Tuesday, October 2, 2012

Hebat Sangatkah Nurul Izzah Binti Anwar...??


Nurul Izzah, anak perempuan Ketua Umum PKR dalam satu kenyataannya menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu bakal menyebabkan ekonomi negara bankrap dan memufliskan Kerajaan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mempertikaikan pengurangan 1% cukai pendapatan individu yang disifatkannya sebagai mengejutkan dan akan memberi kesan negatif terhadap sumber pendapatan negara.

Pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah akan sedaya upaya menekankan perihal negara akan muflis sama ada disebabkan oleh hutang yang bertambah ataupun kerana pendapatan kerajaan berkurangan berikutan penurunan cukai individu.

Untuk tambah lagi kisah penglipur lara bagi meracuni fikiran rakyat mereka memanipulasikan jumlah hutang negara yang sudah mencecah RM502.4 atau mewakili 53.7% dari KDNK, kononnya akan menyebabkan negara akan bankrap dan ekonomi akan jatuh merudum seperti Greece.

Walhal, isu hutang Greece dengan hutang negara kita jauh berbeza. Greece hampir bankrap kerana hutang luarnya terlampau besar hingga tak tertampung oleh rizab simpanan kerajaan.

Kita pula hanya memiliki hutang luar negara berjumlah RM17.6 bilion sahaja, manakala hutang terbesar ialah hutang dalam negara (domestik) yakni RM484.8 bilion.

Kelantan yang memiliki hutang RM1.1 bilion berbanding pendapatan hanya sekitar RM350 juta, peliknya tak pula gerombolan pembangkang menjadikannya sebagai isu. Kenapa?

Sejak negara kita merdeka, sudah 55 kali belanjawan dibentangkan oleh Kerajaan yang sama dan setiap tahun pemimpin pembangkang menyanyikan lagu sama kononnya negara ini akan bangkap dan ekonomi negara akan muflis.

Hakikatnya hingga kini negara kita terus berupaya memacu pembangunan negara dan pertumbuhan ekonomi pula tetap berkembang sekalipun di saat ekonomi dunia sedang mengalami penurunan.

Contoh mudah tatkala negara mengalami kejatuhan ekonomi akibat serangan penyangak matawang tahun 1997/98 dulu, kita adalah satu-satunya negara yang berjaya keluar dari krisis tersebut tanpa perlu bergantung harap pada bantuan kewangan IMF.

Sedangkan tika itu bukan sahaja pemimpin pembangkang menggembar gemburkan cerita kononnya negara akan muflis dan ekonomi menuju bangkrap malah banyak pemimpin dunia dan agensi kewangan antarabangsa turut membuat ramalan sama.

Adakah negara kita muflis dan ekonomi bangkrap seperti diramalkan oleh mereka? Tentu sahaja tidak kerana pembangunan ekonomi negara berada di tangan mereka yang arif dan terbukti sudah melalui banyak cabaran rumit serta berjaya meminimakan sebarang jangkaan kesan buruk.

Misal kata kalaupun keseluruhan hutang dalam negara dan hutang luar negara melebihi 55%, negara kita tidak akan muflis pun kerana rekod sebelum pada tahun 1990 menunjukkan negara kita pernah mencecah hutang 75.5 peratus daripada KDNK.

Malah dari tahun 80-an hingga awal 90-an, hutang negara kita pernah beberapa melebihi 55 peratus dari KDNK, namun tidak sekalipun negara mengalami kemuflisan atau bankrap.

Kesimpulannya, negara kita tidak akan bankrap hanya kerana menurunkan 1% cukai pendapatan yang memberi manfaat kepada 170,000 orang rakyat. Dan negara tidak akan muflis hanya semata-mata meneruskan dasar BR1M kepada kelompok berpendapatan rendah.

Imbuhan wang yang rakyat perolehi dari BR1M, kenaikan kadar pencen kepada pesara serta bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam akhirnya kelak akan menggerakkan ekonomi negara kerana wang tersebut akan dibelanjakan dan hasilnya pula merancakkan aktiviti perniagaan.

 Itu asas ekonomi...!

[Foto diatas hanyalah sebagai hiasan sahaja...., Sempena panasnya drama di siaran Astro Mustika berjudul "Adam & Hawa, aktress Nadiya Nissa dipilih menghiasi Blog MIK ]

18 comments:

Anonymous said...

banyak cakap ..duduk rumah bajet masa untuk sumai hang ...tutut...umur setahun jagung...baik duduk rumah main ..sendiri...bodoh izzah ni

Anonymous said...

Selagi ayahanda Tun menjadi mastermind kpda ekonomi negara..dont worry beb!

Anonymous said...

THE MORE YOU GIVE...
INSYAALLAH...
THE MORE YOU GET...
LAA IN SYAKARTUM,
LAA YAZIDAN NAKUM..

Anonymous said...

Tolong peringatkan sama dia kalau bapak dia buat bajet mungkin negara ini akan muflis lg teruk...

Anonymous said...

apa kelulusan si anak nuar tu?pakar ekonomi, akauntan. Pergi belajar ekonomi dulu. Dia pernah dengar nama John Maynard Keynes tak? kalau tak kenal don't try to talk about econ.

Cili Padi said...

Negara akan muflis kalau Pembangkang yang memerintah negara... Sebabnya, Pembangkang suka membazirkan wang tak tentu pasal, Beli bas mewah, jet peribadi dan macam macam lagi... Kalau dilihat pada Bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri jelas jauh lebih baik dengan Bajet yang dibentang oleh Pembangkang... Bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri mengurangkan beban rakyat manakala Bajet yang dibentangkan oleh Pembangkang hanyalah sekadar bajet untuk memancing undi di Pilihan Raya... So tak payah nak kelentong rakyat lah Nurul Izzah... Bajet bapak kau tu yang akan mufliskan negara...

Anonymous said...

bodoh piang budak sekor ni.

Anonymous said...

belajar pun tak habis nak komen pasal ekonomi pula .nasib baik sja dapat jadi ahli parlimen tu. Baghal punya pompuan

Anonymous said...

BAPA BOREK ANAK RINTIK, CAKAP TAK SERUPA BIKIN. BILA CAKAP PANDANG2.

SAM72 said...

Dia tahu bahawasanya bapak dia tu bakal meranapkan ekonomi negara tapi tak berani nak mengaku. Bapak dia punya budget lagi nak melingkupkan negara dengan nak menghapuskan tol, mengurangkan harga minyak. Mungkin semua tu boleh dilakukan sekiranya cukai pendapatan kita naik mendadak. Itu bukan nak menyenangkan rakyat tapi menambah kesengsaraan rakyat adalah.

Anonymous said...

Apabila sibangang dan para jahilliyah umnobn yang membuat komen tanpa asas politik begitulah jadinya.Takkan nak jadi bodoh dan tonging sampai ke tuaa???bangunlah membuat perubahan,,umno memamng dah nazak dan jahil,,sedarlah .

Anak Lenggong said...

Bajet yang dibentangkan oleh papa dia lagi akan menhancurkan ekonomi negara dengan penghapusan tol..PTPTN dan menurunkan harga kereta..cakap senang laa pakai air liur je tapi tak nyatakan dimana nak dapatkan semua hasil untuk tampung benda ni..dia tak ingat ke waktu kejatuhan ekonomi dizaman papa dia jadi menteri kewangan dulu (mungkin dia tak tau disebabkan waktu tu dia budak lagi)..cara senang papa bodoh dia nak menyelesaikan nya membuat pinjaman daripada bank dunia yang diketuai oleh para sahabatkan yang berfaksikan israel. Nasib baik la Tun Mahathir cepat sedar dengan melaksanakan tebatan ringgi Malaysia.. membuatkan Malaysia dapat mengimbangi masalah kemelestan ekonomi...nurul kalau nak bercakap guna otak laa ataupun baik ko selak kain ko..bagi kat bapak ko pulak..

Anonymous said...

bapak tarak otak anak pun tarak otak...keduanya hancur.

Anonymous said...

Tahun 1998 - termaktub dalam sejarah hidup aku...

Siapa yang menaikkan BLR berganda-ganda? sehingga ramai yang hampir muflis.

Siapa yang tak berusaha untuk mengekang lanun matawang sehingga matawang Malaysia jatuh merudum setiap saat? Tak ke itu tanggungjawap sebagai Menteri Kewangan.

Siapa yang bertindak pantas sehingga rakyat tak merasa kejatuhan ekonomi. Cuba jawap...

Sekarang nak comment pulak... boleh percaya ke? Masa ada kuasa dulu.... terkencing-kencing nak handle, ikut IMF aje, macam tak ada otak. Bila dah tak de apa-apa, pandai pulak nak comment...

Tu le. Cakap senang, buat belum tentu lagi....

Yang lain, minta beringat, sejarah sudah cukup mengajar kita berfikir.

Anonymous said...

Orang UMNONGOK memang bodoh

SAM72 said...

Itu saja ke yang mampu kau nak kata. Awat macam takde modal je nak bercerita. Takat ni saja ke yang mampu kau nak kata. Hahahahahaha.....

SAM72 said...

Itu saja ke yang mampu kau nak kata. Awat macam takde modal je nak bercerita. Takat ni saja ke yang mampu kau nak kata. Hahahahahaha.....

SAM72 said...

Itu saja ke yang mampu kau nak kata. Awat macam takde modal je nak bercerita. Takat ni saja ke yang mampu kau nak kata. Hahahahahaha.....