Sunday, September 2, 2012

Buat Kerajaan PKR Selangor, Anwar Lebih Penting Daripada Tuanku Sultan


Kenyataan Media GAPS

GAPS ingin menyelar Menteri Besar Selangor kerana tidak mengundang Tuanku Sultan Selangor dalam acara Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor yang diadakan dimalam ambang kemerdekaan kelmarin.

Tuanku Sultan Selangor merupakan Sultan dan Yang diPertua Negeri Selangor serta seluruh jajahan takluknya, yang telah memastikan negeri Selangor dapat kekalkan aman sentosa dan makmur setelah 55 tahun kita merdeka.

MB tidak faham intipati sejarah apabila gagal untuk mengiktiraf peranan Institusi Raja Melayu yang banyak menyumbang kepada arah kemerdekaan negara ini dari tangan penjajah.

Pemerintahan British sekali pun telah mengiktiraf Selangor sebagai sebuah negeri yang berdaulat yang diketuai sepenuhnya oleh baginda Sultan Selangor sebelum ini.

Malah Perjanjian yang ditandatangi oleh Raja-raja Melayu dengan British dan pejuang kemerdekaan telah memungkinkan negara ini merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. Kemerdekaan ini dicapai dengan aman tanpa pertumpahan darah dengan kerjasama terutamanya tuan punya yang sah bumi Tanah Melayu iaitu Raja-raja Melayu termasuk Tuanku Sultan Selangor.

Sebagai Ketua yang sah dinegeri ini yang diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang tubuh Negeri Selangor, selayaknya Tuanku Sultan Selangor diberikan penghormatan menjadi tetamu paling utama dalam setiap acara rasmi kerajaan negeri Selangor lebih-lebih lagi dalam acara sambutan hari kemerdekaan di Negeri Selangor.

Kegelojohan dan kegilaan kuasa pentadbiran Dap, Pkr dan Pas yang memberikan mandat kepada penasihat umum Pkr untuk menyampaikan ucapan dan tidak mengundang Tuanku Sultan Selangor adalah juga bukti mereka tidak mengiktiraf Tuanku Sultan Selangor sebagai Sultan dan Yang diPertua diNegeri Selangor .

GAPS yakin Dap, Pkr dan Pas akan dihukum sepenuhnya oleh rakyat jelata negeri Selangor dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Merdeka, Merdeka, Merdeka.

Daulat Tuanku.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

9 comments:

Anonymous said...

br

Anonymous said...

bro, nape tak jemput Agong di bukit jalil??? tu bukan sultan lagi, tapi Agong... aduhaii... ni la cakap makan diri..

Anonymous said...

lol.. perbarisan pagi tu kan dah jemput agong!!

majlis rasmi pagi.. malam tu perhimpunan rakyat.. tau beza tak??

Anonymous said...

Jangan gado gado...

2-2 sama aje...

Anonymous said...

Sebenar benarnya MB Khalid tak nak jemput DYMM Sultan sebab nak jadikan perhimpunan tu diselang seli dengan ceramah politik.Kalau jemput DYMM Tuanku nanti kena jaga adab,tak boleh hentam UMNO/BN,pencapaian negara ke dsbnya...tau tau je lah dendam kesumat Anwar..kalau pegang microphone je mesti nak bagi ceramah berbaur politik..kah.kah. kah..tu pun tak boleh nampak lagi ke?

Nor Bakri Yunus said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Apalah bodoh sgt pencacai UMPORNO ni...majlis tu majlis di ambang kemerdekaan bukannya perbarisan hari kemerdekaan...kena fahamlah betul2...nak tunjuk jagoan konon...podah jagoan tengik semua pencacai UMPORNO

Anonymous said...

Anonymous said...
bro, nape tak jemput Agong di bukit jalil??? tu bukan sultan lagi, tapi Agong... aduhaii... ni la cakap makan diri..

Sunday, 02 September, 2012

WEI ANOM ..KALAU DAH BANGAN TU JANGAN LA NAK NUNJUK BODOH KO KAT SINI..KO TAU TAK MEMBEZAKAN MAJLIS RASMI DENGAN MAJLIS TAK RASMI

Anonymous said...
Apalah bodoh sgt pencacai UMPORNO ni...majlis tu majlis di ambang kemerdekaan bukannya perbarisan hari kemerdekaan...kena fahamlah betul2...nak tunjuk jagoan konon...podah jagoan tengik semua pencacai UMPORNO

NI SEKOR LAGI BUDAK BANGANG KALAU TAK TAU JANGAN KO NAK MENYAMPUT LAA. SEBENARNYA MAJLIS PADA MALAAM TU ADALAH PERBARISAN HARI KEBANGSAN DI PERINGKAT NEGERI SELANGOR...MB SELANGOR SIGAGAP TU BUAT AWAL..IAITU PADA MALAMNYA.ANOM BODOH SEKIRANYA MAJLIS DIAMBANG KEMERDEKAAN TAKDE UPACARA PERARAKAN DARIPADA BEBERAPA PERTUBUHAN LAA NGOK..NASIB BAIK LAA PIHAK POLIS DAN TENTERA MENARIK DIRI DARIPADA MENYERTAI KALAU TAK AKAN DIJADIKAN ISU OLEH PKR BAHAWA POLIS DAN TENTERA MENYOKONG MEREKA..

KEPADA ANOM..BODO BAN BANGANG..KAJI DULU ISU YANG DIBENTANGKAN BARU LAA ULAS JANGANLAA MENUNJUKKAN KEBODOHAN DISINI..

Anonymous said...

Sejak bila manusia sokong pr pandai?