Monday, September 3, 2012

Part 9 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…? Kamal Hisham Akan Sertai Pakatan Pembangkang

Setelah menceritakan sehingga lapan [8] Episod mengenai siapa sebenarnya anak muda bernama Kamal Hisham Jaafar yang berasal dari Johor, kali ini mari kita lihat kisahnya yang semakin menarik!

Dalam beberapa posting yang lalu kita dapat membuat kesimpulan bahawa anak muda dari Majidee ini berjaya mengaut kekayaan hanya dengan menjual nama tuanku Sultan Johor seterusnya dia dapat mengisi kantungnya dengan jutaan wang ringgit….;

Part 8 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?
Part 7 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?
Part 6 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?
Part 5 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?
Part 4 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?
Part 3 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?
Part 2 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?
Part 1 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?
Introduction - Panasnya Kisah Putar Alam

Sebelum Kamal Hisham memulakan peperangan menyerang Istana Johor dan memfitnah pelbagai cerita bohong terhadap DYMM Sultan Johor, beliau pernah menyatakan cita-citanya mahu menjadi Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor….

Rakaman kedua dua foto diatas menggambarkan bagaimana Kamal cekap mengambil kesempatan. Menurut cerita yang sebenarnya, tidak ada langsung sebarang majlis yang menobatkan Kamal menerima apa apa anugerah daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia [MITI] Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Begitu licknya anak muda ini beliau hanya berposing dan bergambar dengan Tok Pa dalam majlis tersebut, namun begitu rakaman foto inilah yang berjaya “dijual” sepertimana menjual nama Tuanku Sultan Johor.

Menjelang malam sambutan Kemerdekaan baru baru ini, Kamal Hisham secara terang terangan menerusi Twitternya menyatakan sokongan kepada perhimpunan haram Janji Berish…! Perhimpunan haram yang akhirnya menyaksikan kelakuan biaDAP peserta menghina jalur gemilang dan gambar YAB Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apakah petanda ini suatu modus operandi norm culture..? Apabila sesorang itu memilih untuk menjadi musuh kepada Institusi Diraja, sepertimana Kamal sekarang menghina dan memfitnah Tuanku Sultan Johor, adakah ianya akan berakhir dengan Kamal menyertai gerombolan juak juak Pakatan Haram Pembangkang…??

Sekiranya Kamal benar benar berani, janganlah bersembunyi…! Muncullah dan berdepanlah secara gentleman…. Tambahan pula sekiranya Kamal memilih untuk menyokong perjuangan Pakatan Haram Pembangkang, ayuh janganlah bersembunyi untuk bertempur…!

6 comments:

Anonymous said...

kalau neh negara demoktrasi kenapa oposisi disebut pakatan haram,hapuskan je dari pada disebut haram.satu parti lebih elok dari pada parti rakyat sendiri disebut pakatan haram.aku ingat yang disebut pakatan haram orang BN cakap adalah rakyat malaysia juga,bukan Pati atau Bangla.

Anonymous said...

Ayat ko ni beterabor. susank paham. lain kali jgn komen la, buat tegeliat lidah je..ke ko ni indon sbb sebut 'oposisi'..kalu indon, jgn bikin semak kt sini!

Anonymous said...

hai mangkuk indon, aku sangat faham apa maksud kau. kau nak kata jangan sebut pembangkang sebagai pakatan haram. kerana pembangkang itu rakyat malaysia juga, bukannya pendatang haram.
tapi kau tak tau pakatan tiga buah parti politik iaitu PAS, PKR dan DAP yang dipanggil PAKATAN RAKYAT tu mempunyai perjuangan yang sangat berbeza antara satu sama lain. mereka hanya menubuhkan pakatan dalam keadaan terdesak untuk menafikan majoriti BN dalam parlimen. jika mereka tak bersatu, mereka sampai mati pun tak dapat kuasai kerajaan. pakatan mereka adalah caca merba, tidak ada asas kukuh, penyokong saling bermusuh.

azhar timesurvey said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

blogger ni mmg xde keje lain...klu betol xpe.ni khabar angin pon die kate betul padahal xde bukti. klu x buat camtu mane org nak baca blog die.x laku la kan... fitnah tu sama mcm membunuh. pastu yg bergadoh org yg komen2 ni. blogger yg jd punca melaga2 kan org..blogger2 ni x takot dosa ke??? klu hasil rezeki tu punca dari fitnah dan melaga2kan org dikira halal x?

Anonymous said...

Mat sabu lah orang yg mengelar Anuar Ibrahim al juburi. Itu fitnah ker apa. Cer cit, cer cita. Dosa ker tak. Cer nasihatkan sikit Mat Sabu tu. Dah minta ampun dgn Anuar ke belum. Jgn sampai Anuar mati tak sempat minta maaf. DOSA tau....