Saturday, September 1, 2012

Another Element of Surprise..! Kisah Pimpinan PAS Kahwin Cina Buta


Penulis tertarik dengan tulisan Timbalan Editor akhbar Sinchew Daily yang bertarikh 28 Ogos 2012 mengenai senario PAS menguasai Parlimen dan memperkenalkan undang-undang Jenayah Islam (hudud).

Dalam artikel tersebut, beliau membayangkan seperti berikut:

Pada satu hari di bulan September 2014 (setelah PR memerintah), Hadi Awang akan usulkan hudud di dalam Parlimen. Maka, PAS pastinya menyokong, DAP membantah dan PKR berpecah dua. BN pula, UMNO akan menyokong dan menyebabkan MCA, Gerakan dan MIC keluar.

Lalu, di dalam undi Dewan Rakyat kemudiannya, PAS dan UMNO akan mendapat majoriti dua pertiga lalu Malaysia pun menjadi Negara Islam acuan PAS.

Apa yang dibayangkan beliau bukan mustahil. Tetapi, tiada jaminan yang ia akan terjadi sepertimana yang beliau bayangkan. Ada kemungkinan ia terjadi begini:

Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.

Pada suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, mengusulkan hudud di dalam Parlimen. DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR.

Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR. Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.

Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang. Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan DAP. Soal hudud pun tamat setakat itu....!

Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP. Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total.

DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA, Gerakan dan MIC. Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya. Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur.

Di masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan ‘hak asasi manusia’ akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT. Anwar akhirnya akan mengumumkan ‘keterpaksaan’ menerima tuntutan mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi ‘hak asasi manusia’ dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju.

Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia.

Dan secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di Malaysia.

Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja.

Pada ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun tercetus secara kecil-kecilan. Dalam sekelip mata, Malaysia bukan lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan.

Tanpa pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga. Hutang negara pun bertambah secara drastik.

Menyedari ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka kekal berkuasa. Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka selamat.

Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang ‘terjun bangunan’ jika berpotensi membuka pekung mereka.

Media asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia. Kerajaan PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir.

Rakyat yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran. Kaum Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat menahan sabar. Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang. Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya.

Akhirnya, pihak asing pun tampil memberi ‘bantuan’ sekali gus, segala sumber dan hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka.

Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga.

Jika kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang dengan penguasaan DAP. Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada mana-mana dari kedua parti ini...?

Di bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia. Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan.

Pendek kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah menghalang mereka merebutnya.

Hidup kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN. Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih penting dari keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang...?

Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi ‘malaikat yang kita tidak kenal?’

9 comments:

Anonymous said...

Nk tanya MIK...adakah sebagai seorg yg mengaku muslim adakah tuan tidak mengenal malaikat? Bukankah percaya kpd malaikat menjadi salah satu kpd Rukun Iman???? Jgn mempersenda Rukun Iman yg kita yakini dan percaaya selama ini...Ini soal akidah dan bukannya logik akal semata2....Jgnlah menjd pengikut Tun M krn ia boleh menyesatkan kita....

Anonymous said...

Bagi saya menjadi pengikut mahadhir bukanlah sesat .. Cuma pemimpin Pas yg perjuangannya tidak konsisten .. Selalu berubah ubah mengikut keadaan semasa ..

Anonymous said...

Bagi saya menjadi pengikut mahadhir bukanlah sesat .. Cuma pemimpin Pas yg perjuangannya tidak konsisten .. Selalu berubah ubah mengikut keadaan semasa ..

Anonymous said...

ko ni bodoh apa yang bagi komen pertama ni apa ke bangang pergi belajar bahasa english dengan peribahasa sekali... x ada kena mengena dengan rukun iman..ko ni adoii...kesian gila aku tengok ko ni

Anonymous said...

Itukan perumpamaan dlm BI sj.. Memang lurus bendul la dia ni.. Kalau disebut tangan panjang, adakah org itu betul2 panjang 2-3meter tangannya? Kecik2 taknak bljar BI dah besar inilah jadinya..

Anonymous said...

Sori, maksud sy 'panjang tangan'..

Anonymous said...

Memang lurus bendul komen pertama tu. Agak macam mana dia interpret lagu ini " Aku petik bintang bintang, walaupun banyak halangan".
Agak nya apa dalam kepala hotak dia tu ya.

Anonymous said...

Berangan je lah penyokong PAS kata PAS nak buat hudud tapi hakikat sebenar Jawatan kuasa untuk menkaji hukum hudud walaupun ditubuhkan pada 1Okt 2011 cuma baru sekali bermesyuarat dah dekat setahun tu...tengok ni...

Kerajaan Kelantan terus berdolak-dalik laksana hudud

KOTA BHARU 31 Ogos - Pelaksanaan undang-undang syariah, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan atau hukum hudud di negeri ini kelihatan masih samar biarpun mendapat desakan banyak pihak supaya ia dikuatkuasakan sepenuhnya bagi mengatasi masalah sosial yang dikatakan semakin serius terutama membabitkan kes ragut.

Ia berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bahawa pelaksanaan undang-undang tersebut masih di peringkat dalaman Jawatankuasa Teknikal Hudud.

Untuk rekod, jawatankuasa tersebut ditubuhkan pada 4 Oktober 2011 oleh kerajaan Pas Kelantan untuk mengkaji pelaksanaan enakmen itu dan sehingga hari ini ia masih belum bermesyuarat.

Ahmad yang juga pengerusi jawatankuasa tersebut berkata, pihaknya akan mengadakan sidang meja bulat terlebih dahulu bagi membincangkan semua perkara membabitkan pelaksanaan hukum Allah itu.

Pada masa sama, beliau berkata, belum sampai masanya kerajaan Pas Kelantan mendapatkan maklum balas daripada ketua jabatan yang dilantik untuk menyertai Jawatankuasa Teknikal Hudud biarpun surat telah dihantar kerana fokus diberikan untuk membincangkan topik pada sesi meja bulat nanti.

"Itu (gesaan supaya laksana hukum hudud secepat mungkin) saya tak nak komen sebab perkara ini dalam usaha semua pihak, sesiapa saja umat Islam mahu melihat perkara ini dilaksanakan secepat mungkin dan jawatankuasa hudud dalam perbincangan dalaman.

"Kita akan adakan meja bulat bincang topik dahulu, supaya dapat dilihat semua bidang dan kaitan, dalam keputusan Exco lepas kita sudah putuskan, saya kira secepat mungkin ia akan diadakan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 di sini hari ini.

nizbzam said...

bukan tk thu maksud peribhasa tu,cuma bodoh dlm cara mempolitikan satu isu...klau dah jumud pemikiran inilah jdnye,nmpaknye pihak pembangkang berjaya memperbodohkan pengikut mereka.