Monday, September 10, 2012

Panggil Najib Firaun...!!

Membaca tulisan terbaru dari blog pro pembangkang, suarapakatanrakyat.com bertajuk "Buat Apa Minta Maaf Maaf Pada Firaun Seperti Najib?", pastinya membuatkan hati kita membuak marah dengan tulisannya yang agak melampau dan berbaur fitnah.

Blog tersebut bukan sahaja telah mempertikaikan kesediaan ibu bapa kepada Mohamad Ammar Ab Rahman dan Ong Sing Yee untuk memohon maaf dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di atas kesilapan yang dilakukan anak-anak mereka.

Malah tanpa berselindung turut memperlekehkan tindakan ibu bapa terbabit sebagai satu kelemahan yang ketara dan tidak patut dilakukan apatah lagi memohon maaf dengan DS Najib yang digelarnya sebagai firaun kedua selepas Tun Dr Mahathir.

Padahal apa sahaja agama mahupun bangsa atas dunia ini tidak ada satupun yang memandang remeh kesediaan seseorang insan memohon maaf atas keterlanjuran yang berlaku, sebaliknya menyanjung tinggi kesedaran yang datang dari hati yang tulus ikhlas.

Gelaran firaun yang dilemparkan terhadap DS Najib pula ternyata agak melampau dan terbukti memperlihatkan sikapnya yang kurang ajar serta tidak beradab.

Melihat pada gambar replika kepala firaun dengan logo UMNO seperti terpampang di blog tersebut pula bukan setakat menyebabkan amarah kita membuak-buak tetapi juga mengimbas kembali ingatan kita kepada gerakan reformasi yang terkenal dengan kempen melampaui batas dan kurang ajar satu ketika dulu.

Ternyata doktrin kebencian dan sikap kurang ajar yang disemai oleh pemimpin pembangkang semasa zaman gelap reformasi tahun 1990-an dulu nampaknya masih lagi kuat melekat dikalangan sebahagian besar penyokong totoknya.

Bertahun-tahun dulu di zaman kegelapan reformasi tersebut, panggilan Mahafiraun, Mahazalim dan sebagainya cukup popular meniti dari bibir ke bibir penyokong pembangkang yang bergabung tenaga di belakang Anwar Ibrahim.

Tidak cukup dengan gelaran-gelaran itu, diguna pula kreativiti mereka dengan memuat naik gambar superimposed Dr Mahathir yang sengaja diperlihatkan seperti firaun.

Apa yang berlaku dulu kini seperti cuba dilaksanakan kembali menunjukkan hakikat yang PR sudah ketandusan idea dalam mendepani cabaran PRU 13 yang semakin hampir disebalik tanda-tanda nyata kekuatan mereka sudah kian merudum.

Memfitnah DS Najib dengan gelaran firaun dan kononnya zalim mungkin berjaya menambah kebencian penyokong pembangkang terhadap kepimpinan DS Najib yang menerajui Kerajaan Barisan Nasional, namun realitinya majoriti rakyat tidak dapat menerima kempen politik yang melampaui batas seperti itu.

Jika dulu rakyat telah menghukum Pakatan Pembangkang dengan menghadiahkan kemenangan kepada BN gara-gara keceluparan dan sikap kurang ajar penyokong Anwar sewaktu di zaman Dr Mahathir sebagai PM, pastinya PRU 13 kelak penangan yang lebih teruk bakal melumpuhkan terus PR dari persada politik negara....

Untuk saksikan lebih banyak foto foto Datuk Siti bersama Mukriz Mahathir, klik SINI

13 comments:

Anonymous said...

fitnah dn mengato/membori gelaran tk baik memang sodap jang !!! kt nerako nanti pun sodap gak api membakau badan ekau sumo, lidah ekau digunting dongan api nerako...fuihhh mano nak cari kek dunio ni jang ?? tulah sobab dio buat cam tu....kojarkan balasan akhiratlah tuuu...hehehehehe

Bomo Siam said...

Gelar Najib Firaun, klu dari segi kemasyurannya Firaun tu, aku sokong. Tapi klu dari segi kezaliman...Najib belum sampai tahap tuu...

Beliau perlu berusaha lebih gigih lagi...!!!

Bomo Siam said...

Kuah kuaah kuaaah...!

Woi Jinggo! Yg hg pi lantak foto aku dgn UFB tu apahal...???

Mmuuaahhahahaha...!

...seronok sembang ngan tok K...

Ada mamat sekoq tu, dia gantung camera dibelakang dia, lepas tu cari, dia kata...hilang!

Kuah kuaah kuaaah!!!

Anonymous said...

Bomo tak nak beraya kat rumah GAP ke ?

Entah2 GAP dah halau bomo kot.....hehehe

Bro MIK, block je la ip bomo ni....

Anonymous said...

Bila terkena pemimpin BN kauorag kata fitnah...tp bila sedap2 kau fitnah org lain. boleh pulok...tok seydeh.....

Anonymous said...

Permainan geng Abim yg tersorok dalam Pas ..Pkr dan di Markas sulit.

Kehabisan cara nak tonjol kesucian Anwar yg kotor...

Terpaksa guna tektik lama yg dinunakan terhadap Tun M..olih Abim Fadil Noor AlFitnahy...melalui PAS.

Sekarang Abim guna melalui lain pulak...

Anonymous said...

Bumuh Sial hilang mata pencarian haram di blog GAP!!

Skarang cari hadil Haram dai Fuckatan Rakyat di blog MIK pulak!!

BRO MIK AKU CADANGKAN KO MODERATEKAN BLOG KO SUPAYA SI PENJILAT DUBUR FUCKATAN RAKYAT SI BUMUH SIAL TAK DAPAT CARI MAKAN HASIL HARAM DARI DARI FUCKATAN.

rakab said...

Haaaaa...itu tandanya puak pakatan dah makin hilang akal,..dah habis modal ler tu !!

Puak hilang akal tak layak perintah negara !.

Anonymous said...

Bila terkena pemimpin BN kauorag kata fitnah...tp bila sedap2 kau fitnah org lain. boleh pulok...tok seydeh.....

Monday, 10 September, 2012
______________________________________________

Kalau bini ko kena mantat si Aljubs atau Mat Baupu_i lagi baik.

Bodoh tak habis penjilat dubur Fuckatan Rakyat!!!

Anonymous said...

Puak Hilang Akal Fuckatan Rakyat layak memerintah Hospital Giler jer!!!!

Anonymous said...

Tun M.

Kau selalu di hati ku....

Anonymous said...

hujah bomo tak kemana pun asyik berpusing pusing jer...kalau najib firaun x der dah maaysiakini,harakahdaily,mungkin pakatan pun wujud ker x...

Anonymous said...

Tun M.....UMNO parti syaitan yang dikenali....jahat betul Tun M kata UMNO mcm ni???? dah nyanyuk ke orgtua ni!!!!