Friday, September 14, 2012

Kaum Cina Kuala Lumpur Sudah Tolak Pakatan DAP PKR PAS...!!

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menolak tanggapan bahawa anaknya Datuk Chua Tee Yong tidak sepadan untuk berdebat dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu penstrukturan semula hutang Talam Corporation Berhad.

Beliau berkata Tee Yong sememangnya layak berdebat dengan Abdul Khalid kerana Tee Yong merupakan Ketua Biro Profesional Muda MCA dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Ketika saya berdebat dengan (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim) Guan Eng, adakah saya setaraf (dengan Guan Eng)? Dia (Guan Eng) ialah Ketua Menteri tetapi saya bukan sesiapa.



"Ketika (Barack) Obama berdebat dengan (calon presiden daripada parti Republican) Mitt Romney... dan siapa Mitt Romney? Obama merupakan Presiden Amerika Syarikat," katanya pada sidang media selepas pelancaran 1MCA Skim Mikro-kredit untuk Belia di Wisma MCA di sini hari ini.

Beliau mengulas ketidakhadiran Menteri Besar Selangor itu untuk berdebat berhubung isu Talam, anjuran MCA di sini, malam semalam.

Mengenai skim pinjaman 1MCA skim Mikro-kredit, Dr Chua berkata sebanyak 380 permohonan diluluskan melibatkan kos bernilai RM6.4 juta bagi membantu golongan muda menjalankan perniagaan.

Sumber - Gelombang Rakyat

4 comments:

Anonymous said...

MB Gagap tu taraf pengecut dan bodoh. Dia byk buat kerja2 bodoh dan membodohkan rakyat. Nk perintah tergedik2 tp ilmu xde. Rosak habis negeri. Yg byk ialah maksiat!

Anonymous said...

Kalau anon1 anggap TS Khalid tu bodoh, agak2 apalah yg patut diberi gelaran utk anon1 ni....Baghal o Keldai kot paling sesuai...cermin2lah diri tu sikit...

nizbzam said...

meme bodoh pun klau ditahap menteri besarlah kerana klau dia hadir mesti tergagap gagap pastu terlepas cakap tu sebab anuaq tk bg datang berdebat....

muahahahaaha...
bomo siam bangkaiiiii..

Anonymous said...

1. Anuar x bg dtg or
2. Najib x bg dtg

dua2 ada 50% chnce...

byk masalah muncul tp najib selesai.....baik pya