Sunday, September 23, 2012

Terbaeek Dari Mantan Perdana Menteri.. Thank You Tun Dr Mahathir..!!


Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penyaluran dana asing untuk aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang membuktikan wujud campur tangan pihak luar untuk menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang boleh mengikut telunjuk mereka.

Menurut bekas Perdana Menteri, modus operandi yang digunakan adalah sama seperti di Libya, Mesir dan negara Arab lain yang mereka namakan sebagai Arab Spring, iaitu pihak asing memberi bantuan kewangan bagi membiayai aktiviti NGO mengapi-apikan rakyat supaya bangkit menentang kerajaan dan melakukan apa yang dikatakan sebagai regime change.

"Kerajaan interim Mesir telah pun menghentikan kegiatan sesetengah NGO ini yang datang dari Amerika.

"Mereka ini sebenarnya dibiayai oleh kerajaan (Amerika), mereka pergi ke Mesir dan cuba mempengaruhi orang Mesir dan siapa-siapa yang hendak menghadapi pilihan raya. Mesir telah menghalang mereka daripada masuk campur (dalam pilihan raya).

"Kita tak pernah campur tangan, tak pernah pergi kacau (pilihan raya negara mereka) dia punya pilihan raya, dia punyalah.

"Kita punya pilihan raya adalah hak rakyat kita, pasal apa dia nak cuba pengaruhi orang untuk menukar kerajaan, kerajaan yang mesra kepada mereka?

"Inilah tujuannya. Ini yang diuar-uarkan sebagai regime change," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini kelmarin.
Dr. Mahathir diminta mengulas pendedahan akhbar kelmarin mengenai penyaluran dana asing kepada NGO dalam negara termasuk RM1.6 juta yang diterima Suara Rakyat Malaysia (Suaram) daripada National Endowment for Democracy (NED) dan RM845,835 daripada Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan oleh penyangak mata wang George Soros.

Menurut bekas Perdana Menteri seperti yang pernah ditulis oleh beliau di dalam blognya, apa yang dimahukan oleh pihak asing itu bukan setakat regime change atau perubahan kerajaan yang memerintah tetapi perubahan yang menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Beliau yakin penyaluran dana asing termasuk untuk perhimpunan Bersih dan pelbagai lagi adalah sebahagian daripada operasi untuk menyokong Anwar.

"Jerman pun bagi duit, apa kena-mengena dengan Jerman? Adakah anda tidak bersetuju dengan kerajaan sekarang dan mahu menjatuhkannya?

"Kalau nak bagi duit, bagi dua-dua belah (pihak). Bagi kepada pihak penyokong kerajaan dan pihak pembangkang tak apa. Tapi apabila anda memberi dana hanya kepada satu pihak bermakna anda mengapi-apikan rakyat supaya menentang kerajaan.

"Ini salah! Ia adalah hak rakyat negara ini untuk memilih kerajaan yang mereka kehendaki bukannya orang luar menentukan kerajaan yang mereka mahukan," tegasnya.

Dalam keadaan ini, Dr. Mahathir berkata, apa yang diperjuangkan oleh NGO yang menerima dana asing ini bukan lagi mewakili suara rakyat Malaysia sebaliknya suara pihak luar.

"Ia bukannya inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Tak kan kita hendak dikuasai oleh orang asing?

"Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar. Jadi siapa yang nak pilih Perdana Menteri Malaysia, orang Malaysiakah orang asing..?," soalnya.

Baginya beliau boleh menerima sekiranya rakyat Malaysia sendiri yang membuat keputusan hendak memilih Anwar tetapi biarlah pilihan itu dibuat tanpa dipengaruhi oleh tangan-tangan asing.

"Jika pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah...!" tegasnya lagi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

8 comments:

Anonymous said...

This is the truth of what Dr.Mahathir talks about - how other embassies involves beside US.
http://www.youtube.com/watch?v=aqIHKWd9rSc&feature=related

Anonymous said...

KDN mkn tido...dpt gaji bg bini pergi shopping...aku mmg pelik kementerian yg di pimpin oleh hishamudin ni.....

Anonymous said...

Memang tepat sekali apa yang dinyatakan oleh TDM itu .Tun pernah bercakap tentang isu ini 10 tahun yang lalu ,tetapi masa itu kebanyakan rayaat dapat dipengaruhi dengan isu pemecatan Anwar ......seolah olah anwar dianaya .Apa yang tun cakapkan dimasa itu terlalu kabur untuk difahami oleh orang orang kebanyakan dan ada diantara orang orang didalam kerajaan dan lebih buruk lagi orang orang didalam parti memerintah pun terpengaruh oleh anwar .
tetapi allah maha kaya dan maha mengetahui allah tunjukan sedikit demi sedikit bukti keburukan anwar kepada rayaat malaysia .Keburukan sesetengah parti politek dan NGO untuk menukar kerajaan dan sistem perlembagaan dinegara ini .NGO NGO ini adalah pengkhianat negara dan boleh disamakan dengan tindakan menderhaka kepada Yang dipertuan Aggong .Kalau dilihat NGO nGO ini diterajuai oleh orang orang cina dan India yang mempunyai kepentingan politek pembangkang yang mempunyai sikap perkauman yang kuat .Tidak dinafikan ada orang orang Melayu islam didalam gerakan untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang ini ......Dari mempengaruhi orang ramai sehingalah mempengaruhi pelajar perlajar tadika dan pusat pengajian tinggi .Kita boleh melihat hasilnya sekarang ini bagai mana pelajar pelajar yang bergelar graduan graduan ini bertindak berkempen menentang dasar dasar kerajaan dan negara .Mereka telah dipandu oleh makhluk perosak yang mempunyai aginda buruk kepada sistem pentadbiran dan pemerintahan beraja dinegara ini .NGO NGO dan parti politek seperti PAS,DAP dan PKR dengan tampa segansilu meracuni fikiran pelajar dan menyalurkan dana untuk menawan kampus kampus dan menjadikan pelajar pelajar ini sebagai ajen ajen penukaran kuasa .Lihatlah bagai mana pembangkang ini berkerja untuk memesong fikiran rayaat dan mempengaruhinya .
Sekarang ini Kita dapat melihat dengan jelas bagai mana pihak yang terlibat dengan sistem perundangan ,sistem kepolisian dan SPRM diperlehehkan ,Ini semua adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah dinegara ini,Semua ini adalah mustahil dilakukan oleh pembangkang jika tidak dibantu oleh kuasa luar yang mempunyai kepakaran untuk menjatuhkan sesebuah negara .Dana yang dapat dikesan dan diketahuai setakat ini untuk membiayai NGO NGO dan parti pembangkan adalah jumlah yang kecil,sedangkan yang benarnya adalah lebih besar dan sedang bergerak dengan bebas melaluai ahli ahli perniagaan dan syrikat luar yang kaya dan besar .
Kerjaan kena bertindak TEGAS kepada merika yang terlibat sebelum nasi menjadi bubur .

Anonymous said...

..peliwat tegar yg tua mmg kedekut.. duit sendiri takmo keluar.. hatta nak kondang kondi dgn cinadol pun dato eskay yg kena bayaq.. hmm taqbir !..

Anonymous said...

Ya lah tu. Lepas ni pi Hong Kong selepas PRU minta maaf kat Soros lagi.

Macm ulang tayang kes penyangak matawang dahulu.

Melayu tak mudah lupa sekarang dah.

Anonymous said...

Memang betul pun Soros yang taja Anwar.... tu pi tanye mat gigit yang bujang sampai tua (Tian Chua).. nak kecoh ape lagi wahai anjeng DAPig???

Anonymous said...

Takde org ke nak dakwa US/George Soros sebagai PERASUAH dan NGOs' kat Malaysia nie sbg PENERIMA RASUAH?...

Anonymous said...

Anonymous said...
Takde org ke nak dakwa US/George Soros sebagai PERASUAH dan NGOs' kat Malaysia nie sbg PENERIMA RASUAH?...

Sunday, 23 September, 2012
---------------------------------

Ini bukan isu rasuah, tapi isu mendapatkan dana dari penjahanam ekonomi negara orang... kononnya atas nama demokrasi... tapi demokrasi berat kepada pembangkang je. Kepala bapak SOROS dan NUAR PELIWAT...!!!!