Sunday, September 30, 2012

Ketua Puteri Obesiti Mahu "Basmi" Obesiti Rakyat Malaysia.....

Blog satira The Antics of Husin Lempoyang menyentuh tentang Minggu Kesedaran Obesiti Sedunia. 

Secara sinis, Husin Lempoyang mengucap tahniah kepada Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ketua Puteri UMNO Malaysia Dato' Rosnah Abdul Rashid Shirlin atas inisiatif dalam membasmi obesiti rakyat Malaysia. 

Penulisan Husin Lempoyang selalunya terlalu berkias, meskipun hakikatnya terang-terang 'menembak'.

Kebetulan sudah pun dikiaskan, rasanya elok juga di 'tembak sipi-sipi' Ketua Puteri UMNO. 

Pernah berlaku dalam sebuah bahagian, jumlah cawangan Puteri UMNO berjumlah 45. Namun, 20 cawangan telah gagal mengadakan persidangan.

Ini bermakna hampir separuh dari keseluruhan cawangan-cawangan tidak layak menghantar perwakilan ke Mesyuarat Agung Puteri Bahagian. Puteri UMNO telah menjangkau usia 11 tahun. Ini bermakna dah sebaya dengan usia gadis sunti. 

Apa yang berlaku di bahagian berkenaan harus diambil iktibar oleh Rosnah. Jika tidak, maka sia-sialah matlamat dan tujuan penubuhan Puteri UMNO yang merupakan suatu proses untuk meremajakan UMNO.

Sampai bila Wanita UMNO mampu menjadi tulang belakang? 

4 comments:

Anonymous said...

Mana gambar Big Dog, First Lady?

Pandai Husin jual unta!

Anak Lenggong said...

Sejak hilang nya Azlina ketua puteri Umno pertama..nama dan kegiatan puteri Umno makin hilang serinya..

Anonymous said...

Azlina merupakan ketua putri yang terbaik setakat ini,Tapi bintang azlina telah digelapkan oleh rafidah kerana rafidah merasakan yang azlina akan menggangu kedudukan beliau didalam wanita umno.Maka berentaplah dengan shrizat ......shrizat ni pun ada kem .......tapi kem dia dah bocor atapnya ......hanya tingal azlina ...yang lain tu dah tua dan elok jaga cucu ......itu pun kalau wanita nak berubah.....