Friday, September 21, 2012

Pakatan Pembangkang Guna Khidmat.....

Antara sifat semulajadi sesebuah parti politik ialah kegemarannya menerima keahlian daripada parti seteru.

Ini berlaku atas beberapa sebab samada ahli tersebut telah dipecat atau melompat kerana tidak bersetuju dengan parti yang dianggotainyya sebelumnya.

Kadangkala parti yang ditinggalkan berasa lega kerana anggota yang menjadi 'katak' berhijrah ke parti yang lain itu sebenarnya bertindak sebagai duri dalam daging selama ia berada sebagai ahli parti tersebut.

Bagi parti tersebut tindakan itu adalah sebagai satu rahmat baginya kerana masalah ahli yang sentiasa khianat dan tidak setia kepada perjuangan dapat diselesaikan.

Namun bagi parti yang menerima ahli daripada parti lawannya juga menganggapnya sebagai satu rahmat pula walaupun mengetahui anggota tersebut tidak mempunyai sifat yang boleh dibanggakan.

Dalam keadaan begini penerimaan anggota daripada parti lain itu lebih berlandaskan kepada perasaan ego kerana kononnya ia berjaya merampas ahli parti lain.

Lebih-lebih lagi ahli tersebut pernah menduduki jawatan yang tinggi samada dalam barisan kepimpinan tertinggi parti atau menjadi bekas menteri atau timbalan menteri.

Tindakan itu dilihat memberi kelebihan atau pengaruh tambahan kepada parti yang menerima ahli tersebut.

Senario inilah yang sedang berlaku di kalangan parti-parti pembangkang yang menyertai Pakatan Rakyat.

Kebelakangan ini PKR yang diterajui oleh Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum dan juga Ketua Pembangkang merasa agak teruja menerima kehadiran beberapa tokoh Umno sebagai ahli baru.

Antara paling awal menyertai PKR adalah bekas anggota Kabinet, Chua Jui Meng dan dua bekas timbalan menteri, Dr Tan Kee Kwong dan Dr Tan Yee Kew.

Terbaru PKR mendakap pula bekas Bendahari Umno Sabah, Ibrahim Menudin serta seorang lagi bekas timbalan menteri, Yahya Lampong.

Sebelum itu bekas menteri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dilihat berjinak-jinak dengan Anwar dengan tujuan untuk menjadi calon PKR pada PRU-13 nanti tetapi apabila tidak layan beliau terus menubuhkan sebuah parti baru bernama Parti Ikatan Bangsa Malaysia atau Ikatan.

Kira-kira dua bulan lalu, dua orang ahli parlimen Barisan Nasional, Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing juga keluar parti tetapi tidak menyertai mana-mana parti pembangkang.

Sebaliknya Lajim yang juga bekas timbalan menteri  mengasaskan sebuah NGO yang dinamakan Pakatan Angkatan Rakyat (PPS) tetapi kini bercadang menubuhkan sebuah parti politik baru pula.

Sementara itu Wilfred yang serentak keluar BN bersama Lajim pada 29 Julai lalu, berpuas hati dengan menubuhkan satu pergerakan politik yang dikenali sebagai Barisan Pembebasan Sabah atau Sabah Reform Front.

Disember tahun lalu juga memperlihatkan bekas naib presiden PKR, Dr Jeffrey Kitingan membentuk Barisan Borneo Bersatu (UBF) yang merupakan kerjasama antara Sabah dan parti-parti yang berpangkalan di Sarawak.

PAS juga tidak ketinggalkan menerima ahli baru daripada parti lain umpamanya bekas ahli parlimen Tamrin Ghafar.

Tamrin pernah menjadi pengasas gerakan anti liwat menentang pada 1999 untuk menentang Anwar tetapi kini selesa bersekongkol dengan individu yang membungkus karier politik ayahnya, Ghafar Baba pada tahun 1993.

Selain itu PAS amat gembira menerima kehadiran beberapa bekas penjawat awam dan juga daripada golongan artis.

DAP tidak berapa berjaya menarik tokoh terkenal disebabkan sifat chaunivis Cina yang menebal di dalam parti itu.

Antaranya bekas tokoh Transparency International, Tunku Aziz Tunku Ibrahim yang dilantik sebagai naib presiden dan Senator tetapi keluar parti tidak berapa lama kemudian.

Anwar dan pemimpin pembangkang beranggapan mereka yang melompat daripada Umno atau BN boleh menyuntik semangat baru kepada mereka.

Hakikatnya andaian itu meleset sama sekali kerana mereka yang terjun kepada pembangkang sudahpun menjadi 'spent force' atau pengaruh yang luput di dalam parti mereka sebelum ini.

Hampir kesemua mereka sudah tidak lagi aktif atau mempunyai pengikut apa lagi pengaruh sementara di segi kekuatan fizikal tergolong dalam usia emas.

Anwar sebenarnya ingin terus menipu rakyat dengan mengatakan pakatan pembangkang berjaya menarik tokoh-tokoh Umno-BN walhal sebenarnya mereka hanyalah terdiri daripada 'ayam pencen' yang sudah liat dagingnya dan bercita-cita untuk menghidupkan semula kerjaya politik mereka yang sudah hampir lenyap.

11 comments:

Anonymous said...

Namapun UMNO...Tuduh suka2 sedap hati...Bukti apapn LEMAH...Kononnya ada bukti pn yg dh di'edit' gambar...Klu ade pn gmbr ntah hape2..Kes mahkamah UMNO kalah je memanjang...Yg disokong pemimpin kroni...Kos hidup naik, TP kroni hidup mewah rasuah juta2, tol b'sepah2, mnyak kete naik, kes samseng naik, kes jenayah naik, kes bdak2 melayu g club sosial naik...Disebabkan nih, tak salah klu aku ckap UMNO perlu dijatuhkan...Apepun yg pling penting, kita mesti selalu b'ingat, apa yg kita nk sampaikn, kita mesti ckap perkara yg benar dan sahih...kerna Agama Islam ajar Fitnah tu dosa besar dan balasannya sangat dasyat disisi Allah SWT...:)

Anonymous said...

Kesian pencacai Fuckatan atas aku ni.... cakap guna kepala lutut je...

Kah kah kah kah kah

usin said...

pencacai pakatan mana ada otak. dia tulis ikut sedap kepala lutut dia jer. kekadang kesian jugak bila pencacai mcm kt atas tu cuba berfakta kononnya. hancus punah ranah. aku nk bg sedikit nasihat kpd pencacai pakatan spt yg atas sekali tu. lain kali kalau nk menulis bg la fakta, contohnya perbandingan. pakatanpun dh ada kerajaan negeri yg ditadbir. ambil selangor sebagai contoh. apa yg bagus sgt (hancur lebur) kt selangor berbanding semasa ditadbir umno/bn. kalaupun nak menghasut, faktanya kena konkrit, bukan bubuh ikut sedap perut jer. barulah org boleh terpengaruh. kalau setakat mcm yg ditulis kt atas tu, bukan kata nk terpengaruh, nk termuntah lg ada...

Anonymous said...

Kes jenayah,bdak melayu g club dll yg pencacai pas pis pus ni komen sememangnye bangang...ko citer mcm la kelantan 2 bebas dr club,jenayah,sosial dll...2 la nk komen biar fakta ko betul x merapu ikut emosi...
Kadar jenayah semakin menurun n x di nafikan jenayah masih berlaku..nak kte masaalah sosial xde kat Malaysia ni bhong...berapa byk kes sumbang mahram di negeri pakatan bro...kes buang anak di selangor,kelantan,penang.....p cr fakta bro jgn dok merapu je..dok ikut telunjuk SOROS BIN ANUAR......hahahahahhah....

Anonymous said...

pencacai Fuckatan kata selama ini mahkamah UMNO yang pegang dan kuasai... semua keputusan dah ditentukan oleh UMNO melalui hakim yang mereka "beli"...

Tapi, pencacai kat atas sekali tu begitu berbangga bila banyak kes mereka menang... mereka juga lupa, kes fitnah dari pemimpin dan suara keldai mereka selama ni memang terbukti bersalah di mahkamah... ape yang menangnya???

Anonymous said...

dah tiba masanya... rakyat msia tukar kerajaan pusat yg dimonopoli 55 tahun oleh umno/bn

mereka dgn ego merasa kerajaan msia milik umno/bn saja........... orang lain semua dikatakannya tak layak!!!!!!!!

begitu bodoh ke rakyat msia menentukan halatuju generasi mereka..

bye2 umno.............

Anonymous said...

Dan akan tiba masanya juga untuk campak pemimpin parti Fuckatan yang hanya pandai bercakap tapi tak pernah nak kotakan ape yang mereka cakap... contohnya kat selangor, Kedah, Penang dan Kelantan tu. Buang je mereka tepi longkang kat masjid jamek KL. BERSIHkan Malaysia dari jembalang-jembalang dalam Fuckatan....!!!!

Anonymous said...

Kalau dijadikan cerita PAS tadbir negara nanti, lebih baik aku berhijrah ke Myanmar atau Cambodia.Sekurang-kurangnya air kat situ lagi bersih dari air paip kelantan yang dijaga oleh menantu wali selipar jamban yang dok makan gaji buta.

Anonymous said...

Jadikan UMNO/BN pembangkang di Malaysia pada PRU13 nanti..pastu kita sumbat sorang2 pemimpin mrk dlm penjara krn salah laku dan rasuah..amacam setuju tak?????

Anonymous said...

Anonymous said...
Jadikan UMNO/BN pembangkang di Malaysia pada PRU13 nanti..pastu kita sumbat sorang2 pemimpin mrk dlm penjara krn salah laku dan rasuah..amacam setuju tak?????

Saturday, 22 September, 2012

------------------------------

Kesian, itu tujuan utama penganut Fuckatan... bukannya nak menang pilihanraya untuk bantu rakyat supaya lebih maju. Rupanya kerana dendam kesumat, kalau tak bersalah pun nak sumbat jugak ke??? Takde bukti, tapi dah berkuasa buat-buat ada bukti macam kes Altantuya dan kapal selam scorpene. Sampai arini langsung takde berita sahih dari Perancis, sebab ape... sebab lebih sukakan fitnah dari fakta....

Fuckatan jadi kerajaan... bersedialah fitnah dajjal dari Fuckatan untuk rakyat Malaysia. Apakah itu yang kamu pilih???

Anonymous said...

Pakatan Rakyat tidak mempunyai pengaruh politik untuk membentuk kerajaan Persekutuan akan datang kerana mereka tidak boleh mencapai persetujuan mengenai pelbagai isu dasar, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

"Di kalangan mereka (DAP, PAS dan PKR) tidak pernah bersetuju antara satu sama lain. Ini apa yang disifatkan sebagai perkahwinan untuk kesenangan. Mereka pasti akan bercerai.

"Namun (buat masa ini), mereka takut untuk berbuat demikian kerana berkongsi matlamat sama iaitu untuk menawan Putrajaya," katanya dalam ceramah di dewan komuniti Leong See Kah Miew, malam Jumaat.

Beliau berucap buat pertama kalinya di Pulau Pinang selepas meninggalkan DAP pada Mei lalu.

Bekas Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Transparency International itu turut menyentuh situasi politik di Pulau Pinang.

Beliau berkata, walaupun sekiranya Pakatan menang, ia hanyalah hasil yang sia-sia kerana mereka hanya memutuskan jawatan menteri selepas menawan Putrajaya dan ia mungkin sudah terlalu lewat.

"Kini, mereka tidak boleh memutuskan sesama sendiri mengenai kewujudan kabinet bayangan," katanya.