Sunday, August 26, 2012

Ustaz Fathul Bahri Akan Sertai PAS...??

Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU) akan menganjurkan program jelajah hudud di seluruh negara dengan memfokuskan masyarakat bukan Islam mulai bulan depan.

Program itu bertujuan memberi penerangan dan kefahaman terperinci mengenai undang-undang berkenaan supaya tidak disalah tafsir mereka.

Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya, berkata pihaknya sedang dalam proses menghantar jemputan kepada parti politik seperti MCA, MIC, GERAKAN dan DAP.

“Kita mahu terjemahan hudud itu disampaikan menerusi tafsiran yang mudah difahami dan jelas supaya mereka (bukan Islam) tidak menganggap ia (hudud) sebagai ancaman dan zalim kepada penganut bukan Islam.

“Tumpuan jelajah ini juga bukan untuk membincangkan bagaimana kaedah pelaksanaan hudud, sebaliknya usaha memahami isi kandungan hukum Islam itu, disusuli alasan dan hujah sebenar,” katanya.

Fathul Bari berkata, ia juga sebagai platform untuk memastikan hukum itu tidak terus dijadikan bahan pertikaian dan perbalahan terutama pemimpin politik.

Jelajah itu akan bermula di Perlis pertengahan September depan sebelum ke negeri lain. Sesi penerangan dan diskusi akan disampaikan oleh panel daripada iLMU serta ulama dan tokoh agama.

p/s; Tahniah kepada pihak iLMU yang mengambil inisiatif mengadakan program Jelajah Hudud ini. Terima kasih juga kepada pihak yang sudah menyatakan minat mereka untuk menyertai program ilmiah ini yang mana dijangkakan akan diadakan dalam masa terdekat. Doakan semoga segala urusan dipermudahkan.

12 comments:

Anonymous said...

Tahniah UFB. Beri penerangan juga kepada yang Islam. Bila bukan Islam dah faham dan yang islam dah faham maka tidak akan ada lagi berbalahan. Umat Islam tidak menolak Hudud tetapi menolak HUDUD PAS.

Anonymous said...

ya saya setuju dengan usaha yang dibikin oleh uztaz itu. saya kira uztaz nanti bisa aja difitnah oleh puak sekular di dlam ppartai umno itu.teruskan aja usaha mu itu ya. saya hanya bisa mendoakan supya umno menerima islam seluruhnya. Partai udah berjuang ratusan tahun tapi ia selalu dilawan oleh partai umno.

Anonymous said...

Ya....begitulah kl nk brdakwah....bukan stkt cakap mcm tong kosong jek..mngapi2kan rakyat sana sini...lilit serban je 10 kilo...abok pon tadak...

timun said...

syabas UFB...

Anonymous said...

mane lak datangnye indon penyibuk ni..

Anonymous said...



Inilah yang dikatakan ulamak penyebar ilmu. Bukan bercakap bermusim bila hampir piliharaya tapi dipersalahkan orang lain.

Teruskan ilmuan mu itu.

Anonymous said...

aku respect ufb ni, patutnya kita ada ramai ufb di msia baru ada class. aku hairan setengah2 ulamak hnya tau maki org n hanya kata org tk betoi saja dr bagi solution, depa blajak kt mana? minta ufb ajar depa sikit apa tu makna ulamak

Anonymous said...

Usaha ini bagus,tapi jangan pula lupa utk memudahkan mereka faham dan menjadikan mereka lebih mudah menerima kita perlu menjadi bangsa yg di hurmati.Utk menjadi di hurmati pada zaman ini kita kena maju dalam setiap sudut-ekonomi ,sosial,pendidikan,tata susila dsb.Ini falasafah Tun Mahahtir dan ianya ada kebenarannya.

Anonymous said...

setuju sgt..

UFB nampak lebih berhikmah bila bercakap dan menberi penjelasan..

Ini dapat dibuktikan semasa debat beliau dengan Nasharuddin, semasa di kelantan dan byk lagi...

UFB lebih islamik semasa memberi penjelasan berbanding yg dipihak satu lagi...

Teruskan usaha murni mu..

Aku percaya dgn kata kata Dr Mohd Asri (MAZA) yg kata PAS memberi gambaran salah tentang hudud di Malaysia..

Apa apa pun, jgn marah..kita sama sama memperbetulkannya...

Sebab tu UMNO dan PAS perlu bersatu dan bekerjasama demi agama islam di malaysia

Anonymous said...

Islam wajib dihormati bukan diperalatkan. Salah faham terhadap Islam oleh kafir kerana disalah guna oleh parti politik. Saya percaya semua orang Islam tidak menolak hukum Islam tetapi parti politik yang memperalatkan Islam sengaja membuat isu konon parti yang bukan dari golongannya menolak hukum Islam. Tetapi mereka rela membiarkan nama ALLAH dipersendakan oleh kafir kerana takut undi mereka hilang. Jika hukum Islam dilaksanakan, merekalah yang mula-mula sekali menerima hukuman.

Anonymous said...

tahniah UFB.Teruskan perjuangan anda

Anonymous said...

Semoga usaha ufb berhasil dlm mengakkan agama tauhid dgn kalimah laa ilaa ha illallah trhdap golongan kafirun..