Saturday, October 13, 2012

Benarkah Ada Pemain Selangor Jual Perlawanan Malam Tadi…??



Dua gol pada enam minit terakhir mengesahkan Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 apabila membenam Selangor 2-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Ini bermakna Kelantan mara ke perlawanan akhir dengan agregat 3-0 dan akan berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 20 Oktober, juga di venue yang sama di Stadium Shah Alam.

Di hadapan 75,000 penonton, Mohamed Ghaddar menjadi pemusnah sisa harapan Selangor apabila meletakan pelawat mendahului pada minit ke-85.

Harapan Selangor untuk bangkit terus lebur apabila pemain gantian, Mohd. Badhri Radzi memastikan malam penuh gemilang buat Kelantan dengan jaringan kedua pada minit terakhir permainan.

Ramai penyokong setia red Giants pulang hampa dengan persembahan hambar dan sikap kurang komitmen beberapa tunggak utama Selangor….



Hanya ketua pasukan Selangor Safiq Rahim bersama beberapa kerata pemain sahaja dilihat bermati-matian untuk membawa kemenangan, diantaranya Solihin Kandasian, Bunyamin Umar, Ramez Jamal Dayoub, Adib Aizuddin  dan penjaga gol Norazlan Razali .

Malang sungguh, prestasi penyerang import Bosko Balaban dan ayam tambatan Amri Yahya sangat sangat mengecewakan.

Blog MIK akur dengan keputusan malam tadi apatah lagi mutu permainan pasukan Kelantan dibawah bimbingan Bojan Hodak jauh lebih kemas dan teratur, diwaktu yang sama persembahan Merah Kuning tidak menarik dan lesu…, barisan hadapan tumpul dan langsung tidak ada "finishing".

Apakah yang membuatkan beberapa pemain utama Selangor tidak menunjukkan kesungguhan mereka untuk menang malam tadi…?  Apakah ada elemen elemen kurang sihat seperti menjual perlawanan untuk kantung peribadi…??

12 comments:

Anonymous said...

Terima sajalah kekalahan. Selangor bukannya hebat sangat. Don't be a sore looser.

Anonymous said...

32 kali dah juara. Kelantan bru sekali. Dunia nk kiamat bru nk merasa piala.

Anonymous said...

Anon yg pertama tu....;

"don't be sore looser.."

apalah bangang dan bodohnya Anon tu buat komen! Tak reti dan tak baca ker apa yg Blog MIK tulis..?

Blog MIK akur dengan keputusan malam tadi apatah lagi mutu permainan pasukan Kelantan dibawah bimbingan Bojan Hodak jauh lebih kemas dan teratur, diwaktu yang sama persembahan Merah Kuning tidak menarik dan lesu…, barisan hadapan tumpul dan langsung tidak ada "finishing".

Apakah yang membuatkan beberapa pemain utama Selangor tidak menunjukkan kesungguhan mereka untuk menang malam tadi…? Apakah ada elemen elemen kurang sihat seperti menjual perlawanan untuk kantung peribadi…??

Bodohla Anon yg bagi komen tadi tu

Anonymous said...

pemain import balapan tu yang ada ciri2 lakonan seperti jual perlawanan.cuba siasat dia kot2 benar apa yang dikatakan.

Anonymous said...

betullll, aku tgk game balaban malam tadi hampehhh
mcm tak nak score gol jerr, dah rembat duwet agaknya!!!
wei khalid mb gagap, panggil laa sprm siasat sebab kalau pakatan mintak sprm siasat memang laju jer sprm nie buat kijer

Anonymous said...

Klu nk kata jual perlawanan,,,, pemain kelantan pun adaa juga yg kurang menyerlah,,,tk kn kena beli kot? Inilah dia games,,,, selangor pls ,,,,, your are sore loser,,,,,,,

Anonymous said...

Pkr xnak pas jd looser, klntn kan pas.

Anonymous said...

Alahai.. Pasal komen bola pun korang nak gaduh2... Terima dgn hati terbuka, menang kalah adat perlawanan.. Jgn emosi sgt..

Anonymous said...

Spain bru sekali juara Piala Dunia. Dunia nk kiamat bru nk merasa piala........bangang punyer komen

Anonymous said...

MIK mcm Nuar pulak,
tak masuk poket terus salahkan orang..

kik kik kik.

relex bro..gurau2 aja.

Bola kelantan tu swasta, bukan hak pas negeri.. negeri bagi duit poket time menang aje.

bro yul said...

itu la padah nyer bila jurulatih selangor ckp terlalu ego dan angkuh...skrng saper yg bermimpi d siang hari????dh tentu2 lah irfan bakti yg bermimpi d siang hari...wakakaka.......

Anonymous said...

baru juara sekali dah bising...itupun harap kat pemain import. tgk lawan atm nanti macamana, lepas ke idak??