Tuesday, October 2, 2012

Apakah BENAR “Tingkah Laku” Ali Hamsa KSN Yang Baru Ini Menyusahkan Najib…?


Pepatah melayu lama ada menyebut, “keluar mulut harimau…, masuk pula mulut buaya…”.

Beberapa bulan yang lalu Blog MIK ada mengulas, mengupas isu mantan Ketua Setiausaha Negara [KSN] Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Malah ada pembaca yang mentafsirkan penulisan Blog MIK lebih cenderung kearah “membelasah” KSN ketika itu….

Iya, sememangnya dikala YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib sedang bertungkus lumus, bermati-matian mahu membawa kemenangan jitu untuk Barisan Nasional [BN] agar kekal sebagai kerajaan, masih terdapat ada unsure-unsur yang tidak sihat dikalangan orang kanan kerajaan yang akan membebankan tugas Najib.  Sudah pasti tindak tanduk Sidek Hassan ketika perlu ditegur…!

Kita tidak mahu menyaksikan protes kakitangan kerajaan yang berpengkalan di Putrajaya diterjemahkan diatas kertas undi dimana akhirnya pada Pilihanraya ke 13 nanti tidak mustahil berlaku kejutan di kerusi Parlimen Putrajaya.


Itulah sebabnya pada tanggal 28 Mei 2012, Blog MIK menulis penuh padat mengenai Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang ketika itu ada desas desus beliau akan meneruskan tugas sebagai KSN walaupun dikalangan kakitangan dan pegawai tinggi kerajaan sudah bosan dan mahu KSN yang baru…!  Klik sini.

Akhirnya pada tanggal 24 Jun 2012, Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57, dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru…

Ali yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.    

Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Jan 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.   Mempunyai pengalaman kerja yang sangat luas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 16 Dis 1997 hingga 21 April 2009. 

Di jabatan itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Seksyen Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Transformation & Advancement sebelum menjawat tugas sebagai Ketua Pengarah, UKAS, JPM pada 22 April 2009



Sayang seribu kali sayang…..!  Ku sangkakan panas sampai ke petang…, rupanya hujan ditengahari. Sebelum hujan bertukar menjadi Tsunami, maka Blog MIK ingin menterjemahkan bebarapa soksek-soksek yang kini semakin kuat bunyinya di Putrajaya.

Ulang semula pembuka bicara diatas tadi.., “keluar mulut harimau…, masuk pula mulut buaya…”. Demikianlah nasib yang melanda pegawai pegawai atasan kerajaan ketika ini setelah Ali Hamsa mula bertugas.

Tak sampai pun tempoh setahun, malah belum pun setengah tahun. Namun semakin kuat angin yang meniup menceritakan tentang tindak tanduk, tingkah laku KSN yang baru ini dikhuatiri akan membuatkan kakitangan kerajaan meluat dengan BN dan tidak mustahil berpaling arah…, sebagai protes!

Kasihan sungguh nasib YAB Datuk Seri Najib.  Bersusah payah membuat pilihan untuk mendapatkan calon yang sesuai bagi jawatan KSN yang sangat penting ini. Malah difahamkan pemilihan Ali Hamsa adalah pilihan Najib sendiri.




“Tan Sri Dr Ali…, he was hand picked by our Big Boss..” itulah kata kata seorang pemimpin kerajaan yang namanya tak perlulah disebutkan.

TETAPI kenapakah Ali Hamsa tergamak untuk mengkhianati kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh Najib..?  Apakah agenda KSN yang baru ini…??

Kenapa Ali Hamsa seola-olah tidak mahu berterima kasih dan bersyukur dengan perlantikannya itu? Alangkah eloknya jika beliau lebih banyak membantu Najib dan bukannya menyusahkan PM kita itu…

NANTIKAN sambungannya...


18 comments:

Anonymous said...

aku dgr baru2 ni siap ade tender baru sebanyak 200k smata2 utk renovate rumah KSN baru nih..bini die punye keje la mtk nk renovate..slagi xrenovate rumah tu slagi tu die xnak masuk rumah yg gov sediakan kt putrajaya tuh..macam bangang org mcm ni..mentang2 duit rakyat ko suka2 j nk abiskan mcm tu j..aku dgr sakit tol hati..aku bukan anti BN tp aku kecewa bila ade org atasan BN yg mcm ni..

Anonymous said...

ali hamsa pegawai kerajaan dia bukan orang bn tapi top civil servant=tapi kalau tindak tanduknya macam ni mmglah org akan cuak dan menyalahkan kerajaan yg ada-sedangkan dia ni dah di hand picked oleh anwar dan suku sakat utk rosakkan barisan dari dalam...elok buang ajer

Anonymous said...

Track record dia semasa di EPU sebagai Timb Ketua Pengarah II pun dah amatttt baik. Sejak 2009 lagi dah ada belangnya dalam diam.

Kalau sdr MIK sanggup korek, dipersilakan. Saya tak sanggup berkongsi sebab masih sayangkan kerajaan sediada :-)

Anonymous said...

yang buruk kita tegur... bini dia katanya orang kuat di kementerian pengajian tinggi.. rasuah kat kementeriannya pun dia senyap KSu KPT dia pun tak nak di tegur buat salah di JAB pengajian politeknik rasuah penyelewengan beluas luasa.. kes sprm duk tiada tindakan pada pengarah tmb peng jab pebangunan akademik JPP KPT.. pliteknik kat lembah kelang pun adakes rasuah kenapa tak caya ke pengarah perempuan ingat baik sangat kee.. lihat yee KSN dan isterinyeee...

Anonymous said...

kalau orang kerajaan putrajaya nak protest silakan. tapi sanggup balik kampong tanam kacang

Anonymous said...

KSN jaga pegawai kerajaan bawahan cukup undi ttp pda BN kat putrajaya, berapa kerat ke PTD dan pegawai atasan tu kalau sokong pembangkang ttp kalah mereka ni mana dukmputrajaya semua du rumah besar besar kat luar tak padan dengan gaji belagak ngalahkan menteri nafsu besar rasuah kuat betu kata mamat di atas ni KSN lihat2 kenenterian pengajian ni rasuah dah jadi barah kepala nya KSU KPT ni kenalah bertanggungjawab.

Anonymous said...

KETURUNAN DKK JUGA..TIADA MELAYU LAGI KE DIMALAYSIA..

Anonymous said...

kat Jabatan aku pun ada sekor PTD yg suka menjahanamkan staf bawah pentadbiran monyet ini. Dengar-dengar diani tahi pembangkang tp aku tak tahulah macamana boleh pegang jawatan ketua sektor dlm jabatan kerajaan!
PRU 13 ni aku dh biol, mana satu aku nk bg undi. Ikut geram aku, bagi je undi protes tp kalau aku bagi undi protes, yang untungnya orang spt binatang PTD itulah jugak. Tak protes, manusia itu tetap berada dikerusi tu dgn selesanya...yang mana satu?

Anonymous said...

DKK -- Darah Keturunan Keling ???

Anonymous said...

Najib bodoh ambil keling jadi KSN!

Keling ni kalau berada di kedudukkan tinggi..dia akan mula lupa diri dan perangai KELINGNYA akan mula menjelma.

Anonymous said...

pangkah ttp BN tau la najib nak cek mangkuk2 PTD ke KSU ke JUCA ke mmg ramai pembangkang tugas KSN nyah kan info kita boleh bagi okk KSN jgn jadi keling udah lee,, maaf

Anonymous said...

saya amat menyokong PM dan KSN jika rasuah di peringkat tertinggi pegawai kerajaan di benmteras habis habisan terutama mempunyai bukti dan telah di bicarakan SPRM tak kira mereka menang tindakan tatatertib perlu di kenakan.. kebanyakan kes kata sprm 99.9% ada kes cuna teknikal sahaja menyebabkan sprm kalah dalam membenteras penyelewengan pegawai atasan kerajaan.. mereka bijak mengatur stretigi .. jika di lihat indek rasuah yang di keluarkan sprm lihat web sprm kumulan profesional 0%?? tak mungkin tiada rasuah golongan atasan ini mereka lah bapak segala rasuah kenapa 0% makna nya ada pelindungan politik @ orang yang berkuasa dalam kerajaan maka gagal lah PM dalam membasmi rasuah.. KSN bantu PM tujuan PM lantik Tn KSN buat keja bukan keja lindungi perasuah ya Tn KSN... CUEPCS pun menjadi mata dan telinga kerajaan dalam benteras rasuah tapi yang kena buang dan tukar orang yang memberi maklumat rasuah... ni apa cerita??.. KSN cek deng dato omar persiden cuepacs..

Anonymous said...

bodoh jugak ko ni gelar org islam darah keturunan keling pulak!! hina sgt smpai ko nk ckp mcm tu!! dh tu ko bgus sgt..cuba jadi manusia yg ada beradab dan tahu berbudi bahasa..

paktam said...

Mungkinkah dia perlantikan Dolah badwi? Memandang kepada warna yang sama?

Anonymous said...

mana sambungannya tu?tak berapa faham..apa yang KSN baru ni dah buat?tolong bagi clear sikit...

Anonymous said...

Yup. Im AGREE 100% in Health Ministry also we have 1001 prob with this kind of human!

Anonymous said...

Pehal melenting2?? Emo??Ko terasa yg ko Keling ker?? Hakhak

Anonymous said...

It is indeed possible to lower high blood pressure by only taking herbal medicines and vitamins and
eating certain foods that can lower high blood pressure.

When a patient comes to me with symptoms of this disorder, I do not respond with mind-dulling medications or invasive
techniques. At the end of the meeting it was
announced that he was to enroll in a dental college.
They began their musical association in Nashville, TN in 1971, performing
in local clubs. Members of the press and/or other interested parties
may obtain more information about this practice
and/or the content of this press release by contacting the following:
Fayette Chiropractic Center Dr.

Look into my blog post - leptomeninx