Friday, August 10, 2012

Sudahkah Badrolamin Bernikah Dengan Pasangan KHALWATnya Zitawani Wanita Rompin..?

Apakah kesudahannya kes Khalwat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Dr Badrolamin Bahrom yang dicekup berdua-duan bersama isteri orang dalam Bilik 6385 Swiss Garden Hotel Kuantan, Pahang…?

Senyap dan sunyi sepi kisah ini…!

Tentu kita semua tidak lupa dengan berita TERHANGAT pada penghujung bulan Februari 2012 apabila Badrolamin bersama pasangannya Zitawani yang berusia 28 tahun, kakitangan di Kolej Komuniti Rompin dicekup berkhalwat.

Lebih memanaskan lagi berita ini kerana status wanita tersebut merupakan isteri orang…!

Wanita itu mengakui pergi menemui Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun kerana bimbang keselamatan mereka terancam. Beliau juga mengakui memang kenal rapat Badrolamin dan isterinya setelah mengikuti rombongan umrah sebelum ini seterusnya sering berhubung antara satu sama lain.

Menurut Badrolamin, beliau dihubungi wanita berkenaan beberapa hari sebelum insiden itu, yang mengadu menghadapi masalah rumah tangga serta menyatakan hasrat untuk lari dari rumah kerana bimbang masalah keselamatan terancam.

Menurut Ustaz "produk" PKR ini, beliau menasihatkan agar wanita itu tidak berbuat demikian....

"Walau bagaimanapun pada pukul 2 pagi 25 Februari 2012, dia telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

"Atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan." jelas Badrolamin kepada media.

Begitulah kisahnya suatu ketika dahulu, beberapa bulan yang dulu… Berita hangat yang membakar suhu politik tanahair kita.

Apa jadi dengan tuntutan cerai yang dibuat oleh wanita yang dicekup bersama Badrolamin itu..? Sudahkah mereka bercerai..?

Apakah tindakan menuntut cerai itu sebagai salah satu proses untuk bernikah dengan Badrolamin…??

Blog MIK tertanya-tanya, apakah kesudahan kes ini…? Sudahkah dijatuhi hukum…?? Ataupun sudah dibuang kes…???

Senyap terus…!!

8 comments:

Anonymous said...

Betol3...kalo kene penyokong BN cepat2 kes masok mahkamah...dah kene dakwa pon...

Apa yg xkene r?

Sapa yg memerintah skrg neh? Pakatan haram atau BN?

misnona said...

SELANGOR DALAM KEADAAN SELAMAT DI BAWAH PR. TIDAK SEPERTI DI BAWAH UMNO, HABIS DIKERUKNYA SEMUA TANAH DAN PROJEK, PUAK UMNO JADI KAYA RAYA, PANDANG ORANG KAMPUNG PUN TIDAK. SEMUANYA NAK PENTINGKAN TEMBOLOK.

Akupuntakfaham said...

Tak dapat restu kot.

Er, Global Products - lama dah promo. Belum buat untung lagi ke?

Anonymous said...

TAK PA. FUCKTWA NIK AZIZ KATA KHLAWAT BINI ORG HUKUMNYA LEPAS.
LEPAS NI BOLEH JUAL SELANGOR. RESERVE 1.9 BILLION DAH HABIS
PASIR DAN JADI LAUT.
MASJID DAH JADI KUIL
ISLAM DAH JADI KRISTIAN
MELAYU DAH PANDAI URUT
DUIT DAH MASUK POKET ANUWAR
JANJI DI TABURI
LEPAS TU SEMUA DI JUBURI
WELCOME TO SELANGOR.

Anonymous said...

Mismona, apa ko cakap tak guna otak dan mata. Tengok betul2 Selangor skarang, makin terok lah. UNISEL pun tak boleh nak urus dengan baik.Harap air percuma yg tak seberapa tu saja yg dibanggakan.

Anonymous said...

Ustad pas/pkr sedang coverup, nanti kes mesti salah nombor bilik macam kes, mah muka abang bau bur**

nizbzam said...

sebut pasal pakatan mesti tk lari isu scandal,klau yg djunjung mcm tu yg ekor lg lah teruk.

Anonymous said...

buy tramadol with paypal buy tramadol without rx - tramadol same high as vicodin