Wednesday, August 29, 2012

Sori...!! Anwar Ibrahim Tak Boleh Beli Saya..... Baca & Sebaarkaan....!!


Blog Gelagat Anwar

Dalam kes Nasharuddin Mat Isa [Nasha], kalau mengikut kepada rentak pemikiran Pimpinan PAS Pusat (kebanyakannya dianggotai oleh kumpulan Anwarinas) – bekas Timbalan Presiden PAS itu akan dicampakkan ke dalam bakul sampah politik.

Tak ada peluang kedua..... Tak ada belas kasihan..! Anwar sudahpun membentuk kesepakatan pandangan bahawa Nasha sudahpun beralih arah dan hanya layak menjadi sampah politik di dalam PAS.

Sebab itulah, di kalangan pimpinan PAS Pusat, ramai yang berlumba-lumba memberikan komen kononnya Nasha sudah tidak ada peluang dalam PAS. Nasha tidak akan diberikan ruang bertanding di dalam PRU13; dan nyawa politiknya akan dicabut oleh malaikat maut politik yang ada dalam pimpinan PAS Pusat.

Siapa Nasha sebelum ini mereka tak mahu peduli..... Pada mereka, Nasha sudah khianat kepada perjuangan.

Anwar yang mempunyai genggaman kepada pimpinan PAS Pusat tidak mahu Nasha berada dalam parti. Inilah hebatnya Ketua Umum. Semua dia boleh tentukan. Line-up PKR pun kuasa Anwar. Line-up PAS pun kuasa Anwar....!

Sayangnya, Anwar gagal membeli pengaruh di dalam Majlis Syura Pas. Inilah kelemahan beliau yang akan segera diperbaiki. Majlis Syura juga perlu dijadikan proksi Anwar dalam masa yang terdekat ini.

AHLI JAWATANKUASA DEWAN ULAMA PAS PUSAT SESI 2011-2013

Ketua : YB. Dato’ Tuan Guru Haji Harun bin Taib

Timbalan Ketua : YB. Dato’ Ustaz Haji Ahmad bin Yakob

Naib Ketua : Dato’ Dr. Ustaz Haji Mahfodz bin Mohamad

Setiausaha : Ustaz Dr. Haji Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

Penolong Setiausaha 1 : Ustaz Dr. Haji Badruzzaman bin Yusof

Penolong Setiausaha 2 : Ustaz Haji Nazmi bin Nik Din

Penolong Setiausaha 3 : Ustaz Haji Nor Najhan bin Mohd Salleh

Bendahari : Dato’ Ustaz Haji Husain bin Awang

Ketua Penerangan : Ustaz Haji Nik Muhammad Zawawi bin Hj. Salleh

Pengarah Pilihanraya : Ustaz Haji Muhammad Zain bin Abdul Rahman

Ahli Jawatankuasa Kerja

: Dato’ Ustaz Haji Mohamed bin Daud al-lraqi

: Dato’ Dr. Ustaz Haji Johari bin Mat

: Ustaz Dr. Haji Shahbudin bin Ngah

: Ustaz Dr. Haji Azhari bin Yaakob

: Ustaz Dr. Haji Ishak bin Sulaiman

: Ustaz Haji Abdullah bin Abdul Razak

: Ustaz Haji Abu Bakar bin Abdullah

: Ustaz Abdullah bin Husain

: Ustaz Haji Khirul Muntanazar bin Ismail

: Ustaz Haji Wan Abdul Halim bin Wan Chik

: Ustaz Haji Mokhtar bin Senik

: Ustaz Mohd Lutfi bin Arifin

: Ustaz Haji Mohd Zainul Asri bin Ramli

: Ustaz Haji Mohd. Khairi bin Zainuddin

: Ustaz Haji Mustafa bin Dolah

: Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil

: Ustaz Haji Mohd Ismi bin Taib

: Ustaz Khairul Azmi bin Ismail

Setakat ini, hanya Majlis Syura sahaja yang mampu memberikan nyawa politik kepada Nasha. Kalau menurut kepada undi pimpinan PAS Pusat – Nasha dah knocked out.... Tak ada peluang bernafas...!!

Nampaknya, Anwar akan cuba melakukan permainan politik dengan Majlis Syura. Anwar tidak bersetuju dengan sistem politik PAS yang memberikan muka kepada kumpulan ulama’ lama yang tidak mempunyai pemikiran politik yang lebih ganas.

Siapa boleh menafikan bahawa Nasha tewas Permilihan Muktamar PAS sebelum ini kerana bertebarannya ‘duit Anwar’ di dalam kawasan muktamar tersenut...? Sekurang-kurangnya, 700 undi perwakilan bertukar tangan kerana wujudnya dana khas yang datang daripada PKR. Tak ada siapa yang boleh menafikan....!!

Sayangnya, Anwar gagal ‘membeli’ Majlis Syura Pas yang kekal sebagai – institusi check and balance di dalam parti tersebut. Kalau tidak, Presiden sebenar PAS adalah Anwar Ibrahim.

Ustaz Nasharuddin tewas kepada pemimpin sederhana Mohamad Sabu dalam pertandingan tiga penjuru Timbalan Presiden PAS pada 2011.

Mat Sabu menang dengan majoriti 21 undi (420) diikutiTuan Ibrahim Tuan Man (399) dan Nasharuddin (224).

Naib Presiden PAS turut dimenangi tokoh bukan ulama iaitu Salahuddin Ayub (753), Datuk Husam Musa (660) dan Datuk Mahfuz Omar (616).

9 comments:

jiboi said...

..apa la nak diharapkan sgt dgn party is~le 1 msia yg rata2 nya jenis mental mat sabu ni.. priority depa hanya kertas undi aje.. asal dpt undi semua pun buleh..

..depa bakal tabalkan peliwat tegar tua kutuk pm msia kalau depa menang.. need 1 to say more?!..

Anonymous said...

Aku pun hairan depa nak kerusi untuk apa? untuk berkhidmat ka untuk eksyen dapat jadi YB. Tengok lah apa dia orang buat di kawasan pilihanraya diaorang. banyak yang parlimen sibuk tak nampak muka. Yang DUN pun lebih kurang. Program apa dioarang buat untuk menafaat umat islam setempat, pembaharuan apa diorang buat. Yang jelas asyik adakan ceramah dan sebar kesalahan dan tuduhan-tuduhan saja...

Anonymous said...

Satu lagi budaya merosakkan akhlak bakal berlangsung beberapa jam lagi!!

Dijangka diadakan bermula jam 7 malam ini sehingga awal pagi esok, parti bikini serta perang bikini yang tersiar di sebuah laman sosial kini sedang giat disebarkan.

Jelaslah bahawa akhlak muda-mudi yang akan mengunjungi pesta tersebut bakal tergugat selain menambahkan masalah sosial di kalangan remaja terutamanya yang beragama Islam.

Persoalannya, di manakah suara-suara bantahan NGO Islam terutamanya pro-Umno-APCO yang seringkali menempelak apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat khasnya PAS dalam usaha mencgah kegiatan mungkar ini dari terus berleluasa?

Di mana suara Jamil Khir Baharom dan timbalannya Mashitah Ibrahim dalam isu sebegini?

Paling penting, siapakah yang bertanggungjawab meluluskan permit hiburan sebegini walaupun pihak penganjur pastinya telah mengemukakan permohonan mereka kepada pihak berkuasa?

Salah siapa? DBKL? JAWI? Atau ia didalangi segelintir pemimpin Umno-APCO sendiri yang gilakan budaya hedonisme dan berpoya-poya terus hanyut dalam noda maksiat dan dosa?

Selamatkan akidah wanita Islam!

Fikir-fikirkanlah!

Anonymous said...

Kan umno jgk slh..mcm xde alasn lainZz..pdhl korg amik kuasa ngri dh..he..tu pun x bleh pkir

Org x tdbr dia ade kuasa ke?

Anonymous said...

Kamu tak tahu bezakan hak kusa negeri dan kuasa persekutuan.

Anonymous said...

weh blogger UMNO MIK...apa pasal aku tgk cite putar belit ko psal En. Mohd Nor Jaafar (siap gambar) dh takde...smalam bukan main ko ckap bukan2 psal dia kan...yg sdah tu sudah, aku nasihatkn ko pegi jumpe dia minta maap...ko kasi tau kt dia sebab knape ko t'gamak bt cite camtu...dh, len kali jgn bt lg...kita pn tau, fitnah org hukum dosa besar...

Anonymous said...

weh blogger UMNO MIK...apa pasal aku tgk cite putar belit ko psal En. Mohd Nor Jaafar (siap gambar) dh takde...smalam bukan main ko ckap bukan2 psal dia kan...yg sdah tu sudah, aku nasihatkn ko pegi jumpe dia minta maap...ko kasi tau kt dia sebab knape ko t'gamak bt cite camtu...dh, len kali jgn bt lg...kita pn tau, fitnah org hukum dosa besar...

Anonymous said...

weh blogger UMNO MIK...apa pasal aku tgk cite putar belit ko psal En. Mohd Nor Jaafar (siap gambar) dh takde...smalam bukan main ko ckap bukan2 psal dia kan...yg sdah tu sudah, aku nasihatkn ko pegi jumpe dia minta maap...ko kasi tau kt dia sebab knape ko t'gamak bt cite camtu...dh, len kali jgn bt lg...kita pn tau, fitnah org hukum dosa besar...

Anonymous said...

MIK suka citer2 memfitnah cmtu...biarkan dia....nanti dalam kubur taulah di mcmana nak jawap di hadapan malaikat dan Allah....mmg dasar pengikut parti dokongan syaitan...pinjam kata mantan UMNO