Thursday, September 6, 2012

Penilaian Bengong Columnist Harakhdaily..! Abby Abadi Lebih Mulia Dari Ustaz Fathul Bahri


Penulisan Subky Latif

Adapun Abby Abadi, seorang pendatang baru dalam PAS dan ketua Ulama Muda di pejabat Umno yang bernama Fathul Bari tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang hubungan.

Mungkin keduanya tidak kenal mengenal dan mungkin juga tidak pernah bersua jumpa.

Yang menariknya ialah Cik Puan Abby Abadi ini adalah seorang seniwati yang ada kedudukan dan ada pasaran dalam industeri perfileman.

Kita tidak tahu di mana dia mengaji dan mendapat didikan agama? Tetapi di tengah memanjat puncak kerjayanya di dunia hiburan, dia terjun ke dalam arena perjuangan PAS dan berazam memupuk dan menegakkan akidahnya dan akidah umat.

Dia menerima Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pemimpinnya.

Manakala Syeikh Fathul Bari, seorang yang berstatus ulama muda, sudah tentu berpendidikan agama yang tinggi, jika tidak masakan dia dikenali sebagai ulama, anak bekas Mufti Perlis.

Di mana dia mengaji tidak penting lagi tetapi dia adalah seorang ulama dan seorang pendakwah.

Tetapi dia terjun dalam perjuangan Umno dan menerima Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai pemimpinnya.

Tentulah pelik. Seorang penghibur yang statusnya dalam agamanya adalah seorang awam saja memilih parti yang memperjuangkan Islam dan dipimpin oleh para ulama. Dunia yang digelumanginya selama ini adalah amat berbeza dengan cara hidup pemimpin dan penyokong PAS.

Mungkin 10 tahun dulu tidak tahu apa-apa tentang luar dan dalaman PAS selain daripada yang didengarnya PAS adalah sebuah parti pembangkang yang memperjuangkan Islam. Yang dikatakan perjuangan Islam itu mungkin dia tidak tahu.

Tetapi sekonyong-konyong dia masuk PAS dan duduk sepentas dengan pemimpin-pmimpin yang antaranya tok-tok guru yang berserban dan berjanggut. Dia berazam untuk menghabiskan dunianya di situ.

Manakala ulama muda Fathul Bari pula sebagai anak mufti tentulah terdidik dari kecil dalam suasana Islami, dan sebagai ulama muda tentulah pergaulan dan hidupnya sentiasa dalam kawalan yang baik. Imej dan gambaran luarannya pun dilihat sebagai orang beragama. Mengikut bahasa orang dulu gayanya itu adalah lebai.

Peliknya dia tidak memilih parti yang memperjuangkan Islam seperti yang disertai Abby tetapi dia menyertai Umno yang perjuangannya sejak mula adalah sekular nasionalis. Baik di bawah Dato’ Onn Jaafar, di bawah Tunku Abdul Rahman Putra dan lain-lain tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.


Semua tokoh Umno itu tidak menolak Islam sebagai agama mereka tetapi mereka tidak menerima Islam sebagai garis perjuangan politik. Kesemuanya berkata bahawa Islam tidak sesuai bagi dijadikan dasar politik dengan dalih Malaysia tidak didiami oleh orang Islam saja.

Abby Abadi yang terhad pengetahuan dan fahamannya tentang Islam tidak memilih parti seperti Umno itu tetapi ulama muda yang terididik dalam suasana Islami memilih Umno dan menolak PAS yang disertai oleh majoriti ulama.

Ajaib. Itulah kehendak Allah. Abby tidak memiliki kitab dan tidak pandai baca kitab menyertai perjuangan politik Islam, Fathul Bari memiliki banyak kitab dan pandai baca kitab tidak menyertai parti Islam tetapi menyertai parti nasionalis.

Saya tidak hendak menyamakan kejadian Abby dan Fathul ini dengan zaman kelahiran Rasulullah SAW di Mekah dulu. Orang Jahililyah Quraisy tidak pernah baca kitab. Yang baca kitab ialah Yahudi Bani Israil. Orang Quraisy dengar orang Yahudi menunggu kelahiran Nabi Akhir Zaman.

Apabila Nabi lahir, yang menunggunya tidak menyambutnya, tetapi Arab yang tidak tahu tentang isi kitab menerima kenabian itu.

Itulah kebesaran Allah.

30 comments:

Anonymous said...

inilah sifat semulajadi manusia2 pas, sentiasa akan menyamakan keadaan mereka dengan zaman Rasul Allah Muhammad SAW.. ia adalah cara/method yg bagus cuma amat2 tidak sesuai dan jelik kerana siapa mereka ingin menyama taraf diri/parti mereka dengan Rasul Allah SAW??

Anonymous said...

EEHHH U KENA FAHAM ORG PAS MMANA PERNAH BUAT SALAH DEPA SENTIASA BERSIHHHH DAN BEBAS DARI DOSA,, APA YG DEPA CAKAP TU SEMUA DAPAT PAHALA DAN BETUL...NAMA PUN PEMBANGKANG...TAPI AGAK2 LA MAU BANGKANG PUN JANGAN SAMPAI LARI AKIDAH..

DON MELAYU said...

Orang PAS tak tkut lari akidah sebab diorng bkn nk msuk syurga ALLAH,tapi diorng nak msuk Syurga PAS yg dlm proses pmbikinan skrg ni..

nonbal said...

Si Subky Latif ni dulu adalah pemuja Ambiga malah sayang pada tokoh LGBT tu. Dlm masa yang sama mengaku pejuang agama... kecelaruan peribadi begini adalah ditolak dalam agama islam. so jangan kita heran dgn sipemuja politik melebihi agama seperti subki ni.

Bomo Siam said...

Abby Abadi Lebih Mulia Dari Ustaz Fathul Bahri?

Jika bersandarkan kpd erti perkataan 'kemuliaan'...

Ya! Abby melebihi UFB...!!!

Dari dunia kejahilan, penghijrahan Abby sesuatu yg terpuji.

UFB...makin bercelaru!!!

Bomo Siam said...

Seorang penghibur yg statusnya dalam agamanya adalah seorang awam saja memilih parti yg memperjuangkan Islam dan dipimpin oleh para ulama.

Manakala ulama muda Fathul Bari pula sebagai anak mufti, memilih UMNU yg perjuangannya sejak mula adalah sekular nasionalis yg tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan...!

Benarlah akan kata org2 tua...dunia dah terbalik!!!

Anonymous said...

point pertama,memanjat kegemilangan dalam kariernya....hehehe...buke menurun doh ko artis nih...?

point kedua,mungkin editor nih xpernah dengar ust fathul ceramoh..bab ketaatan pada pemerintah....mungkin hadith nabi s.a.w bab ni xdiguna pakai oleh pas..

khas buat bomo siam.....perbomohan adalah satu aktiviti yg buleh membawa kepada syirik...hehehe

Anonymous said...

to bomo siam,

sedih dan pilu saya rasa. apabila org yg mengatakan parti lain sebagai sekular dan menganggap parti satu lagi sebagai pejuang agama konon nya. kita kena tahu bahawa pada zaman penjajah mereka memcahbelahkan dunia menjadi bernegara spt malaysia, indonesia,brunei singapore. tujuan mereka adalah supaya kita ni senang dipecahkan dan diperintah. usaha mereka sangat berhasil sampai sekarang. sebagai contoh tanah melayu sebelum adanya negara yang dipanggil malaysia, brunei, indonesia adalah kepulauan nusantara dan kita bebas bergerak ke sana kemari di dalam ruang lingkup kita. pointnya di sini kenapa kita kena melabel sekular yang dicipta oleh kafara kepada parti yang kita tak sukai. adakah parti yang dikatakan sekular itu menghalang anda pergi solat, memasuki masjid, berjumpa sanak saudara. di turki semasa zaman kamal atartuk semua yang berkait dgn agama di tukar menjadi nasionalis cthnya.. azan ditukar dlm bahsa turki. tapi kerajaan pemerintah skrg x melakukan perkara itu. sekular di mana? adakah kerana tidak melakukan hudud di panggil sekular?
di mana hudud PAS? adilkah hudud PAS, yang mana hanya org islam sahaja dikenakan hukum hudud sedangkan kafir tidak. semua ni memerlukan kajian menyeluruh tanpa perlu menghukum sembrono. sebagai contoh sistem kewangan islam. berapa lama kita hendak membangunkan sistem kewangan islam? bukan baru semalam.. kajian dilakukan sejak tahun 40 an lagi. sejak 90an baru nampak kejayaannya. saya percaya kerajaan sedang mengkaji sistem hudud yang lebih adil tanpa menindas mana2 pihak. bukan hudud seperti ciptaan PAS!! jika salah di pihak dia maka boleh di tutup sebelah mata, jika salah di pihak lain yang bukan sebulu dengannya maka akan terus dihukum. sebiji mcm org yahudi pada zaman dahulu dan selamanya. menghukum atas dasar kepentingan puak2 dia. kalau puak2 dia wat salah maka hukumannya ringan kalau puak lain wat salah maka dihukukm seolah olah wat salah kepada seluruh bumi dan isinya.
penat aku ngan puak2 yang kata pandai agama yang suka menghukum tanpa meneliti situasi.

BOB MALAYA said...

kenapa sesat sangat PAS nie..dah teruk sangat...sangup membandingkan manusia...nak tergelak pun ada gua..abby abadi mulia maka ramai lg yang lebih mulia dari abby..bodoh sesat tak habis-habis PAS nie..

Faerie_Princess said...

hukhukhuk.. nk muntah hijau bila PAS digelar sbg Parti Islam. Islamik sgt la Islam PAS tu..ketaksuban yg melampau terhadap "kesucian, keislaman" PAS oleh pengikut2 nya yg mungkin telah di brainwash utk hanya percaya kepada kata2 ulama PAS. Ulama2 dan ustaz2 yg bukan dari PAS tidak boleh dipercayai dan tiada kredibiliti dan traf lebih rendah dr "ustaz dan ustazah" lantikan PAS di kalangan artis2 yg telah pun dapat "tiket Syurga"

Anonymous said...

Subky latif ni ..hidupnya bentat.. kalau kuih ..dah lama dibakul sampahkan....
Dari dulu dia ni.. berfalasahkan kartun..tahun 70an..

Meraban..nya masih kekal.. tak ada menampakan kemaknusiaan langsung..

Kalau nak bandingkan.. biar benda yg sama .. bukan epal dgn basikal...

Abby lebih jujur bercakap walaupun jahil.. dari nik aziz ..hj hadi dan ulama pas ..bila perkatakan sesuatu...penuh fitnah dan khurafat..

Abby diperdaya syaitan.. Tapi puak puak ini.. Mou jadi agen syaitan..

Itulah.. dalam Pas hanya Abby saja yg jujur dan ikhlas... namun dalam jahil dia tertipu... moga Allah memberi dia hidayah..Amin..

Kepada Si Kartun lama ni... Ingatlah lawak mu tu dah basi..

Hperancis

Senjakala said...

Bomo siam,sbb UFB tau pasal agama sbb tu la die pilih UMNO kerana die tau UMNO yg betul2 perjuangkan islam. Yg abby tu pulak tak tau ape2,sbb tu die pilih PAS kerana die xtau PAS itu islam pada nama saje.

Anonymous said...

sampai bila pun pas akan kata UMNO tolak agama. sedangkan orang UMNO pulak kata mereka cintakan agama cuma agama tak boleh dicampurkan dengan politik.
perbandingan kerajaan dengan Mustafa kamal sangat tak munasabah. apa beza Mustafa kamal dengan mat sabu pulak? shiah itu islam ke? shiah itu tidak menolak Islam? cuba kaji berapai ramai shiah menukar agama kepada kristian?
jadi pada penulis itu UFB tak masuk syurga kerana berhijrah dari Islam ke sekular? Ok, nampak gayanya syurga nanti di isi oleh orang Malaysia penyokong Pas saja. hanya orang Islam malaysia penyokong Pas saja. kesian seluruh penduduk dunia yang islam dari negara lain.

Bomo Siam said...

Bukan niat aku menyamakan kejadian Abby dan Fathul ini dengan zaman kelahiran Rasulullah SAW di Mekah dulu. Sekedar bercerita...

Orang Jahililyah Quraisy tidak pernah baca kitab. Yg baca kitab ialah Yahudi Bani Israil. Orang Quraisy dengar orang Yahudi menunggu kelahiran Nabi Akhir Zaman.

Apabila Nabi lahir, yg menunggunya tidak menyambutnya, tetapi Arab yg tidak tahu tentang isi kitab menerima kenabian itu.

Itulah kebesaran AllahSWT...! Subhanallah.

Anonymous said...

bro SENJAKALA... UFB (ustuck fethul berry)time debat dgn NT baru2 ni pun dh gelabah gila... sendiri tgok la.. kalau sekdar kuarkan hadis & ayat Al-Quran utk mempertahankan (kona) sesuatu yg benar2salah adalah .... sndiri mau ingat arr... ABU PRU13..

Anonymous said...

BOMOSIAM... wa respek sama lu bro.. teruskan perjuangan ngn kata2...

ABU PRU13.

Anonymous said...

itu laa kalau dah hati hitam, memang payah nak tanggal daki hitam utk jadi bersih.

busukkan hati terhadap pemerintah, tak boleh terima kenyataan. tahu guna mulut tapi tak tahu guna akal .

guna hak berfikir sebelum guna hak bersuara laa bomo siam oi.

tahu makna tolak hudud Pas dgn tolak hudud Allah.

tahu makna sekular, tahu makna ditaktor, tahu makna Islam sebenar.

jgnkan sebab hati dah benak guna mulut je nak berkata-kata tkot nanti kat akhirat tangan, otak, mata ko tak backup ko punya amalan plak masa dihitung nanti.

byk dekatkan diri dgn Allah.
itu yg terbaik utk individu.

waktu tu nanti takda org pas nak tlg bg pahala kt ko masa hitung kt padang mahsyar. time tu hanya antara ko, Allah dan amalan ko.

toksah kecoh kerajaan itu ini.
kecoh pasal perangai jelik ko dl.

jgn lupa bwk cermin kecik masuk poket, biasakan sebelum ko nak mengutuk, menghina perangai org lain ko kuarkan cermin n then ko cermin diri ko, sama tak sama perangai ko mcm org2 yg ko dok kutuk atau tak. if sedar diri tu teruk, maka lebih baik ko berdiam diri, kerana itu adalah satu cara utk menghindar diri dari dosa.

Anonymous said...


to anon,

"perbandingan kerajaan dengan Mustafa kamal sangat tak munasabah"

niat saya hanyalah untuk bagi clear kepada sesiapa yang menggunkkan perkataan SEKULAR. Bomo Siam kata kerajaan kita sekular nasionalis. jadi Kamal ataturk la perlu dibandingkan supaya clear sikit macam mana yang dikatakan sekular.

"ingat!! perkataan sekular dicipta oleh kafir supaya senang dilabel atau dikelas kelaskan.
Kita jangan terperanngkap dengan perkataan ygg dgn mudah menghukum tanpa kita ketahui atau teliti dulu situasinya(asbab)"


Anonymous said...

Ketahuilah dan sedarlah....apakah mereka tidak tahu...bahawa senya,..ramai ustaz2 PAS..pemimpin PAS...itu KAKI LIWAT....

Anonymous said...

Siapa cakap pas perjuangkan islam
hanya penyokong pas yang kata gitu
orang bukan pas kata apa?........
cukup le....
jangan pergunakan islam untuk puaskan hati yang tebal dengan dendam dan kebencian sesama saudara islam

Bomo Siam said...

" Alooo...UMNU! U finished playing with my tits?" - org2 melayu.

Anonymous said...

..tak lama celeb sekoq ni.. tgk je la.. nnt bersalin kulit la lagi dia.. hehe dah byk tayang dah pun..

Anonymous said...

Siapa lebih mulia Abby Abadi atau Bomo Siam?


Jika bersandarkan kpd erti perkataan 'kemuliaan'...

Ya! Abby melebihi Bomo Siam...!!!

Dari dunia kejahilan, penghijrahan Abby sesuatu yg terpuji.

Bomo Siam...makin bercelaru!!!





Anonymous said...

xsangka BOMO SIAL merupakn pemuja artis..ABBY ABDI...

Dulu aq sering di sindir dgn kata2 UMNO memuja artis, meminggirkn ULAMA'...tapi skrg nih nampaknya ayat itu dah brpusing 360'...

PAS lebih memuja ARTIS dan meminggirkn serta mnghina ULAMA'...


muahahhahahaah

Anonymous said...

BOMO SIAM DENGAN ABBY DUA2 SAMA JER..MANUSIA KELIRU...ABBY TERPESONA DENGAN PAS KERANA IMEJ AHLI2 PAS PADAHAL PAS LAH YG MEROSAKAN AGAMA ISLAM KAT MALAYSIA NI.SESUKA HATI GUNAKAN NAMA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN PARTI MEREKA .,BOMO PULAK NAK SEDAPKAN HATI BILA PAS DAH MULA BERTUKAR JADI LEBIH SEKULAR..ULAMA DAH X PENTING DALAM PAS YANG PENTING GOLONGAN OPPUNITIS MACAM MAT SABU,NIZAR,ZULKEFLI....

Anonymous said...

Sokong pendapat Senjakala.

Orang dah tau selok-belok ranjau, dia tak kisah bergelumang dgn ranjau sbb dia tau mana nak lalu, mana laluan terbaik. Dan nampaknya UFB dan ILMU dah meningkatkan imej Islamik parti dan generasi muda UMNO.

Orang yg tak tau ranjau, dia main redah. Akibatnya sesat jalan. Itulah perumpamaannya. Dan lani, Abby dah fofularkan PAS sbg parti caca marba, semua tala, semua boleh buat, asalkan beri keuntungan politik. Yiihaa.

Anonymous said...

Pas memperjuangan islam? Pas dipimpin oleh ulamak? Cuba senaraikan 10 perkara yg dperjuangkan. 10 org ulamak yg menjadi pemimpin pas. Masih berani lagi membodohkan orang rupanya org pas ni.

Anonymous said...

salah satu tanda kiamat...abby masuk pas!!bckp hal agama yg dia sendiri pun xbrapa faham.di puja ke hulu ke hilir.kalau nak bjihad pegi palestin abby bkn naik pentas ceramah

Anonymous said...

Sebenarnya Abby acah jek tu. Dia sahut cabaran sesaorang. Klu dia masuk PAS akan dsanjung mcm yg lain2 sblum ni. Klu betul dia akan dapat habuan. Tak caya. Tungu januari 2013 dia akan keluar PAS. Dan puak PAS boleh la belasah dia pulak kaw2. Mcm yg lain yg dah kena. Padan muka kena jencing dgn artis. Heeee.....haaaaaa....

Anonymous said...

Umno parti Islam ke....ana musykil syeikh!!!!