Monday, October 15, 2012

GEMPAARRR...! Nasi Kandar Pelita TIDAK Halal...??


24 comments:

Anonymous said...

aku dah lama menggelak dari menjamah nasi kandar pelita. aku tahu pemiliknya adalah bukan islam, mereka menghias kedai dgn kaabah dan perkataan arab.... itu satu penipuan. dimana pihak berkuasa?

Anonymous said...

Pasti kakitangan yang berkaitan untuk penguatkuasaan makan gaji buta. kerja tak buat tapi ganjaran nak berganda-ganda.Omar Osman pun dua kali lima. Perjuangan perut sendiri.

Anonymous said...

Baru aku tahu....

Tapi tukang masaknya Islam kan, broo...boleh dapatkan lebih maklumat ?

Anonymous said...

kalau dah nama kedai mamak ..semua di gantung...pekeje belum tentu muslim...sebab tu apa2 hal aku dahulukan kedai orang MELAYU..cuma kualiti makanan dan harga kenalah orang kita jaga jangan 'CEKIK' sangat
harga makanan tu..lepas tu rasa HANCUSS..pelanggan lari beb..

Anonymous said...

Jika nak pergi mana-mana restoran...

Tak perlu check sama ada pekerjanya orang islam atau tidak.

Tak perlu tengok sama ada ditampal tulisan khat ayat al-quran atau tidak.

Tapi lihatlah siapakah pemilik sebenar restoran tersebut.

Jika pemiliknya bukan islam tak perlu check sama ada halal atau haram. Blah jer dari restoran macam ni.

hangkedee said...

Pihak berwajib makan gaji BUTA,ulang lagi Makan Gaji buta!geram sebab sudah terkena beb.

Anonymous said...

sapa nak tanggung...?

Anonymous said...

Jika kerana jahil dan tidak di sengajakan, mohonlah keampunan dari Allah SWT. Bila sudah tahu atau telah diketahui umum, maka baru jatuh hukum. Tu restoran OTWcoffee! Halal ke? yang paling ramai melantak direstoran-restoran macam orang Islam juga? nak salahkan siapa? Bertaubatlah sebelum terlambat.

Anonymous said...

Jom kita senaraikan nama-nama restoran yang *pemiliknya adalah Orang Bukan Islam.

1. Old Town White COffee
2. Nasi Kandar Pelita
3. .........(mintak tambahkan lagi senarai restoran-restoran lain)

Jom Boikot Restoran Milik Bukan Islam!!!!!

*Pemilik merujuk kepada tuan punya atau tokei besar restoran itu sendiri.

anoymous said...

Kabarnya seorang penceramah bebas terkenal adalah salah seorang "board of director",jadi macam mana boleh jadi haram makannya...??? Bingung...

Anonymous said...

Sokong cadangan ini!

Anonymous said...

Sokong cadangan ini! Mohon tlng senarai kan.. BLOGGER BOLEH BANTU PPIM UTK MENGIKLANKAN KEPADA UMAT ISLAM! Terima kasih atas maklumat!

Anonymous said...

Chairman bukan Director.. Kalau x silap Ustaz Shamsuri Ahmad skrg dh Dato'..mohon pencerahan sekiranya maklumat sy tersilap..

Anonymous said...

Jadi... apa lagi? Banyak lagi kedai lain.

Anonymous said...

dia ada sijil jakim so apa masalahnya

pemilik dia hindu takkan ko ingat dia nak buat doa selamat kot

sama jugak kalau kerajaan amik pekerja hindu adakah tak boleh dibayar gajinya sebab dia pegi kuil hindu

tapi old town memang haram

Anonymous said...

Saudara, apa yang kita maukan sekarang ialah kab ba ro ta (keberkatan). Makanan yang dihidangkan dengan penuh keikhlasan dari pemiliknya boleh memberikan keberkatan.

Anonymous said...

Jangan pulak samakan tokey dengan pekerja. Jauh sangat perumpamaan tu.

Anonymous said...

Dah siasat le betul2 sebelum menyebarkan perkara yang tak tentu kesahihannya? Kalau owner dia tu skrg dh masuk Islam macam mana? Kalau board of directors dia campur2 Islam n Hindu mcm mana? Andaikata owner n majoriti boards dia muslim.. Yg lain tu bukan, so apa masalahnya? Kan india kat malaysia ni ada hindu n india muslim? Rata2 yg komen kat sini x selidik sebelum buat komen... Kelakar bila tgk puak2 Melayu yg suka terima bulat2 apa sahaja dlm internet... Sampaikan opa gannam style pun ada yg kata menghina Islam? Wahai org2 melayu islam... Tolongla jgn malukan bangsa dan agama kamu... Mereka yg bukan islam memerhati..

Anonymous said...

apabila bukan islam menjadi pembekal utama barangan mentah, pihak berkuasa perlu memberi perhatian amat serius. berapa banyak produk makanan hari ini dibekal oleh org bukan islam. contoh,ikan keli suka makan daging mati. berapa ramai tauke kolam org bukan islam? mana tahu yang daging khinzir yang diberi telan ikan2 tu. fikir2kan lah

Anonymous said...

Saya hanyalah seorang hamba Allah yang tidak mahu perkara sebegini menjadi umpama virus yang suka menyerang di dalam senyap hingga menjadi parah pada akhirnya.
Isu ini telah berbangkit sejak awal dahulu. Saya turut meraguinya pada mulanya (pada awal penubuhan) dan lagi digunakan simbol pelita. Namun saya tidak sebodoh itu untuk menilai dari sudut luaran dan pandangan orang sahaja. Tidak salah untuk kita mencari kebenaran dan akhirnya saya menemui jawapan melalui pertanyaan dan penyelidikan melalui sumber-sumber yang benar.
Izinkan saya share sedikit maklumat yang saya perolehi. Pelita adalah satu-satunya restoran yang mempunyai rangkaian di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur yang mempunyai sijil halal daripada JAKIM. Tidak dinafikan mereka turut mempunyai Hotel Catering yang turut mendapat sijil Halal. Sumber bahan mentah juga diperolehi melalui pihak yang mempunyai sijil halal daripada JAKIM.
Satu lagi perkara yang dibisingkan oleh pihak luar adalah meletakkan ayat Al Quran. Salahkah anda meletakkan ayat-ayat suci Al Quran di premis? Mungkin kita tidak tahu tetapi ini adalah salah satu cara untuk memikat orang yang masih belum memeluk Islam. Seperti kita letak di pejabat, adakah majikan kita yang berbangsa lain dan belum memeluk Islam itu marah malah suruh kita membuangnya? Restoran Pelita turut menyediakan ruang solat untuk pelanggan dan pekerjanya untuk menunaikan solat. Itu menunjukkan pihak pengurusannya menitik berat solat sebagai salah satu ibadah penting dan tidak boleh diabaikan.
Saya tidak nampak perkara ini dimainkan oleh orang Islam. Untuk mendapat sijil Jakim bukanlah satu perkara yang mudah dan perlu melalui proses yang ketat. Boleh rujuk laman web ini http://www.ansarcomp.com.my/ dan laman web JAKIM untuk mengetahui proses-prosesnya.
Saya agak terkedu dan terkilan apabila Ustaz Shamsuri turut dikaitkan dengan perkara ini. Saya kenal Ustaz Shamsuri seorang yang tegas dan tiada kompromi di dalam isu yang membabitkan hukum Allah SWT.
Yang nyata saya boleh katakan bahawa perkara-perkara yang selalu menjadi isu dan digembar-gemburkan di internet adalah bersifat fitnah dan tuduhan melulu serta bertujuan jahat. Saya juga yakin bahawa ini adalah cubaan pihak-pihak yang bersaing di dalam urusan perniagaan yang berkemungkinan orang yang belum memeluk Islam. Yang pasti penyebar fitnah ini tahu isu bahawa umat Islam akan bertindak jika ia membabitkan makanan dan isu halal.
Isu pembinaan kuil dibangkitkan seperti program itu ditaja pelita. Namun itu hanyalah fitnah. Perkara betul seperti bantuan-bantuan kepada masjid, anak-anak yatim Islam, orang-orang kurang upaya dan lain-lain tidak digembar-gemburkan walau pun ada di dalam surat khabar serta internet.
Pada pandangan saya isu ini adalah propaganda yang dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menjatuhkan nasi kandar pelita. Sesunggunhnya Allah itu maha besar & maha mengetahui. Semoga Allah sahaja yang akan membalasnya.
Akhir kata, banyak lagi isu yang lebih penting dan utama dapat dilihat tetapi di abaikan. Saya share satu perkara mungkin ada yang terlepas pandang. Ada kedai francais serbaneka 24 jam yang membekal minuman berunsur alkohol. Pekerja, pelanggan malah pengurus francais adalah muslim.

Anonymous said...

saya sambung sedikit lagi,
jadi bagaimana isu ini pulak? Saya sudahi dengan ayat-ayat Al-Quran & Hadith Rasullullah SAW yang disampaikan oleh Y. Bhg. Ustaz Mohd Kazim Elias melaui laman facebook beliau;

"Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh pul...uh tahun." (Hadis riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A)

"..dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang." - Al Hujurat 49:12

"Pada hari itu(hari kiamat), akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan(didunia dahulu)."
An Nur 24:24

"Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa) dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat itu"

"Tiga perkara apabila ada pada seseorang itu maka ia adalah munafiq (munafiq amal, bukan munafiq aqidah) walaupon ia berpuasa dan sembahyang. Ialah orang yang apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila ia diamanahkan sesuatu ia akan khianat"

"Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan ia adalah dipihak yang salah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditepi Syurga. Dan barang siapa yang sanggup meninggalkan bertengkar sedangkan ia berada di pihak yang benar, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditempat yang tinggi didalam Syurga."

"Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih mengetahui siapakah orang yang lebih bertaqwa kepadaNya." - An Najm 53:32

http://www.facebook.com/pages/Ustaz-Mohd-Kazim-Elias/125074957541518#!/video/video.php?v=1752035923439&oid=125074957541518&comments

Wassalam.

Anonymous said...

Kepada mereka yg menyebarkan fitnah ini WAJIB bertaubat.. dan juga mereka yang mencaci dusta.. kita orang Islam tidak boleh terus bulat degan conclusion sebelum kita siasat dengan dalam.. Ingat!! dengan lisan kita mudah dicampak ke Neraka jahannam..

terpanggil dengan kenyataan semua, saya juga agak meragui kedai2 mamak ni.. sebab tak pernah dengar lagi pon kedai mamak dekat malaysia ni ada sijil halal.. saya merujuk sendiri dengan JAKIM, HANYA peita nasi kandar mendapat sijil halal dan terbukti mereka menggunakan ramuan yg halal, pekerja tukang masak beragama islam.. mereka mengikut apa yg dikehendaki oleh JAKIM bagi mendapat Halal Tayyib di restoran mereka..

tidak semua kedai melayu itu halal!?? kenapa? nyatakah kita ramuannya halal? saya dapat tahu, di Penang tidak ada senarai pengeluar tauhu yg halal, saya sendiri check di online jakim. untuk memastikan pelanggan pelita nasi kandar tidak memakan bahan yg tidak halal mereka menukarnya dengan ubi. sila semak kedai2 pelita di sekitar kedah dan penang, saya yakin mereka tak jual tauhu.. kalau ada sila report ke JAKIM.

disini juga saya ada jumpa kenyataan daripada consultant mereka.. sudah terang lagi bersuluh.. kepada mereka yg sebarkan fitnah ini sila BERTAUBAT..

http://www.ansarcomp.com.my/index.php?option=com_easyblog&view=entry&id=37&Itemid=175

Anonymous said...

Jakin satu agensi kjaan..satu badan tertinggi..bukan cap ayam..kalau dah tak yakin...challengge aja...tubuh jakim baru..
Buktiikan jakim.salah...kalau tidak..cam ne...? Kena cari siap sembelih.ikut syarak tak...dedak ayam.ke..? Lori yg bawak ayam tu ada bawak benda.lain..trip lain?

Anonymous said...

Kalau bab jakim pun ade keraguan juga , kenapa tak war warkan nama sebenar hotel terlibat, kenapa buat kita berteka teki menunjukkan ade kepentingan.