Friday, August 31, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE 55 - DATO NALLA

Merdeka...! Merdeka...!! Merdeka...!!!

Salam 1Malaysia, Salam Kemerdekaan buat semua rakyat yang berpeluang untuk terus hidup dengan penuh harmoni dan aman damai dalam negara kita yang tercinta, Malaysia.

Hari ini kemerdekaan yang kita kecapi sudah mencecah usia 55 tahun dan kita semakin maju untuk terus berada dipuncak kegemilangan mampu menjadi negara berdaya saing dengan pelbagai kejayaan dimata dunia.

Keamanan dan keharmonian ini harus kita bela dan jaga sebaik mungkin. Kita harus bersyukur kerana keharmonian yang kita nikmati ini terus berkekalan walaupun kita berbeza bangsa dan agama, namun diatas semangat 1Malaysia maka kasih sayang kekeluargaan sesama kita dapat dipupuk dan disemai bersama.

Jauhilah perasaan serta niat mahu menjahanamkan dan menghancurkan negara ini. Hargailah segala usaha usaha tokoh tokoh terdahulu seperti Tuanku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail, Tun Sambanthan, Tun Tan Siew Sin yang berjaya melahirkan sebuah negara yang merdeka sehingga kehari ini.

Marilah kita bersama sama kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 55 ini.

Janji Ditepati... Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Merdeka...! Merdeka...!! Merdeka...!!!


YB SENATOR DATO' S NALLAKARUPPAN

Ahli Dewan Negara/Presiden MIUP

5 comments:

Anonymous said...

Janji Dicapati-Dato' Sammy Vellu...:)

Anonymous said...

Bendera yang hendak ditukar juga ciplak bendera Singapura.
Kalau bendera hendak ditukar tidak mustahil:-
1. Agama rasmi Islam juga boleh ditukar,
2. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi juga boleh ditukar,
3. Perlembagaan Malaysia juga boleh ditukar,
4. Nama Malaysia juga boleh ditukar kerana ada nama Melayu.
5. Semua yang berkaitan Islam dan Melayu boleh ditukar.
Berfikiran matanglah wahai bangsaku. Jangan kita dijajah lagi.

Anonymous said...

Mksd ko dijajah jauh betul smpai kat situ; ko pndai2 ckap ni...ko ade bukti ke?...bkan ape, skrng ni byk dh cite putar belit UMNO makan tuan, byk kes mahkamah kalah...aku takut ape yg ckapkn ni m'bawakn ko masuk ke dlm (ko paham2 jela)...

Nih aku listkan ape yg ko tak prsan @ ko bt2 tak prsan org melayu dijajah dgn ideologi bukan islam yg sekian lame;

1) Budaya konsert nyanyi & menari, penyanyi pelakon dedah aurat - budaya sape?
2) Budaya samseng bdk2 sekolah masa skrg nih smpi ade video ugut bunuh tokeh kdai cc (ak rase ko dh tgk) - budaya melayu yg diterapkn sekian lame tp knape perkara sbgni rupe bole t'jadi?
3) Kes jenayah yg semakin meningkat - salah sape?
4) Budaya rasuah b'juta - pemimpin mane?
5) Ape yg nk d'banggakn sgt melayu klu ade kes dlm paper perdana remaja melayu g club, pakai baju jolok mata, mnum arak, b'judi - salah sape?
6) Anak bekas PM p'milik kilang arak 'san miguel' - ape melayu kene bangga ke dgn mamat nih?
7) Dan lain2..

Ape yg aku respek penekanan ko, bimbangnya t'hdap agama rasmi Islam...Hukum hudud, Hukum Allah SWT...Ak hrapkn ko bndingkn penekanan Islam di antara PAS dan UMNO dan bukannya ckap atas k'pentingan politik semata...

Anonymous said...

Mereka nak namakan negara ini 'OVERSEAS CHINESE REPUBLIC' agak nya.

Anonymous said...

1 MALAYSIA !! MIC MAMPUS!!!!