Sunday, October 14, 2012

AhloL AhloL ToloL PAS Nak Tunggu Apa Lagi...??

Kenyataan Nik Aziz di Utusan Malaysia bahawa PAS memerlukan DAP, dan di Sinar Harian, bahawa DAP Tidak Pernah Mengganggu PAS, telah membuat akar umbi PAS terdiam sejenak. 

Apa yang dapat ditafsirkan dari kenyataan Nik Aziz ialah, PAS seolah-olah percaya bahawa tiada cara lain lagi untuk mereka ke Putrajaya selain melalui kerjasama dengan DAP.

Seolah-olah kuasa Allah SWT itu terhad dan tidak mampu membantu mereka berkuasa melalui jalan lain.   Dan kuasa DAP adalah lebih besar Allah SWT untuk meletakkan PAS di Putrajaya.  

Seolah-olah, tanpa DAP, PAS tiada apa-apa.  Begitulah hinanya PAS di mata pemimpin mereka sendiri dan begitulah hinanya PAS dalam ertikata yang sebenar-benarnya. 

Bagi PAS Putrajaya itu begitu penting, dan jauh lebih penting dari mempertahankan agama. 

Pendek kata, benarlah kata orang bahawa PAS hidup untuk pilihanraya di mana seluruh jiwa raga dan tenaga dicurahkan untuk politik, bukan untuk Allah SWT.

PAS percaya dengan momokkan sendiri bahawa jika parti itu tidak dapat ke Putrajaya maka Islam akan hilang di Malaysia.  Sedangkan Islam bukannya duduk di Putrajaya mahupun di mana-mana, tetapi di hati setiap hambaNya. 

Bagi yang benar-benar fanatik atau ‘totok PAS’ mereka pantas menepis kenyataan tersebut sebagai manipulasi media, lalu menutup telinga dan mata serta mengelak dari bercakap tentangnya. 

Bagi segelintir lagi penyokong PAS yang agak rasional, mereka memilih untuk memendam rasa, enggan memikirkan tentangnya dengan harapan ia akan dilupakan dan berlalu begitu sahaja sehingga Pakatan Rakyat berjaya memenangi pilihanraya. 

Namun, impak sebenar dari kenyataan itu tentunya terhadap golongan atas pagar yang sedikit cenderung kepada PAS, tetapi masih ragu-ragu dengan halatuju PAS dan PR.

Mereka ini, nampaknya tidak lagi dapat menerima ‘kegilaan’ PAS dalam mengejar Putrajaya yang terserlah melalui kenyataan Nik Aziz. 

Jika sebelum ini PAS sering menafikan yang mereka sanggup melakukan apa saja demi politik termasuk menggadaikan agama dan bangsa semata-mata untuk menjaga hati DAP, maka kenyataan Nik Aziz itu telah dengan sendirinya membakulsampahkan segala penafian tersebut. 

Dengan mengakui betapa PAS amat memerlukan DAP, Nik Aziz sebenarnya mengesahkan betapa lemahnya PAS, sekali gus tuduhan bahawa PAS barua DAP, PAS anjing DAP, atau kuda tunggangan DAP, terbukti benar dan tepat belaka. 

Dalam ertikata lain, PAS adalah parti tanpa maruah, yang meletakkan dirinya di bawah tapak kaki DAP untuk dipijak bagi melonjakkan diri mereka ke atas.  Kerana tiada maruah, PAS tidak sanggup melepaskan DAP apabila DAP menghina hukum hudud dan Islam, sedangkan DAP sentiasa bersedia menerajang PAS jika terus berdegil ingin melaksanakan hudud dan Negara Islam. 

Mana tidaknya jika Putrajaya, bagi PAS, adalah lebih penting dari Islam.  Kemenangan PRU pula adalah lebih penting dari soal dana Yahudi yang disalurkan untuk membantu PR melalui berbagai cara, mahupun soal moral dan fahaman liberal yang dipegang oleh bakal Perdana Menteri mereka.  

Jika penyokong PAS taksub kepada Nik Aziz, Nik Aziz pula taksub kepada kuasa.  

Dan ketaksuban telah membuatkan mereka buta sehingga tidak menyedari perkara yang jelas iaitu dalam keadaan PAS memerlukan DAP lebih dari DAP memerlukan PAS, bagaimana mereka boleh mengimpikan Islam ditegakkan jika PR memerintah, sedangkan DAP menentangnya....?  Bagaimana PAS boleh menentang agenda DAP sedangkan mereka cukup takut jika DAP menendang mereka keluar...?  

Pastilah akhirnya PAS hanya akan terus bergayut memeluk kaki DAP dan mengiakan apa saja asalkan dibenarkan berada bersama mereka di Putrajaya. 

Justeru, inilah diingatkan penyokong-penyokong akar umbi PAS agar hentikanlah bermimpi yang Islam dapat ditegakkan jika PR memerintah selagi Nik Aziz merelakan diri dan parti itu menjadi kuda, barua atau anjing kepada DAP.

Terimalah hakikat kelemahan PAS adalah kerana kebodohan pemimpinnya.   Pemimpin itu pula berada di tempatnya kerana ketaksuban penyokongnya.  Taksub kepada pemimpin yang bodoh adalah tindakan yang dua kali ganda bodohnya. Memang malang bagi orang-orang bodoh ialah mereka cenderung untuk membiarkan orang lain memperbodohkan mereka. 

Kesimpulannya, benarlah bahawa Islam itu adalah agama untuk orang-orang yang bijak kerana orang-orang yang bodoh sering menyalahfaham, menyalahtafsir dan menyalahgunakannya sehingga menimbulkan kerosakan dan kemusnahan kepada diri, keluarga, bangsa, agama dan negara....

8 comments:

amira fatin said...

PADAN MUKA POK NIK KAN TAKBIR KRG SO BIARLAH DIA NAK CAKAP APAPUN KAN BETUL DAN KRG IKUT AJELAH SAMPAI POK NIK KRG KATA YG DIA PERLU DAP DLM PAS. ITU SATU PENGHINAAN BAGI PAS NAK TAU KENAPA DAH SAH2 PAS DAH TAK KUKUH LAGILAH TU.

dol.mat said...

baik pas suruh pok nik letak jawatan sebab dia buat benda2 yg btl blh menjatuhkan maruah pas islam dan dia dah tua sgt dah takde yg layak lagi yg blh ganti pok nik. sudah2 pok ni dah uzur aku nampak kekadang dia sendiri lupa apa yg dia ckp.

Anonymous said...

camne umno sekongkol gn mic n mca...
siap mca hina hudud lg..umno diam x brani...malah sokong.....umno kecut telor gn mca...haaaa...

Anonymous said...

admin tahu tak siapa ckp DAH HILANG AKAL KE YB NI.....ini berlaku di johor apabila yb dr umno myatakan kesediaan hudud di laksanakan di johor...tak kan admin x tau siapa cakap cmtuu.....heeee...bukan org laen pon....kawan sepejuangan admin jugak...

Anonymous said...

Aik pas yg dah berpuluh tahun sibuk pasal nak buat hudud bleh pulak anon 2 ekor kat atas ni salahkan umno plak... Lawoknyer... Mca masih lg di bawah umno.... Bukan mcm pas kat tapak kaki dap... Kena sergah dengan mr singh senyap....

jgn jadi bodoh!!! said...

PAS KUDA CINA DAP!!!!

Anonymous said...

sama sama le kita tunggu tengok, penyakit yang AALLAH turun kepada "baruah agama,(ahli pas).

Anonymous said...

Dalam BN yg tolak hudud bukan aje MCA dan MIC malah UMNO pun sama.....UMNO takut kalau hudud dilaksanakan sb......faham2 ajalah...