Saturday, September 22, 2012

Bila Nak Ambil Tindakan...?

Bahang kemarahan sebahagian umat Islam mungkin sudah sedikit reda selepas Ngeh Koo Ham meminta maaf atas keterlanjurannya, namun hakikatnya ia tidak bermakna Pengerusi DAP Perak itu sudah boleh menarik lafaz lega.

Mesej dari twitternya yang mempertikaikan kesungguhan umat Islam membantah filem Innnocence of Muslims terbukti adalah satu bentuk penghinaan yang mendedahkan betapa tidak sensitifnya pemimpin DAP itu terhadap hati nurani orang Islam.

Paling mengguris hati bila komen negatif oleh Koo Ham itu umpama sengaja menyimbah minyak pada api yang sedang menyala. Satu langkah songsang yang seperti sengaja mahu mengundang amarah khalayak ramai.

Kerosakan sudah berlaku dan ia tidak dapat diperbetulkan dengan hanya sekadar melalui permohonan maaf sahaja. Sesuatu perlu dilakukan supaya keceluparan dan keterlanjuran sedemikian tidak lagi berulang.

Sejak negara mengalami tsunami politik tahun 2008 yang menyaksikan DAP muncul sebagai pembangkang yang kuat, sudah acapkali sensitiviti umat Islam diuji manakala kesucian agama Islam sengaja diperlekehkan.

Koo Ham bukanlah orang pertama dari kalangan pemimpin DAP yang tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam. Sudah kerapkali DAP melahirkan pemimpin yang akal pendek dan sering bertindak sedemikian rupa.

Sebelum ini DAP pernah menjuarai isu kalimah Allah s.w.t yang mahu diguna pakai oleh pendakwah dan penganut Kristian. Beberapa ketika sebelumnya ayat-ayat suci Al-Quran dibaca sesuka hati oleh pemimpin politik bukan Islam untuk memenuhi selera politik DAP.

Lama sebelum itu ada kalangan pemimpin DAP mempertikaikan kewajaran meletakkan tulisan jawi pada papan tanda jalan.

Malah kesucian Rumah Allah s.w.t seperti surau dan masjid juga pernah beberapa kali tercemar gara-gara dijadikan pentas politik oleh beberapa pemimpin DAP yang berlagak umpama tok imam dan ustaz bertauliah dengan menyampaikan 'tazkirah' di ruang utama solat.

Semua kelakuan itu berlaku tidak sahaja menjadi saksi betapa rendahnya kefahaman dan sensitiviti para pemimpin DAP malah membuktikan betapa perlunya satu langkah tegas untuk membendungnya dari berlaku lagi di kemudian hari.

Justeru itu, langkah pengajaran berbentuk hukuman tertentu perlu diambil segera. Koo ham perlu melalui proses tersebut dan dia tidak boleh dilepaskan begitu sahaja dari tindakan undang-undang.

Jika tidak, dikhuatiri selepas ini makin ramai penyokong dan pemimpin DAP yang berkongsi fahaman serupa seperti Koo Ham muncul dan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat kita yang berbilang agama dan bangsa ini.

6 comments:

Anonymous said...

Apa hukuman yang boleh dikenakan kepada dia? Ramai yang menuntut dia dihukum, atas kesalahan dari akta mana satu undang-undang negara kita? apa kita mau lihat dia dihadap kemahkamah dan kemudiannya didapati tidak bersalah?
Dia dan parti yang bersengkongkol dengannya boleh dihukum melalui pilihanraya tetapi jika isu ini tidak ditangani dengan baik ia akan mengaibkan pula orang Islam, kemudiannya akan memberi kelebihan pula kepada dia dan yang bersekutu dengannya mentertawakan kita.

Anonymous said...

Nak parti pertahankan agama Islam, undi lah PAS kerana is parti agama.

DAP dan yang lain-lain tu macam Kat BN Dan PR tu kan parti politik, je.

Anonymous said...

Ini lah akibatnya pabila mempunyai menteri yang jaga KDN hanya tersengeh dengan amarannya sahaja tanpa sebarang tindakan susulan.

Anasir celaka macam cina ni akan terus membuat onar dan provokasi terhadap kaum melayu dan agama islam sebab dia tau tiada sebarang tindakan yang akan diambil terhadapnya dan kelemahan melayu adalah pabila orang tu mengucapkan ungkapan maaf..sudah dikira selesai sedangkan ucapan tu cuma mainan bibir anasir ni sahaja bukan dengan ikhlas pun..

Anonymous said...

..halal darah cina kapiaq sekoq ni.. lebai2 kulop pas buleh la bakar lilin lagik.. taqbir!..

Anonymous said...

..pas pertahan islam?.. hehe.. usah buat kelakar la bai.. pas pertahan peliwat tegar yg tua n yb jamban aje tau.. taqbir!..

Anonymous said...

PAS parti agama??? Jual nama Allah semata-mata untuk undi tu parti yang mempertahankan Islam ke??? Kesian sungguh ada penganut yang punye mentaliti begitu...