sebagainya. Tapi cuba lihat satu persatu PAS hari ini, dimana dia? Adakah dia benar-benar buat apa yang dia catat dalam perlembagaan sendiri?

Setakat pakai kopiah putih (lelaki) dan bertudung (perempuan) nak kata itu bukti PAS memperjuangkan Islam, lebih baik lupakan sebab itu bukan bukti yang boleh dipakai. Apatah lagi bila PAS membenarkan campur gaul lelaki perempuan tanpa batasan dalam perhimpunan seperti Bersih dan Oren yang gagal capai matlamat itu.

Lagipun sejak bila kopiah putih dan tudung jadi hak milik eksklusif PAS sehingga si pemakai mesti nak dikaitkan dengan parti tersebut?

Itu belum disebut lagi tentang perangai munafik kepimpinan PAS. Janji tak tepat, mulut kuat bohong, sebar fitnah sana sini, nak gebang apa pasal Islam?

Silalah orang PAS jelaskan disini adakah PAS masih lagi di landasan perjuangan yang sama seperti orang dulu-dulu atau paling koman, masih lagi inline dengan kehendak perlembagaan?

Kita semua suka nak dengar sebab setakat hari ini yang kita tahu, baca seterusnya, klik sini

9 comments:

che miong said...

tak dapek kojo samo ngn PAS, skrg ekau kutuk PAS..wahahaha

Anonymous said...

Nak pejuangkan Islam apa lagi.mahluk Pas TU....PERTAHANKAN NYA pun diorang GAGAL.

Anonymous said...

krusssss semangatttt !! tanjat boboii !

Anonymous said...

Kopiah putih hak milik PAS?? Alamak....malu ler aku nak pakai kopiah putih lepas ni....tak pasal2 aku disangka lebai sesat nanti...

Anonymous said...

ELAKKAN PEMAKAIAN KOPIAH LAMA-LAMA KERANA BOLEH MENGAKIBATKAN OTAK JADI OVERHEATED TANPA DISEDARI SETERUSNYA MEMBAWA KEPADA PENYAKIT BINGAI KRONIK.

Anonymous said...

Dalam bulan Ramadhan ini saya setiap malam jadi PAS kerana sembahyang tarawih bekopiah putih...muahaaaaaa

Anonymous said...

Dah berbelas tahun aku pakai kopiah warna kuning air macam raihan. Takut nak pakai putih, disangkanya aku PAs

Aliffnajmi said...

Klu Agama Islam pun sanggup mereka hakmilikkan utk PAS shj jadi apa sgt lah klu setakat kopiah ni.

Anti PR said...

Bila pakai kopiah & ikat serban maka mulalah nak mengkafirkan org lain. Nama pun dah bermula dgn ustat bukan ustaz. Golongan ustat inilah lg ganas. Maki hamun org lain tak lekang dpd mulutnya. Semua org kafir hinggakan org kafir pun dikatakan kafir sebab tersasul kerana diri dah terlampau alim. Mulalah hafal ayat Quran & hadith sikit & menjaja kesana kemari. Lagi kuat maki org, lg banyak dpt sumbangan. Nak kata sedekah bukannya org susah sebab duit masuk mcm pasir.