Wednesday, October 3, 2012

Islam GANGNAM Style Cara PAS...!!


“Kami bukan lagi Islamis, tetapi Islamis Demokrat,” begitulah kenyataan Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat seperti dilaporkan Mkini dotcom yang turut disalinkan ke laman peribadi beliau, drdzul.com dan dipetik oleh AIDC.

Dengan menyebut ‘kami’, maka Dr. Dzul semestinya merujuk kepada PAS, iaitu parti yang diwakilinya. 

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli forum “A Rising Economic Tide that Lifts All Boats” anjuran REFSA (Research For Social Advancement) pada 17 September di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.   Turut sama berforum bersama Dzulkefly adalah Nurul Izzah Anwar (PKR) dan dua wakil DAP, Liew Chin Tong dan Dr Ong Kian Ming.

Menjelaskan istilah Islamis Demokrat, Dr. Dzul berkata ia adalah sealiran dengan pendirian gerakan Islam seluruh dunia yang berubah-ubah di mana kini telah beralih dari “doktrin Negara Islam” kepada doktrin lain yang lebih mudah difahami oleh masyarakat umum.

Kenyataan Dr. Dzul tersebut telah ditempelak oleh sebuah laman web pro-PAS, tranungkite, tetapi selain dari itu, tiada langsung kenyataan rasmi dari kepimpinan tertinggi PAS mengenainya.  

Justeru, tidak salah rasanya jika kita mengandaikan yang Nik Aziz serta Hadi Awang juga merestui fahaman atau pendekatan Islamis Demokrat ini? 

Ingatkah lagi tentang bagaimana istilah Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah Badawi telah dipertikai dan digoblokkan oleh PAS sebagai agama baru yang menyalahi ajaran Islam...?

Sedangkan, Islam Hadhari hanyalah satu konsep yang membawa masyarakat Islam kembali kepada asas Al-Quran dan Sunnah dalam kehidupan seharian dan bukannya agama baru, serta tidak pula bertentangan dengan ajaran Islam. 

Tetapi, bagaimana pula dengan Islamis Demokrat? 

Demokrat atau demokrasi, mengikut pandangan barat yang juga dipegang oleh Anwar Ibrahim sepertimana yang terbukti dalam ucapan-ucapannya, adalah termasuk di dalamnya kebebasan (freedom/liberty), hak asasi manusia (human rights), ekonomi pasaran bebas (free market economy), ketelusan dan kebertanggungjawaban (Governance and Accountability).

Tentu sekali, demokrasi yang didokong oleh Anwar ini adalah tidak sama dengan demokrasi yang diamalkan di Malaysia kerana itu Anwar sering melaungkan memperjuangkan demokrasi walaupun negara ini telah termaktub sebagai mengamalkan demokrasi.

Demokrasi yang diperjuangkan Anwar mengikut perspektif barat adalah melampaui batas-batas ketamadunan yang dibawa oleh Islam.  Kebebasan bagi Barat membawa makna yang manusia tidak perlu terikat kepada peraturan dalam mengekspresi diri walaupun ia membawa keburukan kepada orang lain dan diri sendiri.

Contohnya, menyebar bahan lucah dan hasutan juga termasuk dalam kebebasan bersuara. 

Begitu juga dengan ‘hak asasi’ bagi Barat, di mana ia merangkumi hak untuk tinggal serumah tanpa nikah atau mengamalkan seks bebas, malahan luar tabie asalkan ianya berdasarkan suka-sama-suka.  

Oleh itu, di manakah PAS meletakkan partinya dalam Demokrasi ini?   Lebih-lebih lagi apabila Dr. Dzul sendiri menyatakan yang PAS bukan lagi ‘Islamis’ tetapi perlu disebut sebagai ‘Islamis Demokrat’?  

Bagaimana Islam boleh digabungkan dengan demokrasi ala barat atau Anwar Ibrahim, sedangkan kedua-duanya amat bertentangan sepertimana bertentangannya prinsip PAS dengan DAP....?

Tentu sekali, seperti juga kerjasama antara PAS dengan DAP, salah satu pihak perlu beralah bagi membolehkan kerjasama tersebut direalisasi.  Untuk itu, PAS telah mengalah dengan menggadaikan prinsip Negara Islam. 

Maka dalam soal Islamis Demokrat juga, salah satu fahaman perlu dilonggarkan atau digadaikan terus bagi membolehkan ia dipraktikkan.  Justeru, apakah PAS bersedia melonggarkan fahaman Islam dan menerima kebebasan dan hak asasi ala barat? 

Ini adalah persoalan besar dan kepimpinan PAS tidak boleh hanya berdiam diri dan membisu mengenainya.  Pemimpin PAS punya tanggungjawab terhadap agama dan penyokong mereka untuk menjelaskan perkara ini serta mengambil pendirian yang pasti. 

PAS tidak boleh bersekongkol dan merelakan Anwar menjadi pemimpin tertinggi tetapi menafikan yang turut mendokong fahaman demokrat. PAS perlu memilih menjadi Islamis atau Demokrat tetapi tidak mungkin dapat menjadi kedua-duanya sekali. 

8 comments:

Anonymous said...


ikut suka hati puak2 Pas nak ubah islam mengikut masa dan keadaan..??

islam adalah agama yg terpilih sehingga kiamat..

masa dan keadaan yg perlu bergerak mengikut panduan yg terdapat dalam islam.. bukan sebaliknya..

memang betul lah Pas menggunakan islam semata2 demi kepentingan politik dan dunia..

Pas semakin menyimpang jauh..

Wak Din said...

Salam..

Sebuah blog yang menarik dan berinformasi. Terlanjur dah singgah sini, saya jadi follower di blog ini.

Blog hebat tuan juga telah dipautkan di blog list saya..

Diharap, tuan blog dapat melakukan perkara yang sama di blog saya juga..

Terima kasih..

KLUANG Today
http://kluangtoday.blogspot.com/

Anonymous said...

ini paklah punya cibai lah politik malaysia hancus, dgr cakap NGO pakatan, dia tak tau kah NGO di d taja oleh agent yahudi , tak mau dgr lapuran risikan SB polis dan MIO ini lah padanya, sebab suka dgr beriat baik baik dan yg membangga kannya, syok sendiri,,,,Rindu cara kepimpinan TUN Mahathir but Not Paklah al samdol bedol

Anonymous said...

Islam Demokrat..

Nama lain untuk ISLAM LIBERAL

Anonymous said...

adehla ape la nk diherankan. xde maknany. PAS tu kan mmg fahaman SESAT seperti ajaran sesat SYIAH, ayah pin etc. pmimpin ajaran sesat yg terdiri dari org2 tua kutuk x sedar diri yg da nk mampus. tp yg BANGANGNYA adalah org2 muda yg BODOH PIANG x tahu menggunakan akal yg dikurniakan oleh ALLAH SWT untuk berfikir

Anonymous said...

Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW sesuai sepanjang zaman sehingga hari kiamat kelak. Manakala Islam yang dibawa PAS terpaksa mengikut kehendak zaman. Bermakna jika sesuatu zaman itu mengiktiraf homoseksualiti itu sebagai tuntutan maka PAS mesti akur dengan tuntutan tersebut.

Apa yang dikatakan oleh Dr Dzulkifli itu adalah pernyataan dan bukti jelas bahawa PAS membawa ajaran sesat dan menyesatkan. Maka tepatlah dan amat sesuai PAS itu dikatakan sebagai Parti Ajaran Sesat (PAS) . Wallahualam.

Anonymous said...

pak lah punya kerja lah ni sampai negara huru hara.....



pssst: mana lu punya islam hadhari,lu jawab lah nnt di akhirat.

makan...tido....makan....tido....ni lah hasilnya

Anonymous said...

..kantoi si munapig sekoq ni pakai tshirt putih yg sama masa bedal cinadol..