Tuesday, October 23, 2012

Aku Dah Serik..!! Nafsu Orang PAS Kuat Sangat TAK Pernah Puas....

Nampaknya tekanan agar Nik Aziz bersara semakin menjadi-jadi. Ramai di kalangan akar umbi PAS sendiri semakin resah dengan kesungguhan Tok Guru mereka untuk kekal berkuasa walaupun mereka enggan mengakuinya kerana terlalu taksub dengan ‘kewalian’ Tok Guru.

PAS sendiri nampaknya ‘malu alah’ dengan kedegilan Nik Aziz untuk memahami kehendak rakyat Kelantan yang sudah tidak lagi yakin dengan kepimpinannya.

Namun, sudah menjadi budaya orang Melayu itu untuk tidak berterus terang tetapi lebih senang mengata di belakang kononnya atas alasan hormat dan menjaga hati orang, terutama orang yang lebih tua, apatah lagi pemimpin bertaraf Ulama. Akibatnya, Nik Aziz mula kelihatan seperti seorang yang gila kuasa kerana enggan berundur walaupun telah tiba masa.... 

Sedangkan, orang yang paling hebat dikritik PAS sebagai ‘gila kuasa’ suatu ketika dahulu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad telah pun berundur, walaupun sehingga ke hari ini, fizikal dan mental beliau masih kuat dan jauh melangkaui kemampuan manusia di usianya.

Tetapi, Nik Aziz yang kononnya tawaduk lagi warak ini, tidak sanggup pula melepaskan jawatan walaupun sudah tidak mampu dari segala segi. 

Dalam ucapan tahniah oleh Presiden PAS atas ulangtahun 22 tahun kepimpinan Nik Aziz di Kelantan semalam, telah menyebut tentang bagaimana Nik Aziz pada ketika hendak dilantik sebagai MB telah telah menolak jawatan tersebut.  

Mungkinkah beliau sebenarnya ingin menyindir Nik Aziz, dengan harapan agar Nik Aziz kembali terfikir akan perubahan dirinya sehingga menjadi manusia yang gila kuasa dan sayangkan jawatan...?

Nik Aziz telah menceburi politik sejak tahun 1967 iaitu 45 tahun dahulu.  Dari jangkamasa itu, beliau telah pun menjadi Menteri Besar selama 22 tahun.  Tidak mungkin beliau belum puas berpolitik lagi. Jika nak dikatakan yang beliau masih punya perancangan untuk Kelantan yang perlu dilaksanakan, adalah tidak logik kerana tempoh itu sepatutnya sudah lebih dari cukup untuk beliau melaksanakan apa jua rancangannya.

Sedangkan dalam tempoh yang sama, Tun Mahathir berjaya membangunkan sebuah negara dari negara ketiga menjadi Harimau Asia yang dicontohi dan dikagumi serata dunia. 

Maka, jelaslah tidak ada alasan yang konkrit bagi Nik Aziz untuk terus kekal berkuasa selain dari, gila kuasa. Jika benar beliau seorang yang tawaduk sebagaimana 22 tahun lepas di mana beliau menolak jawatan Menteri Besar, maka beliau pasti akan berundur dengan sendirinya, tanpa perlu disindir, disuruh atau dipaksa memandangkan keadaan fizikal dan mental beliau yang semakin hari semakin kronik..... 

Jawapan yang diberi Nik Aziz ketika ditanya mengenai sama ada beliau akan bertanding lagi membuktikan yang beliau enggan berundur. Katanya, beliau menyerahkan ‘nasibnya’ kepada kepimpinan tertinggi untuk membuat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak dalam pilihanraya kali ini. 

Sedangkan ‘kepimpinan tertinggi’ itu adalah beliau sendiri iaitu sebagai Mursyidul Am, satu jawatan yang mengatasi Presiden, yang terletak dalam kategorinya yang tersendiri, yang berhak mengampun dan menghukum manusia lain, tidak boleh dikritik atau disentuh hatta maksum, mengikut pemikirannya. 

Berdasarkan hakikat ini, beliau cukup maklum yang tiada siapa di dalam PAS yang sanggup untuk menyatakan secara terus terang yang beliau tidak lagi diperlukan oleh rakyat Kelantan dan perlu berundur.   

Jelas, jawapan yang diberikan hanyalah jawapan politik yang berniat untuk memperdaya rakyat. Nik Aziz tidak ada niat langsung untuk berundur selagi hayat masih ada. Beliau yakin jika rakyat Kelantan sanggup berada di bawah pemerintahannya yang tidak membawa apa-apa perubahan kepada mereka selama 22 tahun, maka apakah yang menghalang mereka untuk terus berada di bawahnya bagi beberapa tahun lagi....?

Jika air berkarat, kotor dan tidak cukup bekalan tidak pernah menjadi masalah selama hidup mereka, kenapa ia perlu menjadi masalah sekarang...?  Jika rakyat tidak kisah berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki selama ini, maka kenapa pula mereka akan kisah mengenai perkara itu sekarang..? 

Belum ada rakyat Kelantan yang mati kerana bekalan air kotor atau tidak cukup. Nik Aziz pula tidak pernah menghalang rakyat miskin untuk mencari rezeki di negeri lain, jadi apa masalahnya...?  Rakyat hidup seperti biasa, dan beliau akan terus menjadi MB, seperti biasa juga. 

Apapun, jika benar Nik Aziz ingin bertanding lagi, maka nasib beliau akan ditentukan oleh rakyat Kelantan sendiri, sama ada beliau akan terus menjadi MB atau bekas MB selepas PRU nanti. 

22 comments:

MIRA EDORA said...

MEMANG DAH TIBA MASANYA NIK AZIZ NI LETAK JAWATAN KERANA DIA PUN KAN DAH TUA BAGILAH PELUANG PADA GENERASI MUDA UTK MENERUSKAN USAHADIKELANTAN INI TDK MSH BERDEGIL LAGI NIK AZIZ.DULU WAKTU TUN BKN MAIN SEDAP AJE MULUT NIK AZIZ SURUH TUN LETAK JAWATAN BILA TIBA GILIRAN DIA BUAT2 TAK FAHAM PULAK DAH.

adik 80 said...

jgn sampai org2 yg sokong pok nik ni naik menyampah pulak dgnnya sebab degil sgt mcm gila kuasa aje pok nik kan. sudah2lah bagilah peluang pada org lain pulak.

dol mat said...

nampak sgt nik aziz ni gila kuasa sebab keadaan dia pun tak menunjukkan yg dia dah tak larat lagi nak pemimpin, so resign ajelah apa lagi yg dia nak perjuangankan utk kelanatan.

kelly eng said...

tulah lain jgn dok kata org aje tgk diri sendiri baru ckp pasal org. bagi aku dah tiba masanya pak nik ni letak jawatan.

Anonymous said...

Perintahlah sampai mampus.
Tiada sapa yang nak larang.
Si Tua munafik ni bukan boleh ditegur.
Selagi dia yak makan taik sendiri biarlah dia memerintah,nanti kempunan nak jawab di hadapan Allah.
Ingat janji dia dgn T.Mahathir dulu?
Munafik.

Anonymous said...

Ahli-ahli Parti Islam SeMalaysia secara umum tak ada masalah jika TGNA kekal sebagai Mursyidul Am. Yang resah tu, hanya puak-puak yang berdaftar menjadi ahli parti Islam tetapi berakhlak dan bernafsukan UMNO Si Setan Bodoh Berpenyakit Sakit Usus.

Adakah jika TGNA diganti, UMNO akan sokong prinsip parti Islam? Aci potong semua jari Najib... takkan disokong UMNO akan perjuang parti Islam.

Anonymous said...

SITUA OTAK X FUNGSI TAPI X SEDAR DIRI...PERASAN BAGUS....DIA TAKSUB DGN DIRINYA SENDIRI..HAH

Anonymous said...

parti islam x penah wujud dalam di dunia, parti tu sendiri bukannya roh.. jadik sesapa yg percaya perkara khurafat camtu mmg terpesong la akidah....

Anonymous said...

parti islam..?? zaman nabi ada ke parti islam..??

zaman nabi memperjuangkan/menyebarkan agama islam utk semua umat manusia.. islam adalah bersaudara

tapi parti islam yg ni hanya berjuang utk berkuasa keputrajaya bersama2 parti kafir cina Dap..
parti islam yg ni mengkafirkan org islam sesuka hati.. memutuskan persaudaraan sesama islam yg lain tapi dalam masa yg sama menyanjung tinggi parti kafir cina Dap yg anti islam sebagai saudara dunia akhirat.. parti islam yg ni parti songsangg

satu kapai said...

Aku gila pangkat ka jawatan ka tua ka mungkir ka wali selipar ka bina berhala ka apa apa ka lu sapaaa.... Lu undi pas lu undi gua masuk syurga.... Broooo .... Lu sendiri fikirla

Anonymous said...

Kalau dh bangang tu butaperut jugak.

Anonymous said...

MENGAPA MACAI2 UMNO BERPERANGAI SAWAN GILA BABI DENGAN PENERIMAAN RAKYAT TERHADAP MB TGNA?

TGNA, TOKOH YANG MEMBIMBING RAKYAT KEJALAN ALLAH. PUAK2 MENGIKUT MADEY PARTI SETAN UMNO MENGELUPUR DENGAN TUAN GURU.... setan2 memang memusuhi alim ulamak & orang2 mukmin lg soleh... itulah yg apa yg diingatkan oleh Allah & RasulNya: Sembah ALLAH, jauhi TOGHUT (Setan)!

Orang beriman tetap bersama pemimpin2 yg beriman!

Anonymous said...




PEMIMPIN BERIMAN, ALIM, AMANAH & ADIL tetap sentiasa diredhai, menarik rahmat Allah dan mustajab doanya.

mengapa orang2 mukmin memilih & melantik pemimpin yg jahil & fasik, dengan meninggalkan pemimpin2 yg alim & adil?


TGNA pemimpin ummah, legenda politik Islam nusantara .... hanya Umno parti setan yg mencemburuinya....

Allahu Akbar!


bebo said...

nik aziz ni makin lama makin over lah tgk dia ni

kak bedah said...

time org tua ni utk nberibadat skrg ni bkn sibuk kat dunia politik ni..dah tua sgt lah sudah2 lah tu nik ajis oii

wasim46 said...

Pemimpin umah apa cakap bohong janji mungkir mengata orang no 1 bodohnya jangan cerita la kena tipu kat cina dap yg bapak segala setan hanya yg taksub dan bodoh je mengaku dia pemimpin umah.nak pimpin kelantan pun terkial kial

Anonymous said...

ingatlah ALLAH tidak pernah melantik RASUL-RASULNYA dari kalangan homosex, tetapi nik ajis menyokong pelaku seperti ini menjadi khalifah negara, mengkafirkan org islam umno, ini kah org yg membawa ke jalan ALLAH, rasanya jalan ke neraka adalah......

Anonymous said...

tok guru ni nak ikut ustaz fadzil nor menyandang jawatan hingga akhir hayat.

Anonymous said...

ulama apa kalau solat hajat minta orang pecah perut. ulama apa kata tuhan mencarut, ulama apa berkawan dengan syaitan lebaik baik dari sesama ummah, alamak apa peluk cium dengan kafir harbi. ulamak apa hasut dan sponsor pengikut pergi demo di kl. ulamak apa mnghalalkan sondol isteri orang dalam bilik 121. ulamak apa kalau menyokong nama ALLAH boleh semua agama pakai. ulama apa sokong lgbt/anwar. ulamak selipar lah tu.

Anonymous said...

ustaz fadzil noor meninggal ketika lebih muda drp tgna. kawan ni dah 81 tahun beb tangan sudah terketar2. dimana duduk tutup mata ala tidur.

Anonymous said...

Anon 9....Allah juga tidak melantik dari kalangan kaki rasuah, salah guna kuasa......dan yang mengambil/menjadikan syaitan sahabat.....yang dikenali......

Anonymous said...

politik di negara hanya berkisar hal ugama dan ras tak lebih dari itu, tiada agenda nasional