Friday, September 14, 2012

Panaass...!! Benarkah Ada Persengkataan Antara Shahrizat Dengan Kamilia...??

“Sebenarnya hubungan saya dengan Datuk Kamilia, Alhamdulillah dan kita dapat bekerja dengan baik selaku Ketua dan Naib Ketua Wanita UMNO,”.

Demikian ulasan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkaitan khabar angin bahawa hubungannya dengan Ketua Wanita Bahagian Kuala Kangsar itu kurang baik kerana berbeza pendapat dalam beberapa isu sebelum ini.

“Kadang kala dalam politik mungkin ada satu dua perkara berkaitan idea yang berlainan tetapi secara umumnya kami bekerjasama dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas program outreach Salam Sayang anjuran Wanita UMNO Malaysia di Kampung Sayong Lembah, dekat Kuala Kangsar, baru baru ini.



Program Salam Sayang adalah pendekatan yang digunakan oleh Wanita UMNO untuk mendekati golongan wanita yang kurang berkemampuan di seluruh negara, terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman.

Dalam perkembangan berkaitan, Shahrizat berkata, Wanita UMNO sudah mencadangkan agar kerusi Parlimen Kuala Kangsar ditandingi oleh Kamilia yang juga merangkap Ketua UMNO Bahagian.

Sumber - Perak Today

2 comments:

Anonymous said...

Patut ker dia lepas jawatan? Undi
Datuk kamilia tak kurang hebat...nk jd ketua...

Bomo Siam said...

Yg aku tau, Sharizat ada masaalah sulit dgn Rosmah...!!!