Wednesday, September 5, 2012

BEST Sangaat..!! Hadiah Istimewa Dari Anwar

Sehingga kini pihak polis telahpun mengedarkan 11 keping gambar yang memaparkan wajah 11 peserta Himpunan Janji Demokrasi yang disyaki telah melakukan pelbagai kesalahan semasa perhimpunan haram tersebut pada malam sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka 30 Ogos lalu.

Semalam pihak polis telah berjaya menahan seorang pemuda yang menunjukkan aksi punggungnya seakan mahu buang air besar di khalayak ramai keatas gambar YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak.

Sebelum ini di awal kekecohan saat gambarnya tersiar, pemuda tersebut yang juga seorang pelajar kolej swasta telah melarikan diri ke Johor.

Polis masih mahu mengesan beberapa individu lain yang mengibarkan bendera sang saka Malaya yang dicipta oleh anak buah Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun terdapat berita baik untuk pemuda yang sudah ditahan semalam dan baki 10 orang lagi soldadu Pembangkang merangkap penderhaka negara yang masih bebas....

Melalui sumber dalaman Pakatan Rakyat yang baru diperolehi, dana bantuan guaman berjumlah sekurang-kurangnya RM1 juta sudah siap menanti bagi membantu menyelamatkan kesemua 11 orang penderhaka tersebut dari disabitkan dengan kesalahan.

Dengan mengambil kira saiz dana tersebut, bukan satu masalah untuk Pakatan Rakyat mengupah beberapa orang peguam handalan yang pakar memutar belit fakta kes seterusnya melencongkan fokus perbicaraan mahkamah kepada isu teknikal semata-mata.

Lagipun berdasarkan beberapa sejarah perbicaraan lalu telah terbukti ramai peguam pro pembangkang berupaya memanipulasi undang-undang untuk kepentingan anak guam mereka lebih-lebih lagi jika melibatkan penyokong pembangkang mahupun penjenayah tegar yang lain.

Yang penting bagi mereka jumlah upah yang besar bermakna lebih kuat mereka gigih berusaha mencari kelemahan undang-undang demi manfaat anak guam dan poket mereka sendiri.

Soal keadilan dan keluhuran undang-undang bukannya satu masalah besar kerana bagi mereka soal bayaran itu yang lebih utama.

Manakala bagi Pakatan Rakyat pula, soal besar mana saiz dana tidak pernah menjadi persoalan rumit sementelah lagi terlalu banyak sumber kewangan dari dalam dan luar negara yang bila-bila masa sahaja bersedia menyumbangkan bantuan wang ringgit demi menjayakan misi menjahanamkan keharmonian negara ini.

Jadi tidaklah pelik kenapa sejak akhir-akhir ini terlampau banyak tingkah laku bobrok, sumbang dan kelakuan jenayah kerap berlaku saban waktu dan acapkali pihak berkuasa pula yang akhirnya dituding jari sebagai perlu bertanggungjawab.

Dana pembelaan sentiasa tersedia dan peguam bela yang membelakangi undang-undang pun sudah kian ramai...., jadinya logiklah makin ramai yang tidak takut membuat kesalahan termasuklah menghina bendera negara, merompak, meragut dan menunjukkan punggung di depan ramai.

11 comments:

haprak daily said...

haram jadah betul pakatan nie ....

miong said...

1 jota yang sokong Najib's twitter di kedai makanan yang sama, guna IP yang sama ..kwangkwang

Anonymous said...

Tinggi imaginasi ko, mcm boss ko juga....

Anonymous said...

Mcm mana ko check IP, cer citer sikit.... Imaginasi ko tinggi mcm boss ko jugak, kesian ko....

Anonymous said...

Pakjubur dulu dia menipu org leh pecaya kini sori lah, org undi pakatan era paklah sebab marahkan paklah dan menhantu dia KJ, kali ni berbeza, pakjubur takut jika pkr hancur kes dia akan di bicarakan jika dia menang kes dia aka di bakul sampahkan itu sebab dia berusha sgt untuk menang dgn cara apa sekali pun, paklah di gunakan untuk tujuan itu semasa paklah tertidur terlelap, ..

Anonymous said...

Apapun PKR akan tetap lebur dan pupus.

Anonymous said...

miong said...
1 jota yang sokong Najib's twitter di kedai makanan yang sama, guna IP yang sama ..kwangkwang

Wednesday, 05 September, 2012.

Dei Miong, lu ingat semua orang bodoh piang macam lu ka wei?Nak cakap sesuatu tentang IT buat la homework sikit! Mana mungkin guna IP yang sama sampai sejuta . Gua rasa lu golongan kureng sekolah lah wei! Be an IT literate before you give any stupid comments, please la, jangan sampai kita orang hack lu punya IP address dan tunjuk kat laman web ni.

Anonymous said...

PR mmg bungkus kali nie...rakyat dah tau..siapa sebenarnya juak juak PR..

Tinta Asyraf said...

Kalu benci ke Anwar sekalipun, tak yah ler letak gambar perempuan seksi tu...apa kena mengena artikel hang dengan perempuan tu.

Tambah kan dosa hang dengan orang yang melihat jer ada la...

Anonymous said...

Hahahaha giler hebat bleh ckp sejuta guna ip yg sama sokong twitter najib.. Ape kebodoh tahap bangsat lu ni woiiii.. Sape2 yg terer hack kasik hack skit mamat yg komen tu punye akaun fb or twitter.. Bodohhh!!!

Anonymous said...

Pork Lah terlelap sekejap jer. Tapi baso dio jnes nate tok leh nok wat saie lebe suko saie nge nate dari manuksio.