Wednesday, September 19, 2012

Negara Malaysia Kita Ini Akan Hancur Sekiranya Anwar Ibrahim Menjadi Perdana Menteri....!!


Ada satu rencana didalam Malaysiakini dua hari lalu yang mungkin dapat memberikan satu gambaran secara umum mengenai beberapa pandangan rakyat Malaysia mengenai perancanaan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Dibawah tajuk “What Some M’sians Say”, wartawan Malaysiakini telah menemuramah 10 orang secara rambang untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai kegagalan Anwar menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat pada 16 September seperti yang dicanang-canangkan olehnya sebelum itu.

Yang menarik ialah pendapat tiga orang Melayu berumur antara 40 hingga 46 tahun.

Seorang darinya ialah seorang pelukis Muhammad Abu Bakar, berumur 46 tahun, yang
menyifatkan perancangan Anwar itu cumalah satu angan-angan kosong. Dia juga menyifatkan Anwar sebagai orang yang tidak jujur, seorang Mat Jenin dan begitu terdesak mahu menjadi Perdana Menteri.

Seterusnya, Muhammad berkata “Anwar is a liar. He has been telling everyone he’s got the list (of names) of the defectors that would join Pakatan (Rakyat), but it’s all rumours.”
(Anwar adalah seorang penipu. Dia memberitahu semua orang yang dia mempunyai senarai (nama-nama) orang yang akan melompat dan menyertai Pakatan (Rakyat), tetapi itu semuanya khabar angin.”

Seorang lagi ialah Zaiti Arif, seorang jurujual yang berumur 40 tahun. Zaiti melihat Anwar sebagai “a man without principles” (manusia yang tidak berprinsip). “When he was in Umno, he supported the Malays, but now he is creating friction among Malaysians. He is a man without principles. I do not trust Anwar.”
(Bila dia didalam Umno, dia menyokong orang Melayu tetapi sekarang dia menimbulkan ketegangan dikalangan rakyat Malaysia. Dia manusia yang tidak berprinsip. Saya tidak percaya kepada Anwar.”

Seorang surirumah dari Terengganu, Nurhidayah Abdullah, berusia 42 tahun berkata bahawa semasa Anwar seorang pemimpin dan kemudiannya dipecat dan ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), “…we had thrown our support at him because we sympathised with him. That is why the opposition won big in Terengganu during 1999 general election, when reformasi was overwhelming.”
(…kami telah memberi sokongan kepadanya kerana kami bersimpati dengannya. Kerana itulah pembangkang menang besar di Terengganu ketika pilihanraya umum 1999, ketika reformasi sedang membara).

“Now we can see his true colours. He is twisting and turning on the sodomy allegation against him and now he is conspiring with non-Muslim parties. Now how could he fight for Islam if he’s doing such a thing?
(Sekarang kita dapat melihat diri Anwar yang sebenarnya. Dia berdolak-dalik mengenai tuduhan liwat terhadapnya dan sekarang berkonspirasi dengan parti-parti bukan Islam.

Sekarang, bagaimana dia hendak memperjuangkan Islam jika dia sedang melakukan perkara ini?
“Anwar is only playing with the people’s feelings. All he wants is glamour. This is all part of his political game to confuse the rakyat.”
(Anwar cuma mempermainkan perasaan rakyat. Apa yang diinginkan olehnya hanyalah glamour. Semua ini adalah sebahagian dari permainan politiknya untuk mengelirukan rakyat).

Beberapa lagi orang yang ditemuduga bagaimanapun mempercayai Anwar dan yakin akan kebolehannya untuk memimpin kerajaan tetapi yang menarik ialah kerana apa mereka menyokongnya.

Selain dari orang Melayu yang berumur 24 tahun iaitu Syuhaimi Safuan dan Murni Anuar, kedua-duanya bekerja dengan Majlis Peguam Malaysia, sebuah organisasi yang begitu kuat mendokong perjuangan Anwar, ialah kaum bukan Melayu.

Mereka terdiri dari James Tay, peniaga telefon bimbit berusia 29 tahun, B. Gucharanlal, bekas peniaga berusia 61 tahun dan Chee Vooi How seorang pelajar kejuruteraan berusia 20 tahun.

Pandangan dari Vooi How mungkin memberikan gambaran mengapa bukan Melayu kuat menyokong Anwar. Antara lain, Vooi How berkata: “The current government is being unfair towards the rakyat. They only prioritise the bumiputera especially when it comes to education quota, the bumpiputera usually would easily get into universities although their grades are lower than other races especially Chinese.”
(Kerajaan sekarang tidak adil kepada rakyat. Mereka Cuma mementingkan kaum bumiputera terutamanya berkaitan dengan kuota pendidikan dimana kaum bumiputera dapat memasuki universiti walaupun kelayakan mereka lebih rendah dari kaum lain lebih-lebih lagi kaum Cina).

Tambahnya, “But if Anwar who has promised to reform the laws for example the New Economic Policy to be abolished, then that would be good news. And if the new government does not take place, I am sure the supporters would be disappointed.
(Anwar telah menjanjikan akan membuat perubahan kepada undang-undang contohnya menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB), ianya adalah satu berita yang baik. Jika kerajaan baru tidak ditubuhkan, saya yakin penyokong-penyokongnya akan kecewa)

Rencana Malaysiakini dapat memberikan satu gambaran tentang pandangan-pandangan berbeza terhadap Anwar Ibrahim dikalangan orang Melayu itu sendiri yang bergantung kepada kumpulan umur.

Kelihatan seolah-olah dikalangan orang Melayu yang berumur 40 tahun keatas, kecenderungannya adalah tidak mempercayai Anwar dan tidada keyakinan yang dia akan memperjuangkan Islam dan kepentingan Melayu manakala yang berumur 20-an begitu teruja dengan Anwar.

Dikalangan bukan Melayu, sokongan terhadap Anwar kelihatannya lebih kepada kesediaan Anwar untuk menilai semula kepentingan Melayu termasuk berjanji untuk menghapuskan DEB.

Disini soalan perlu diajukan kepada Anwar apakah benar caranya untuk mendapatkan sokongan politik dari kaum bukan Melayu ialah dengan menggadaikan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera?

Anwar mungkin boleh berdolak-dalik dengan mengatakan dia akan menggantikna DEB dengan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang akan turut memuatkan beberapa polisi dan dasar-dasar yang telah sedia ada didalam DEB.

Hakikatnya, apakah yang diharapkan oleh kaum bukan Melayu terutamanya yang muda seperti Vooi How? Yang nyata, mereka percaya jika Anwar menjadi Perdana Menteri, selain DEB, dasar-dasar keistimewaan untuk Melayu/Bumiputera seperti kuota-kuota berkaitan pelajaran dan biasiswa (yang termaktub didalam perlembagaan) akan turut berubah jika tidak dihapuskan samasekali.

Jika itu yang dijanjikan oleh Anwar kepada kaum bukan Melayu, adakah Anwar berani untuk menjelaskannya secara terbuka kepada orang Melayu/Bumiputera dan bukan berselindung disebalik kata-kata yang kabur ataupun ambiguous.

Penerangan yang jelas dan terperinci dari Anwar mengenai perkara ini amat perlu kerana orang Melayu tidak boleh mengharapkan kepentingan mereka akan terjamin semata-mata kerana percaya bahawa tidak mungkin Anwar akan menggadaikan kepentingan bangsanya sendiri.

Keadaan ini lebih mendesak kerana dipercayai, jika PR berjaya menubuhkan kerajaan, majoriti ahli-ahli parlimen didalam gabongan itu akan terdiri daripada kaum bukan Melayu. Jika itu terjadi, sudah pasti Anwar dan ahli-ahli parlimen Melayu/Bumiputera tidak berada didalam kedudukan yang kuat untuk membuat permintaan ataupun – not in position to have a strong bargaining power.

Dan jika diperhatikan perlakuan-perlakuan Anwar sekarang serta pergantungannya yang kuat kepada DAP dan sokongan bukan Melayu, adalah tidak mustahil dia akan menurut telunjuk bukan Melayu untuk menghapuskan atau mengurangkan kepentingan-kepentingan Melayu, terutamanya yang tidak diperincikan didalam perlembagaan.

Kerana itu, orang Melayu perlu bertanya kepada Anwar supaya menerangkan secara jelas apakah perancangan dan halatuju orang Melayu jika dia memerintah.

Sumber - Klik SINI

[Gambar diatas hanyalah sebagai hiasan sahaja..]

10 comments:

Anonymous said...

Anak-anak muda yang menyokong nuar brahi disebabkan mereka tidak mengenali dan tau sejarah siapa nuar brahi...mereka cuma mengenali nuar sewaktu mereka diperingkat remaja dan darah muda biasanya membuat sebarang keputusan mengikut kata hati..tetapi bagi golongan dewasa mereka tau sejarah sebnar nuar berahi dan dikalangan mereka akan membuat kajian dan melihatkan sejarah terdahulu sebelum mereka membuat sebarang keputusan.

Anonymous said...

sokong penuh komen pertama tu

Anonymous said...

memang benar, ramai yg tidak betul-betul kenal siapa si nuar brahi ni. dia sanggup apa sahaja untuk kepentingannya hatta menjahanam kan negara ini. perangai ini berlarutan sejak dia jadi penyagak student lagi. berapa ramai yg kena buang u sebab nak dukong dia? satu komen tentang grade melayu kurang dari orang cina adalah salah. kalau dibuat kajian pelajar melayu lebih ramai yg berjaya tapi mungkin tidak dibesar-besarkan (berapa % pelajar melayu di negara ini kalau dibandingkan dengan bangsa cina?)

Anonymous said...

AWARD – DR ANWAR IBRAHIM – OCTOBER 2012

AMSS (UK) LIFETIME ACHIEVEMENT AWARD 2010 to be presented to DR ANWAR IBRAHIM. The Award will be presented by the Chair of AMSS UK Dr. Anas S. Al-Shaikh-Ali, CBE, FRSA, in recognition of long and distinguished service in the field of politics and economic thought, the promotion of the cause of good governance, and commitment to the principles of freedom, tolerance and justice. To be presented at a lecture by Dr Anwar Ibrahim, on 4th October 2012 at Sorbonne, Malesherbes,108 Boulevard Malesherbes 75850 Paris cedex 17, FRANCE.

Anonymous said...

Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad, yang memainkan peranan penting dalam dalam pemecatan timbalannya pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin boleh disiasat kerana bersubahat dengan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan atas dakwaan mereka dan menyembunyikan fakta material.

Melainkan, Mahathir boleh menunjukkan bukti bahawa beliau mengambil langkah perlu untuk menghalang Gani dan Musa daripada berbuat demikian, kata bekas ketua CID Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, yang bertanggungjawab ke atas siasatan kes mata lebam Anwar.

Mat Zain berkata, beliau menyatakan demikian berdasarkan pengakuan Musa dalam satu wawancara dengan Malaysiakini bahawa bekas ketua polis itu mengambil sampel darah Anwar daripada siasatan mata lebam Mat Zain untuk ujian DNA bagi satu kes lain – melibatkan dakwaan liwat.

Musa merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat tersebut.

Mahathir dalam memoirnya A Doctor in the House (bab 53, halaman 684) menulis bahawa beliau yakin bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Musa dan ketua polis negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Perkara itu, dan juga soalsiasat ke atas mangsa yang didakwa, menyebabkan Anwar dipecat dan kemudiannya ditahan.

Anwar kemudiannya didakwa atas tuduhan liwat, yang digelar Liwat I, melibatkan pemandu Azizan Abu Bakar.

Mat Zain juga mempersoallkan keperluan Musa untuk “mencuri” sampel darah Anwar daripada Hospital Kuala Lumpur untuk menjalankan ujian DNA, sedangkan Musa – yang merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat dan penyalahgunaan kuasa – didakwa telah menyiapkan siasatannya untuk dua kes tersebut.

Katanya lagi, pengakuan Musa kepad Malaysiakini juga mengesahkan pengakuan Dr Zahari Noor dari HKL semasa perbicaraan Anwar pada Disember 1998, bahawa Musa dan ASP Mohd Rodwan Mohd Yusof pada 15 Oktober 1998 secara paksa mengambil sampel darah Anwar yang disimpan di HKL – yang bertujuan untuk ujian HIV tetapi secara salah digunakan Musa untuk ujian DNA.

“Ini menimbulkan persoalan sama ada Musa benar-benar telah menyiapkan siasatan dalam dakwaan liwat dan mempunyai bukti kukuh untuk membuktikan Anwar bersalah, atau ada tangan ghaib yang menghasut atau memaksa beliau mereka bukti DNA pada tilam, yang menyebabkan Musa mengambilnya (DNA Anwar) dari HKL. Jika tidak, apa tujuannya?,” kata Mat Zain.

Anonymous said...

KALAU ADA KES BUKAKLAH
TUNGGU APA LAGI.
GUNAKAN RUANG YG POSITIVE.

Anonymous said...

Dr?

Anonymous said...

Dr Punai Sihat Ekonomi Seringgit

Anonymous said...

Dr Anwar Ibrahim??? Universiti mane yang kasik tu?? Universiti Liwati cap Chinadoll ke???

Kah kah kah kah kah

Anonymous said...

Dr. Ghafar baba .............