Beberapa hari yang lepas,
Blog MIK [sini] ada membuat Mukadimah sebagai pembuka kata mengingatkan semula
kisah seorang anak muda yang berasal dari Majidee Johor bernama Kamal Hisham….
Kisahnya dimana Kamal masih
lagi bekerja kuat dan bersungguh sungguh mahu mencemarkan institusi diraja,
kaum kerabat keluarga Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim
Ismail Ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj.
Tindak
tanduk serta kelakuan jelek Kamal Hisham tak ubah seperti bidalan melayu lama
menyebut “ seperti melepaskan anjing yang tersepit..”. Asal usulnya anak muda ini bukanlah seorang hartawan dan jutawan.
Beliau hanyalah manusia biasa sehinggalah berpeluang mendampingi keluarga
tuanku Sultan Johor.
Bermula
dari saat itu Kamal mencipta langkah dan terus maju sehingga berjaya mengaut
keuntungan hasil dari keakrabannya bersama keluarga dan kaum kerabat Tuanku
Sultan…. Kesempatan ini diambil dengan nawaitu mencipta segala peluang mengaut
kekayaan harta benda dan wang ringgit dengan Modus Operandi “menjual nama Tuanku
Sultan” dengan skrip dialognya kepada magsa mangsa, “Ini TITAH Tuanku…”
Siakap
Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama Lama Mencuri….
Tindakan
Kamal menyamun sedikit demi sedikit dan akhirnya menjadi bukit telah dapat
dihidu oleh kaum keluarga serta kerabat Tuanku Sultan. Maka anak muda yang lupa daratan ini
bertindak melarikan diri, memilih untuk bersembunyi diluar negara.
Dengan wang jutaan ringgit yang sudah disapu, maka Kamal mampu hidup mewah…, mampu juga untuk berpindah randah dan bermastautin di Dhubai, dan beberapa negara Eropah.
Dengan wang jutaan ringgit yang sudah disapu, maka Kamal mampu hidup mewah…, mampu juga untuk berpindah randah dan bermastautin di Dhubai, dan beberapa negara Eropah.
Dari
sana beliau hanya perlu menggunakan kaedah facebook, twitters dan blog untuk
menyerang Tuanku Sultan..! Pelbagai tuduhan tidak berasas, bermacam kata fitnah
dan pembohongan satu demi satu anak muda berasal dari Majidee Johor ini
laksanakan.
Terkini,
Kamal menulis dan memfitnah lagi menerusi laman blog yang dimilikinya, kunuun
diceritakan dengan penuh syahwat berbohong, Tuanku Sultan Johor telah
menyalahguna pengaruhnya untuk transaksi pembelian tanah di Stulang Laut Johor
Bharu.
Itulah
dia nasib seorang Penyamun yang GAGAL untuk menyamun….
Kisah
sebenarnya Kamal tidak berpeluang untuk mengambil sebarang kesempatan daripada
transaksi yang telah dijalankan. Iya, memang ada urusan pembelian dan jualan
tanah yang dikhabarkan oleh si Kamal.
Buaya
kalau tak makan bangkai itu bukan buaya…, begitulah juga persamaannya dengan
pembohong kalau tidak berbohong maka bukan Kamal Hisham orangnya…!!
Kamal
memutarbelitkan fakta dalam menceritakan mengenai transaksi jual beli tanah
yang beliau maksudkan itu.
Tuanku
Sultan telah mengikut prosedur biasa memohon untuk membuat pembelian sebidang
tanah yang terletak di Stulang Laut daripada pemilik asalnya Tenaga Nasional
Berhad. Seterusnya menerusi proses dan
dokumentasi yang berjalan, maka pihak Tuanku berjaya mendapat kelulusan oleh
Jabatan Tanah Negeri….
Maka
dengan itu secara sahnya hakmilik tanah tersebut menjadi kepunyaan Tuanku
Sultan.
Namun
begitu, Kamal masih cuba berusaha untuk menyelit dan mahu mendapat “hasil”
dalam transaksi tersebut… Beliau pun memulakan Modus Operandinya, “memalsukan”
satu surat rasmi kepada Jabatan Tanah dan menyatakan atas “TITAH Tuanku” tanah
tersebut telah diberikan hakmilik kepadanya dan perlu didaftarkan atas namanya
beralamat Kampung Melayu Johor Bharu.
Malang
sekali, Modus Operandi Kamal kali ini tidak menjadi dan beliau gagal. Oleh itu,
anak muda ini merasakan tersangat kecewa kerana tidak dapat “tumpang tui”
menyamun hasil daripada pembelian tanah ini. Apatah lagi ketika ini Kamal
mendapat perkahabaran bahawa Tuanku Sultan sudah mendapat “buyer” untuk
memajukan tanah tersebut….
Ibarat
seorang jejaka yang kecewa kerana gagal mengahwini seorang gadis yang beliau
terlalu gilakan.., apabila gadis tersebut mahu dinikahkan dengan jejaka yang
lain maka segala cerita yang tidak baik akan mula kedengaran kerana terlalu
kecewa…! Samalah juga dengan si Kamal
Hisham yang gagal menyamun tanah tersebut walaupun cuba “memalsukan” surat rasmi
menjual TITAH Tuanku…
Tidak
hairanlah Kamal meroyan meraban tak tentu hala…!! Demikianlah kisah yang sebenar…..

5 comments:
si-pintar menipu yg berlagak macam sang kancil...tapi harus di-ingat...pelandok lupakan jerat tapi jerat tak lupakan pelandok.
Salam pada semua...
Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
terima kasih admin
Saya juga seorang peguam di JB. Ada 2 side of story. Melihat apa yang berlaku di Johor mutakhir ini, ada justifikasi cerita2 di angin lalu, mengapa Peniaga2 Besar Cina mendapat kontrak2 besar di IRDA & Rapid Pengerang, serta mengapa Tokoh Peniaga Melayu TS Syed Mokhtar di ketepikan & di benci pihak2 tertentu di Johor. Siapa orang di belakang tabir itu hingga MB di lihat tiada kuasa Eksekutif hakiki & jentera Kerajaan Negeri umpama dia yang punya? Saya bukan penyokong Kamal, beliau jugak telah menjadi sebahgian dari "sistem' itu bila bersama2 dengan Almarhum Tuanku & DYMM Sultan sekarang, & kami memang tak suka dengan orang yang menonjolkan dirinya untuk kepentingan peribadi sehingga ada orang menggelarnya Tengku. Tetapi Kamal jugak ada sebab kenapa "Wang Panas" itu di katakan tidak di serahkan kepada 'orang itu'. Ibarat meludah ke langit, jatuh ke muka juga. Episod ini sebenarnya memalukan kita orang2 Melayu.
Bila masa pulak kamal asal dr majidee ni...kamal org muar la beb..
Bila masa pulak kamal asal dr majidee ni...kamal org muar la beb..
Post a Comment