Thursday, September 20, 2012

Dr Hasan Ali BELASAH Ngeh Koo Ham


KENYATAAN YB DATO’ DR HASAN ALI MENGENAI TWEET YB NGEH KOO HAM

Saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan terhadap tweet yang dilakukan oleh YB Ngeh Koo Ham semalam yang menyifatkan umat Islam seolah-olah membuang masa dan tenaga apabila mengadakan perhimpunan besar-besaran Jumaat ini untuk membantah penghinaan Sam Bacile ke atas agama Islam melalui filem Innocence of Muslims.

Saya merasakan kenyataan tersebut menggambarkan kejahilan peringkat darjah tertinggi beliau tentang Islam walaupun DAP sudah berkawan dengan Parti Islam Se-Malaysia PAS buat sekian lamanya. Kenyataan sedemikian sudah tentu menyinggung perasaan dan menghiris jiwa keIslaman masyarakat Islam dalam konteks mempertahankan aqidah sehingga sanggup menginfaqkan nyawa untuk mempertahankan kesucian agama mereka.

Perasaan sedemikian terbayang dalam demontrasi yang diadakan dikebanyakkan negara Islam dan seperti yang diketahui, ramai menjadi korban akibat daripada manifestasi keimanan yang dipaparkan oleh mereka. 

Kenyataan pemimpin DAP Perak itu bagi saya seolah-olah mencabar maruah dan tingkat kesabaran masyarakat Islam di negara ini. Tak cukup dengan kenyataan Karpal Singh yang berterusan bersifat menghina Islam, rupa-rupanya ramai lagi pemimpin-pemimpin DAP yang mudah menyatakan pendirian anti Islam tanpa mengira sensitiviti masyarakat Islam.

Saya merasakan YB Ngeh yang dianggap senior dan sudah begitu lama bergiat dalam politik seharusnya dapat membaca reaksi masyarakat Islam. Saya bimbang kenyataan-kenyataan seperti ini boleh menimbulkan kemarahan dan seterusnya tindakan yang tidak boleh dijangkakan yang mungkin di ambil oleh masyarakat Islam yang terasa begitu di hina oleh orang-orang bukan Islam yang selama ini mereka hormati.

Justeru saya menyeru kepada YB Ngeh agar segera menarik balik kenyataan beliau itu dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Negara ini. Saya juga ingin melihat pemimpin-pemimpin PAS tampil kehadapan terutamanya mereka yang saya labelkan sebagai parasit untuk menyatakan pendirian mereka sekurang-kurangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh melegakan ahli dan penyokong PAS.

Tetapi saya tidak terperanjat kalau mereka menyepi diri membisu tanpa bahasa seperti yang biasa berlaku sebelum ini.

YB DATO DR HASAN ALI 
Presiden JATI 
ADUN Gombak 
Setia 19 September 2012

8 comments:

Anonymous said...

..sejok tgk sesama aqidah mesra.. saling sayang menyayangi demi memperkukuh ikatan ukhuwah.. taqbir!..

Anonymous said...

org islam masih tak sedar diri, makin sesat dgn ajaran ajakan pemimpin islam yang gila kuasa, sampai kafir laknat menghina ugama pun masih berdiam, kita cabar pas keluar PR berjuang bersama UMNO untuk Islam,..cukup lah menipu rakyat dgn pembawaan islam yang terpesong itu. islam untuk allah, melalui ajaran nabi nabinya terutama nabi muhamada, ingat lah semula syahadah kita....

Anonymous said...

Aku dah letih mendengar perkataan "mencabar kesabaran kami" atau " kami memberi kata dua" dan lain2 tapi habok pun tak dak..

Anonymous said...

Permulaan sebuah akhir. Jika tiada tentangan yang agresif dari masyarakat islam, islam akan terus siperlekeh......

Anonymous said...

ooo pandai ckp,mulut cerdik...buang masa n tenaga buat demo pasal memptahankan agama islam dr d hina....demo bersiri bersih(bershit) jimat masa n tenaga pulak!

Anonymous said...

elok la si hassan nih dah mula nak sunyi sepi camtulah kalau berjuang tak ikhlas..berlagak macam bagus,syok sendiri ,,sombong bila nak duduk dlm jemaah,

Anonymous said...

..jemaah amendernya bai.. hehe.. bai lumpoh n peliwat tegar di saf paling depan.. penentu segala policy kjaan pakatan giler bayang..

Anonymous said...

mengapa kutuk Ngeh.. mana dia tau bab Islam... sepatutnya kita pakat2 dakwahkan Ngeh dan rakyat yg jahil dengan Islam...

Uslub dakwah, Rasul SAW dakwah & doakan kaum Thaif yg mengejek & menghalau baginda.....

semuga Islam dianuti & dihayati.... bukan sekadar ikut2 adat saja & hiasan upacara majlis...