Tuesday, September 25, 2012

Jet Peribadi: Sewa, Taja Atau Pinjam...?

Belum pun memerintah, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat telah mempamerkan cara hidup yang menyaingi pemimpin di negara maju, lengkap dengan bas dan jet mewah untuk ke mana-mana.

Apatah lagi dengan Anwar sendiri memiliki tidak kurang dari tujuh orang pengawal keselamatan yang mengiringinya pada satu-satu masa. Sekali pandang tampak benar-benar seperti pemimpin negara pertama. Jika PR ditakdirkan menjadi pemerintah tentunya Putrajaya dan Seri Perdana akan dilengkapi dengan sistem keselamatan setanding White House dengan teknologi dari Israel.

Keluarga pemerintah, menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan juga pasti akan dibekalkan dengan beberapa orang pengawal keselamatan juga. Pendek kata, rakyat tidak lagi dapat mendekati pemimpin sepertimana kebiasaan di masjid, mahupun di Hari Raya atau di bazaar Ramadhan di mana kita biasa bertemu dengan Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Kita boleh membayangkan keadaan Malaysia di bawah PR dengan kehidupan pemerintah bagaikan pemimpin kuasa besar tetapi rakyat dipaksa hidup di tahap dunia ketiga bagi menampung kos kepimpinan yang serba canggih.

Senario ini semakin jelas di mata rakyat jelata sejurus selepas melihat gambar Anwar dan pemimpin PR lain yang dimuat naik oleh Tian Chua di laman sosialnya. Kelihatan mereka semua tersengih-sengih bangga dan teruja sekali menaiki jet mewah untuk ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena menyambut Hari Malaysia. 

Jelas bahawa Tian Chua bukanlah seorang yang cerdik kerana tidak mampu menilai kesan gambar tersebut kepada politik PR. Jelas juga bahawa Anwar dan seluruh kepimpinan PR juga tidak cerdik dan terus melatah apabila diasak dengan persoalan mengenai jet peribadi itu.

Kalau mereka cerdik, tentu mereka tidak dipilih sebagai ‘barua’ oleh pihak tertentu. Justeru, Anwar, Tian Chua dan Nurul Izzah masing-masing memberi jawapan berbeza. Itu belum lagi ditanya kepada pemimpin PR yang lain, kerana jika 10 orang ditanya, maka tidak mustahil 10 jawapan berbeza yang akan kita terima. 


Kata Anwar, jet tersebut adalah ditaja oleh ‘kenalannya’. Nurul Izzah pula berkata ia dipinjamkan tetapi Tian Chua pula terlebih dahulu menyatakan yang ianya disewa....

Mungkin kenyataan Tian Chua lebih tepat kerana Datuk Mohd Taufik Omar, Pengerusi Tjets Sdn bhd mengakui bahawa syarikat beliau menyewakan jet Dassault Falcon 900 yang bernombor N990BB itu kepada Anwar, dengan kos yang dirahsiakan.

Kos menyewa jet mewah tentunya mahal. Walaupun Tian Chua cuba memperkecilkan jumlahnya dengan menyatakan ianya ‘murah’ tetapi ia tidak membawa makna bagi rakyat selagi butiran terperinci invois, resit dan juga sumber kewangan yang digunakan untuk membayarnya tidak dibentangkan.

Jika wang sewaan dikeluarkan dari poket Anwar sendiri, maka Anwar perlu menjelaskan dari mana datangnya wang yang begitu banyak. Jika dari poket kerajaan negeri Selangor, maka Khalid Ibrahim perlu menjelaskan kenapa wang rakyat Selangor digunakan untuk politik parti PKR. Dan begitulah seterusnya, sepatutnya.

Jika ianya ditaja, iaitu dibayar oleh pihak lain seperti kata Anwar, maka Anwar bertanggungjawab kepada rakyat untuk mendedahkan penajanya. Apatah lagi apabila telah terbukti yang PKR atau PR melalui SUARAM ada menerima dana dari Yahudi Zionis dan George Soros. Untuk ini, Dr. Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang turut berada dalam jet berkenaan wajib menjelaskan kepada penyokong PAS dan rakyat sekalian tentang sumber penajaan jet tersebut.

Kita ingin pastikan yang ianya bukan diambil dari Yahudi, Soros atau tabung ‘tin milo’ yang disumbangkan oleh penyokong-penyokong PAS. Begitu juga jika ianya dipinjamkan, bak kata Nurul Izzah. Rakyat perlu tahu siapakah yang begitu baik hati, pemurah lagi kaya raya untuk meminjamkan sebuah jet mewah kepada papanya.

Sebagai pemimpin parti yang lantang melaungkan ketelusan dan integriti, Nurul Izzah wajib menyatakan siapakah peminjamnya bagi mengenepikan segala keraguan tentang berlakunya rasuah atau kes ‘terhutang budi’ yang begitu hebat, setimpal dengan harga penggunaan jet berkenaan.

Kita tidak faham kenapa begitu sukar bagi PR untuk menangani persoalan mudah mengenai jet ini. Jika pinjaman atau tajaan atau sewaan jet berkenaan adalah mengikut prosedur dengan sumber kewangan yang sah dan halal, kenapa PR perlu ‘malu-malu’ untuk bersikap telus?

Apakah yang ingin dan perlu disembunyikan mereka sehingga begitu gelabah dan memberi jawapan berbeza...? Dan kenapa penyokong-penyokong PR tidak mempersoalkan perkara ini secara terperinci..? Apakah ketelusan hanya perlu di pihak BN, tetapi tidak PR...?

Jika pemimpin BN bermewah, bukan main lagi dikutuk mereka, tetapi apabila pemimpin PR bermewah dengan sumber yang jelas haram atau diragui, segalanya menjadi tidak apa pula.

Seharusnya, penyokong-penyokong PR bangkit bersama dengan seluruh rakyat Malaysai menuntut PR menjelaskan isu jet peribadi ini dengan terperinci lengkap dengan dokumen-dokumen bukti bagi menepati perjuangan mereka menuntut kerajaan yang bersih, telus, adil dan berintegriti

13 comments:

Anonymous said...

aku tetap konsisten, bodohlah orang2 melayu yg memilih pakatan....

Anonymous said...

sebenarnye jet tu saya sewa..

eh..eh.. jet tu dipinjamkan la papa..

Oi itu jet aa.. ada olang taja ma.. aiyaa.. bodo punya olang..

cakap2 dari manusia PKR..

PARTI KENCING RAKYAT

Anonymous said...

Papa hanya mampu sewa Cina Doll aje la mama.kata nuru izah pd jijah

Anonymous said...

Aa... aaa... no issue, no issue.. apa kecoh2.. naik jet jek.. hehehe.. 2-3 harini syp puak2 pkr kat facebook aku.. xda yg brani bersuara, takut kene tmbak.

Anonymous said...

masuk kg mintak duit derma... kata derma jihad nak jatuhkan kjan zalim...

padahal nuar naik jet peribadi tu pakai duit sapa kalu tak duit soros..

bobmaley

Anonymous said...

Pakatan HaramJADAH nih penoh dgn PEMBOHONG,PENYAMUN, PENYANGAK, PENGEBAS BINI ORG, PELIWAT, PELAKON PORNO,PENCETUS KEGANASAN.....

Anonymous said...

IKRAR RAKYAT..demi rakyat bukan individu khianat!

aku memang tak setuju mana2 pemimpin yg boros & mewah!

dengan apa alasan sekalipun, anwar,pkr & pr telah menunjukkan contoh yg tidak baik! aku bangkang 200%!!!!!!!!!!!!! Anwar + pemimpin PR yg redha dgn amalan ini perlu minta MAAF SECARA TERBUKA kpd semua ahli parti2 PR dan seluruh rakyat.. tanpa syarat. Kamu2 telah tersasar dari prinsip perjuangan. Jika kamu semua pemimpin berjiwa besar & negarawan .. kamu perlu minta terbuka! rakyat tuntut ketelusan dan amanah!

Jangan jadi macam gaya hidup bongkak, boros & mewah dari hak negara oleh para pemimpin UMNO/BN.. Jangan jadi seperti ketua2 UMNO/BN yg angkuh menutup kesalahan dan kekang suara rakyat!

kami tetap bersama PR...kami tolak BN!
tapi jika kamu Anwar masih berjiwa khianat... kami akan tolak kamu dan kami masih miliki ramai tokoh2 yg lebih baik dalam PR!

Anonymous said...

Bro nanti org akan kata pulak.....tak cerdiklah orang Melayu yang undi UMNO/BN....

Anonymous said...

kalau dia sewa boleh tahan jugalah tapi kakau dapat guna free...susah camni....

Anonymous said...

Korang tanya2 cmtu kt si anuar tu,kene anuar tu xjawab tpi dia tanya balik kt korg cmne..hahaha...diorg akan wt xtau je smpai cite ni syp sendiri..xkan xkenal lg kot..haha

Anak Lenggong said...

Baik betul laa hartawan ni kasi jet untuk kegunaan nuar tanpa sebarang tututan balasan dengan budi yag ditabur..Nanti dalam penerbangan tu boleh la jemput ustazah aisyah dan abby nyanyi diiringi oleh tarian gelek daripada ratu bogel PKR..si eli.

Sekarang ni baru jadi ketua pembangkang dengan gaji singgit..sudah ada bas mewah..treler mewah dan sewaan jet peribadi pengawal peribadi pulak untuk lawatan ceramah diseluruh negara..Bila lagi nak ada bot & kapal mewah.

Anonymous said...

Aku pasti wartawan tak berani tanya dia kalu ada sidang akhbar. tak pasal2 kena sembur dan tanya balik, "U dari akhbar mana? TV mana? UM? TV3?"

Anonymous said...

Saya dari majalah manggo