Friday, September 28, 2012

Kes Shahrizat & NFC Pimpinan UMNO Menyalak...! Kisah Khalid Ibrahim BELI Bas Mewah Kenapa Pimpinan UMNO Menikus Senyap...??

Sebuah Bas Mewah dua tingkat PKR telah dilancarkan oleh Anwar Ibrahim pada 31 Ogos. Bas tersebut difahamkan telah dipasang dan diubahsuai di sebuah kilang di Rawang Selangor – Intercoach Sdn Bhd. 

Kilang ini melaksanakan pengubahsuaian keatas lori-lori kompaktor yang dibeli oleh Kerajaan Selangor dari negara China secara pemasangan komponen terurai (CKD). Lori kompaktor yang dibeli berjenama Dong Feng.

Begitulah juga jenama Bas Mewah yang menjadi 'cerita utama' Blog MIK kali ini.., bas jenama Dong Feng. 

[kisah salah guna kuasa kerajaan Selangor mengenai pembelian lori kompaktor kerja pembersihan sampah, klik SINI.

Setelah mendapat maklumat dari pihak dalaman PKR yang menyatakan berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa lori kompaktor dengan bas dan trak PKR, pihak sel13.com menjalankan sedikit penyiasatan berhubung perkara berkenaan bagi memastikan kesahihan maklumat

Setelah mendapati maklumat berkenaan ada asasnya pihak sel13.com mendapatkan bantuan seorang rakyat Malaysia yang sering berulang alik ke negara China untuk urusan perniagaan bagi mendapatkan info yang lebih kuat.

Sementara mendapat info dari negara China pihak sel13.com juga menjalankan beberapa siasatan di negara ini. Akhirnya dari segala info yang diterima dan siasatan yang dijalankan, memang benar wujud penyelewengan dalam hal ini.

Siasatan pihak sel13.com mendapati bas dan trak yang diterima PKR adalah sebagai balasan kepada pembelian 50 lori kompaktor oleh Kerajaan Selangor.

Manakala kerja-kerja pengubahsuaian bas dan trak pula sebagai balasan kepada pemasangan 50 lori kompaktor di kilang dalam negara....!!

Di sini telah wujud unsur salah guna kuasa dan penyelewengan oleh Khalid Ibrahim. Bukan sahaja melakukan penyelewengan, malah dalam hal ini Khalid juga telah membohongi rakyat Selangor dan rakyat Malaysia. Beliau melalui satu kenyatan akhbar pada 30 Ogos 2012 telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut.
KENYATAAN AKHBAR 30 OGOS 2012

Saya ingin menegaskan bahawa kos sewaan bas dua tingkat yang akan digunakan Pakatan Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor. 

Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri. Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.

Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat. Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Kenyataan akhbar di atas dipetik dari http://anwaribrahimblog.com 
Juga turut disiarkan di Laman Rasmi MB Selangor http://mb.selangorku.com

Mengikut maklumat dalaman PKR bas tersebut bukannya disewa oleh Khalid, sebaliknya bas tersebut adalah miliknya...!

Salinan kad pendaftaran bas tersebut telah ditunjukkan kepada kami oleh pemberi maklumat. Namun kami tidak dapat menyiarkan di sini kerana menghormati permintaan pemberi maklumat.

Didapati bas tersebut telah didaftarkan seperti berikut.

No Pendaftaran : BLU 8779
No Enjin : M61HA800001
Pembuat : Dong Feng 
Tarikh Daftar : 03 September 2012
Kegunaan : Persendirian

Pemilik : Abdul Khalid Bin Ibrahim

Di Malaysia kita semua telah biasa dengan sistem penyewaan, samada sewa pejabat, sewa rumah , sewa kereta atau sewa lain-lain.

Barang yang disewa kebiasaanya didaftarkan diatas nama pemilik dan penyewa akan menandatangan satu perjanjian dengan pemilik. Belum wujud lagi di negara kita barang yang disewa didaftarkan atas nama penyewa.

Jika benar bas PKR yang disewa kepada Khalid Ibrahim dan pemilik yang sebenar bersetuju untuk mendaftarkan bas tersebut atas nama beliau, ini bermakna pemilik itu orang yang sungguh luar biasa baiknya dan mempunyai kepercayaan yang amat tinggi kepada Khalid.....

Kebiasaannya orang yang begitu adalah orang yang telah termakan budi yang besar atau mempunyai kepentingan dengan Menteri Besar Selangor itu.

Jika ini berlaku bermakna sekali lagi telah berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa dalam hal ini. Semoga pendedahan kami ini mendapat perhatian serius pihak berkuasa.

sumber - se13.com 

Blog MIK : Apakah senario kisah Khalid dengan pembelian bas mewah ini tidak membuka peluang untuk pimpinan UMNO untuk pastikan Menteri Besar itu menerima nasib yang sama dengan ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat dalam kes NFC...?

Kenapa tidak ada langsung nafsu berahi pimpinan UMNO bertindak untuk kuburkan dan talkinkan pimpinan PKR Selangor ini..?

Apakah dengan hanya berdiam diri dan membiarkan pihak portal dan bloggers membuat serangan dan pendedahan sudah cukup untuk menjamin kemenangan UMNO-BN merampas kembali negeri Selangor...? 

Cuba kita bandingkan cara serangan pihak Pakatan Pembangkang. Isu NFC, isu cincin Rosmah, isu Bersih, isu PTPTN, isu Lynas dan bermacam macam lagi adu dumba yang mereka lakukan untuk memastikan pihak UMNO-BN menjadi kacau bilau.

3 comments:

Anonymous said...

Mulut dah kena kunci dan kunci pula dipegang oleh Aljuburi.

Anonymous said...

Orang tanya mana satu berok matyeh atau matyeh berok, Katanya berok terkejut, depa kata "tekejut berok"...

Anak Lenggong said...

Aku dok tunggu jugak apa kata 3 ekor ni..saperti takde suara la pulak..