Wednesday, October 17, 2012

Akhirnyaaa....., Nurul Izzah Akui Najib Memang HEBAT, "Better Than Papa"

Laporan Audit bagi tahun 2011 yang baru dibentangkan..... Secara umumnya mendapat respon positif dari berbagai pihak.  Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang membentangkan kutipan hasil kerajaan persekutuan sebanyak RM185.42 billion iaitu peningkatan sebanyak RM25.77 billion atau 16% berbanding 2010. 

Kutipan LHDN juga meningkat sebanyak 26.7% dari tahun 2010, menjadikan jumlah hasil direkodkan pada RM109.61. Laporan juga menunjukkan prestasi Cawangan LHDNM untuk aktiviti audit bagi individu berpendapatan perniagaan adalah baik memandangkan 12 (70.6%) daripada 17 cawangan telah dapat mencapai/melebihi sasaran fail yang ditetapkan iaitu menepati Key Performance Indicators (KPI) yang ditetapkan.

Secara purata, semua jabatan dan kementerian kerajaan menunjukkan peningkatan dari segi hasil dan juga prestasi. Ini termasuklah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang berjaya mengutip duti import berjumlah RM8.704 bilion iaitu kutipan yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun sejak tahun 2007 yang berjumlah RM5.965 bilion.

Daripada 456 Penyata Kewangan tahun 2011 terhadap kerajaan dan agensi dibawahnya yang diaudit, sebanyak 388 daripadanya telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran dan hanya 25 penyata kewangan menerima Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya.  Manakala, baki 43 penyata kewangan lagi masih dalam proses pengauditan.

Berbanding 2010, sebanyak 368 penyata kewangan telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran dan 33 penyata kewangan diberi Sijil Audit Berteguran.

Peningkatan yang direkodkan secara tidak langsung membuktikan yang program transformasi yang dilaksanakan telah menunjukkan hasil yang memuaskan. 

Dengan pembentangan Bajet yang mendapat sambutan yang begitu baik dari rakyat, laporan audit ini dijangka memberi impak positif yang berganda dari segi politik kepada parti memerintah.

Apatah lagi dengan pembentangan Bajet alternatif oleh pembangkang yang penuh dengan kelemahan, sokongan rakyat kepada parti memerintah dijangka meningkat dengan drastik, terutama dengan sokongan dari golongan peniaga. 

Secara dasarnya, rakyat semakin yakin dengan parti memerintah, maka walaupun berpendirian atas pagar, mereka tidak akan sesekali memperjudikan masa depan dengan memilih sesuatu yang tidak pasti. 

6 comments:

ganes said...

Laporan 2011 Ketua Audit Negara yang dikeluarkan hari ini menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh semua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dari segi perolehan pendapatan.

Keempat-empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat itu terus mendapat pujian Ketua Audit Negara berdasarkan petunjuk imbangan perolehan dan mengawal kadar hutang di samping berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri masing-masing.

Pulau Pinang yang diterajui DAP terus mendahului senarai dari segi pungutan hasil negeri, mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding dengan RM410.70 juta yang dibuat pada tahun 2010 manakala Selangor, negeri terkaya di Malaysia, meningkat sebanyak RM62.50 juta atau 4% untuk tempoh yang sama.

HARAP MAAF.. KALI INI KERAJAAN PR TAK PANDAI MENGURUS NEGERI..... SADIS... SADIS..... HANYA UMNO BN MAMPU MEMERINTAH NEGARA...wakawkawkaw

kutty mamak said...

memetik itu madeyy (kasi rasuah tarak nampak punya) cakap,-:

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.
9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

kutil kerala said...

Seorang pegawai kastam membeli ratusan barangan yang tidak diperuntukkan yang mencecah RM1.82 juta, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Pegawai tersebut, yang tidak dinamakan dalam laporan itu, telah membuat pesanan secara lisan bagi barangan tersebut, yang sesetengahnya berharga ribuan ringgit, dan melebihi kuantiti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penetapan Permohonan Pembelian Peralatan Logistik Pencegahan.

Pegawai itu membuat pesanan berikut:

•Tambahan 50 sistem GPS sedangkan dia hanya diberi kuasa untuk membuat pesanan bagi 30 sahaja, pada harga RM6,174 setiap satu;

•Tambahan 100 lampu Search Light Hell sedang jumlah yang diluluskan adalah 50 sahaja pada harga RM1,292,60 setiap;

•60 lampu beacon pada harga RM1,311 setiap satu, sedang tiada kelulusan untuk membelinya.

•250 lampu suluh yang boleh dicas semula pada harga RM1, 217,16 setiap satu, sedang tiada kelulusan untuk membelinya.

•100 walkie-talkie pada harga RM5,259 setiap satu, sedang tiada kelulusan untuk membelinya.

Pegawai tersebut telah tidak diberi kuasa untuk membuat pesanan bagi lampu beacon, lampu suluh dan walkie-talkie.
Menurut laporan audit, pembelian itu dibuat pada 2007 tetapi pembekalnya, True Target Resources, tidak dapat dibayar kerana bil tersebut telah melebihi bajet perolehan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Ia menambah, Perbendaharaan pada tahun 2010 telah meluluskan
pembayaran dan satu siasatan dijalankan terhadap pelanggaran peraturan tersebut.

Kementerian Kewangan pada 22 Disember 2010 telah mengeluarkan arahan kepada Jabatan Kastam supaya membuat laporan polis terhadap pegawai terbabit.

"Bagaimanapun, tiada tindakan diambil terhadap pegawai terlibat kerana beliau telah meletakkan jawatan dengan notis 24 jam pada 26 Februari 2008," kata laporan audit tersebut.

Pada 24 Mei 2012, Jabatan Kastam membuat laporan polis terhadap
pegawai berkenaan.


- ini semua salah anuwar ebrohem kan..khen..khenn..kahkahkah..

SHAH ALAM REBELS said...

SALAM TUAN, KAMI TELAH LINK BLOG TUAN DALAM BLOGROLL KAMI. HARAP TUAN DAPAT LINK SEMULA BLOG KAMI. http://shahalamrebels.blogspot.com/

Anonymous said...

Nurul Izzah akui Najib memang HEBAT...Betul3x...tak hairanlah muka anwar semakin Huduh, Kering, Layu, Serabut, langsung tak ada Nur dan semain Masam mcm cuka.....anugerah Tuhan kononnnnn.......Kehkehkeh.

Nur Ezqy said...

Salam pada semua...
Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

Harga serendah RM1.00/pcs.

Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

terima kasih admin