Saturday, September 29, 2012

Kalau TAK Menipu..., Kalau TAK Fitnah..., Itu Bukan Pimpinan PAS...!!


Mudah sungguh bagi Subky Latif membuat tuduhan di Harakahdaily bahawa Genting membeli saham FGVH.  Mudah kerana ia tidak memerlukan fakta, angka dan bukti apa-apa untuk menguatkan tuduhan. 

Siapa saja boleh menuduh apa saja malah kita juga boleh menuduh Subky Latif atau Hadi Awang ada membeli saham Genting dan kemudian melalut-lalut mengaitkan keturunan, kenalan dan sahabat handai mereka sambil memburuk-burukkan semuanya sebagaimana yang Subky lakukan terhadap FGVH dan Dato’ Seri Najib dalam tulisan tersebut. 

Sehinggakan sekali baca, tampak seolah-olah Subky Latif ini bukannya ingin mempersoalkan Genting atau saham FGVH, tetapi dengki kerana tidak tergolong dalam keturunan orang-orang berada dan bernama seperti Dato’ Seri Najib. 

Sebenarnya, sikap orang-orang PAS ini sama saja, tak kira penulis, penyokong atau pemimpin.  Iaitu mereka gemar mempersoalkan tahap ‘keIslaman’ orang lain di samping menonjolkan diri sebagai yang ‘lebih Islam’ atau ‘paling Islam’.  Dalam hal ini, mereka sengaja membangkitkan persepsi seolah-olah pengurusan Felda tidak tahu halal-haram atau tidak cukup Islam. 

Mungkin kerana telah kalah dalam isu FGVH iaitu gagal menghalang penyenaraian, terbongkar segala penipuan dan niat jahat atau kerana menyesal tergadai peluang untuk sama-sama memperoleh keuntungan, maka PAS cuba mengalih pandangan dengan membangkitkan soal ‘keIslaman’ FGVH pula. 

Untuk PAS dan Subky Latif, tidak perlulah meragui keIslaman FGVH kerana sesungguhnya pihak yang mengurus FGVH juga cukup peka dengan halal-haram sesuatu urusan perniagaan.  Jika ada yang terlepas pandang atau kurang jelas, sama-samalah diperbetulkan bukan difitnah atau dijatuhkan kerana yang akan rugi nanti adalah orang-orang kita juga, orang Islam, orang Melayu yang menjadi majoriti peneroka Felda. 

Tetapi, apa yang jelas haram atau dosanya di sini ialah tindakan menuduh dengan niat memfitnah terhadap orang lain seperti apa yang dilakukan oleh Subky Latif, Harakahdaily dan PAS.

Saham FGVH adalah bertepatan dengan syariah berdasarkan prospektus dan setakat ini, tiada pemegang saham atas nama ‘Genting’ yang direkodkan. 

Bagaimanapun, jika Genting yang membeli saham sepatutnya bukanlah satu isu tetapi yang sepatutnya menjadi isu ialah jika FGV yang membeli saham judi Genting.  Tetapi ini tidak pernah dan tidak mungkin berlaku selagi ia dipantau oleh kerajaan yang didominasi oleh orang Islam. 

Lainlah jika Pakatan Rakyat yang menjadi kerajaan serta Anwar Ibrahim yang membawa fahaman pluralisme menjadi Perdana Menteri dengan DAP menjadi tulang belakangnya, maka mungkin sesuatu seperti itu boleh berlaku.   

Dengan itu, Subky harus ingat bahawa bukan dia sahaja yang Islam di Malaysia ini.  Orang-orang UMNO, majoriti peneroka Felda dan pengurusan FGVH juga Islam.   Bezanya, satu pihak gemar mempertikai iman dan ilmu agama orang lain dan satu pihak lagi tidak.  Itu saja. 

Tetapi, pihak atau individu mana yang lebih beriman, lebih tinggi darjat dan akan mendapat berkat di sisi Allah SWT tiada siapa yang tahu, walau berapa kali pun Nik Aziz cuba membayangkan kepada kita yang dia tahu. 

Justeru, tak usahlah Subky melalut menulis panjang-panjang sekadar untuk melepas geram memburukkan Perdana Menteri, keluarga dan tokoh-tokoh UMNO.  Ini kerana tidak berbaloi menambah dosa sedangkan Perdana Menteri dan orang-orang yang dikutuk Subky langsung tidak terjejas dan tidak terasa apa-apa. 

Perdana Menteri kekal tenang bekerja untuk rakyat, peneroka Felda terus gembira mendapat nikmat, Felda terus maju dan meningkat.  Cuma Subky dan PAS saja yang penuh dengan dendam kesumat.  

18 comments:

Anonymous said...

Genting yang membeli saham sepatutnya bukanlah satu isu tetapi yang sepatutnya menjadi isu ialah jika FGV yang membeli saham judi Genting..MIK kalau hal ini terjadi maka mmg sah saham FGV tu haram....ini bukan soal isu tp soal halal atau haramnya pendapatan atau hasil drp pelaburan itu....lain kali rujuk dgn org2 ahli agama sebelum mengeluarkan hujah takut makan diri nanti...perkara yg berkaitan agama tak boleh guna logik akal mesti ada sandarannya......

Anonymous said...

Kalau ikut anon diatas, kalau tokey judi makam kedai orang Islam mcm mana plak?

Anonymous said...

boleh tau ape sandaran atau sape yg drujuk anon yg 1st tu?

Anonymous said...

tak berani nak komen.Cuma bila syarikat disenaraikan risiko pemilikan saham oleh bukan Islam memang sukar disekat.

Adakah bukan Islam dilarang melabur dalam kewangan Islam.

Biasanya bentuk pelaburan atau dimana kita hendak melabur yang dijadikan sandaran.

Dalam hukum Islam pendapatan sumber yang halal adalah penting. So pendapatan itu adalah keuntungan pelaburan dari FGV.

Tapi status modal perniagaan itu bagaimana..?

Nampak isu itu mudah tapi sebenarnya sukar dikawal.

Biarkan ahli agama yang merungkainya. Tapi bukan orang agama berlandaskan politik.

Anonymous said...

Pemimpin pembangkang ni bukan ada kerja duduk melanguk nak cari idea mereka fitnah kerajaan je lepas tu kalau ada habuan bajet kerajaan bagi sapu jugak, manusia macam ni ibarat musang berbulu ayam ataupun istilah lebih tepat ' haram jadah ' je, pukimak punya manusia hidup pun tak terurus nak mengomen orang lain yang telah berjasa membangunakan negara hingga maju kini, kalau dapat kat mereka ni punah negara ini.

Anonymous said...

Suka dgn comment anon no 2.

Kepada anon no 1, tahukah anda ramai orang2 cina yng menyimpan duit di dlm perbankan islam.Alasanya perbankan islam lebih praktikal.

Kepada anon no 1,simpan lah duit bawah bantal kerana duit anda mungkin bercampur dari sumber yng tidak halal sekiranya menyimpan di bank!

Anonymous said...

tpaksa bg free la coz xblh ambik duit dia...betul tak ustazah ab!

Anonymous said...

Tokey judi atau org bukan Islam makan dikedai org Islam tak sama dgn pelaburan dlm kewangan Islam....saya setuju dgn komen anon4....

Anonymous said...

Nak tanya anon2....kalau segelas susu kemudian tuan masukkan/campurkan dgn sesudu kecil arak....bolehkah tuan minum susu tersebut......

Anonymous said...

jgn la nak bertengkar benda2 dlm imaginasi tuan2 aja.duit toke judi,duit xhalal dr org kafir...mcmana dg duit org islam sdiri mengubah wang haram beli saham.toke judi aja yg d nampak oleh tuan2.fikiran buka la luas skit.jgn la duk imaginasi dik tanya susu campur sedikit arak.mana ada undang2 d dunia halang org bkn islam buat pelaburan konon duit haram.halang sekali org islam yg mengubah wang haram beli saham FGV,kalau teror sgt

Anonymous said...

risikonya... bila pemegang saham sesuatu syrikat semakin dominan, maka polisi syarikat akan ditentukan oleh pemegang saham majoriti .....

ada kemungkinankah satu setika saham FGV akan berubah ketangan bukan peneroka asal atau bukan kerajaan atau terus diboloti oleh kaum pemodal ahli maksiat /kuffar?

mentaliti ketua2 umno yg tamak hari ini hanya nak dapat untung segera walaupun merugikan bangsa sepanjang hayat .....

amalan umno dah tak relevan lagi dengan melayu atau Islam.... bgi mereka "DUIT SEGERA"....

pru13... no to umno/bn..

Anonymous said...

Kalau mcm Anon no;1 cakap, jenuh nak tapis sapa yg beli saham. Ada toke judi, ada toke rmh urut, ada toke bela babi, kita tak tahu. toke babi dan judi pun ada simpan dlm bank bercirikan Islam. Camna tu? Ada sesape yg boleh cerahkan isu ini berlandaskan Islam?

Anonymous said...

nama lg jual beli.kalau org nak beli tp xda org nak jual..benda ni xkan tjadi.mcm ko beli nasi d kedai.peniaga xnak jual wpun ko nak beli,mana mgkin blaku proses jual beli.tuduh org tu rasuah,org ni rasuah memang senang sbb pakai air liur.aku pun nak tuduh ko rasuah..amacam

Anonymous said...

Bidang muamalat ni byk cabangnya...elok kalau dirujuk kpd yang pakar....jgn berhujjah guna logik akal aja....guna akal tak sampai ke mana dan salah tu bro....

Anonymous said...

felda ni asalnya produk dia kelapa sawit.kelapa sawit pulak dibuat minyak sawit.minyak sawit pulak jadi minyak masak.minyak masak ni pulak org alim guna buat goreng ikan kembong,org biasa2 buat rendang,toke judi buat goreng udang butter n goreng sayur,toke babi buat masak babi...jadi mcmana nak halang toke2 duit haram ni beli minyak masak keluaran felda!takut bercampur haram dan halal???....bkn ka sama isunya dgn saham FGV...pemilikan utama berlandaskan syariah.org lain nak beli saham FGV mcmana nak halang...sapa nak tanya duit ko halal ke haram...tanya la kalau nak mkn penyepak...jgn duk tgk saham aja...fikir sdiri la contoh minyak masak tadi. kalau nak jgk Buatla sighboard besar besar jual minyak masak UNTUK ORG ISLAM SHJ....boleh?

Anonymous said...

Aku pening btul la dgn komen Anon 1. Ko mengulang apa yg tuan blog tulis, beb!

Sebjik mcm pemimpin PAS. Apa yg orang dah buat, nak mengaku dia punya (nak dapat kredit la tu) kehkehkeh

Anonymous said...

Anon 01 Monday....maaflah bro...jgn tuduh saya berpihak kpd mana2 parti..saya tidak menjadi ahli mana2 parti sama ada Pas atau Umno/BN...bagi saya mana yang baik dan betul dari mana2 parti pun saya terima....yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah...jgn mudah melebel sesorg....saya lebih suka bersangka baik dengan org asalkan ia tidak /lari atau terpesong dari ajaran Islam ...bukankah itu yg diajarkan oleh Islam??????

Anonymous said...

Ada dalil ke?