Thursday, October 4, 2012

JOM Kita Kenali Siapa Abu Jahal Dan Abu Lahab...!

Tidak dapat dipastikan sama ada pemimpin PAS lupa atau pura-pura lupa penghinaan Anwar Ibrahim terhadap mereka ketika beliau di dalam UMNO.

Kita juga tidak pasti sama ada Anwar Ibrahim lupa atau pura-pura lupa penghinaan dan pendedahan PAS terhadap salahlakunya ketika di dalam UMNO.

Namun, bagi rakyat yang mengikuti perkembangan politik sejak dahulu, pasti tidak akan lupa bahawa Majalah Tamadun pada tahun 1998 pernah memuatkan wawancara dengan Mat Sabu yang mendedahkan salahlaku Anwar dan menggelar beliau Al-juburi.
 
Begitu juga bagaimana Anwar pernah menyifatkan PAS sebagai lebih jahat dari Abu Jahal dan Abu Lahab kerana berkempen menggunakan ayat-ayat suci al-Quran untuk kepentingan diri dan menindas pemikiran umat Islam dengan pelbagai dakyah.

Ya, Anwar berkata demikian pada tahun 1984, iaitu ketika beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan sebagai menjawab dakwaan PAS bahawa UMNO memperjuangkan semangat asabiyyah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab di zaman Rasulullah SAW.

Abu Jahal dan Abu Lahab adalah musuh Islam yang nyata dan dengan meletakkan PAS lebih buruk dari mereka, bermakna Anwar menganggap PAS sebagai musuh Islam yang jauh lebih buruk lagi merosakkan berbanding kedua manusia yang celaka itu.

Tapi itu cerita lama iaitu cerita ketika Anwar masih di dalam UMNO dan berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri melalui UMNO.

Hari ini, Anwar bergandingan tangan dan berpeluk cium dengan PAS, yang dicemuhnya sebagai musuh Islam itu.

Seolah-olah berkawan berciuman dengan satu musuh Islam masih belum cukup, Anwar juga 'bersekedudukan' dengan Yahudi yang bukan sebarangan Yahudi, tetapi tokoh Zionis yang membunuh dan merampas tanah umat Islam iaitu satu lagi musuh Islam yang dilaknat Allah SWT.

Tidak cukup lagi, Anwar juga berhubungan intim dengan DAP iaitu kafir harbi, musuh Islam yang tak kurang jelas dan nyata juga.

Kesanggupan PAS memaafkan Anwar kerana meletakkan mereka lebih tinggi dari kedudukan Abu Jahal dan Abu Lahab dalam senarai musuh Islam menjelaskan satu perkara iaitu; bahawa tuduhan Anwar terhadap mereka itu adalah benar belaka.

Buktinya, adalah mustahil bagi sebuah organisasi, parti politik mahupun individu yang benar-benar memperjuangkan Islam sanggup dan tegar ingin meneruskan kerjasama dengan kafir harbi DAP mahupun sahabat atau perkakas kepada Zionis seperti Anwar Ibrahim.

Dan seperti kata-kata Anwar di atas, memang benar pun PAS berkempen dengan menyalahgunakan ayat-ayat Al-Quran dan hadith, nama Rasulullah SAW serta sahabat-sahabat baginda dan nama Allah SWT jua.

Dalam ertikata lain, PAS menggunakan agama untuk menindas pemikiran umat Islam dengan pelbagai dakyah dan fatwa sesat.

Melalui pendekatan inilah, PAS mengkafirkan sesama Islam, memecahbelahkan ummah dan memporak-perandakan keluarga melalui dakyah-dakyah yang disebarkan.

Di masa yang sama, kita boleh melihat bagaimana sayangnya PAS kepada musuh Islam sehinggakan sanggup menyamakan si kafir harbi Lim Guan Eng dengan Khalifah Umar Abd. Aziz tetapi 'mengFiraunkan' pemimpin Islam ulung di abad ini iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad.

PAS juga cukup pantas membela DAP jika parti tersebut diserang UMNO akibat menghina Islam.
Malah PAS juga terus membela pihak-pihak yang telah mengaku dengan terang-terangan menerima dana asing dari rangkaian neo-con seperti SUARAM dan BERSIH.

Dengan hakikat ini, PAS tidak mungkin lagi dapat menafikan yang mereka bukan musuh Islam.....

Kata orang, menilai seseorang itu adalah dari sahabatnya. Dan PAS bukan sahaja bersahabat dan menyanjung musuh Islam, malah bekerjasama dan menjadi pak turut kepada mereka.

PAS boleh menyumpah-nyumpah artikel ini sebagai berniat jahat serta menghamun penulis sebagai jahil dan sebagainya tetapi, PAS tidak mungkin boleh menafikan hakikat yang nyata mengenai hubungan mereka dengan musuh-musuh Islam tersebut.

Memandangkan PAS langsung tidak merasa bersalah atau berdosa berhubungan dengan musuh-musuh Islam itu, kita mula tertanya-tanya: 

Mungkinkah Tok Guru ada mengeluarkan fatwa baru secara diam-diam iaitu 'Halal Menerima Bantuan Yahudi Yang Bertujuan Menjatuhkan Kerajaan Pimpinan Islam Untuk Digantikan Dengan Kerajaan Kerjasama "Kafir Harbi-Liberal-Islam..? "

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Anonymous said...

BUKIT MERTAJAM: Anak Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghafar mendakwa mantan Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamed bukan sahaja petualang yang mencetusan pergolakan dalaman Umno
sehingga dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1997 bahkan sering mengeluarkan kenyataan
yang mencabul persoalan akidah.

Beliau yang berceramah di Galeri Pejuang, Ceruk To Kun, Bukit Mertajam bersama dua orang
penceramah jemputan iaitu Ustaz Sharil Long dan Ustaz Hafizal menambah, peristiwa
pengharaman Umno tahun 1997 adalah angkara Dr Mahathir apabila Ghafar didesak lawan Tun Musa Hitam.

Tamrin yang menyertai PAS baru-baru ini berkata, Datuk Seri Anwar juga didesak Dr Mahathir
agar mencabar Tun Ghafar Baba yang dianggap sampah kerana tidak dapat membantunya
merealisasikan dasar Pandang Ke Timur dan Wawasan 2020.

Anonymous said...

(Buku Anwar lawan Ghafar pernah diterbitkan)

"Sejak dulu jika dia tidak suka seseorang beliau akan mendesak orang lain cabar dan beliau sendiri akan sembunyi tangan, " terangnya semasa berceramah dalam program PAS Cawangan To Kun dan PAS Bukit Mertajam.

Peristiwa terbesar mengakibatkan pemecatan Datuk Seri Anwar juga dicipta oleh Dr Mahathir sendiri setelah beliau mendapati kekuatan Anwar makin meningkat dan sekiranya dibiarkan kemungkinan pengaruhnya akan hilang.

Jesteru itu, Anwar diinaya bukan sahaja dipecat bahkan ditangkap, difitnah dan diseksa dalam penjara.

Dr. Mahathir adalah durjana sebenarnya, beliau sanggup melagakan orang lain demi memastikan
kedudukannya selamat dan terus berkuasa.

Waktu nama Anwar tengah 'top', Mahathir mengambil peluang keemasan membuang Ghafar Baba dari
kabinet kerajaan dengan meminta Anwar lwan Ghafar.

Kes yang terjadi pada Anwar juga berpunca dari perasaan kebimbangan beliau ekoran penampilan
Anwar dilihat lebih ke hadapan dari banyak segi.

Bila Anwar jadi mangsa rakyat bangkit dan sampai sekarang isu pemecatanya tidak boleh diterima oleh
sebahagian ahli Umno sendiri.

"Tetapi, nak buat macam mana semua tunduk dengan 'DR M'," tegas beliau termasuk dirinya sebelum ini.

Rakyat juga, kata bekas Pengerusi MARA itu, tentu masih ingat terlalu banyak kenyataan Dr Mahathir
yang boleh mengancam kestabilan negara apatah lagi akidah.

Sampai hari ini tambah Tamrin, siapa pun tidak boleh menghalang kenyataan dari terus keluar dari
mulutnya biarpun kadang- kadang memberikan kesan terhadap sokongan Umno itu sendiri.

Terbaru ujarnya, kenyataan berkenaan 'syaitan yang dikenali lebih baik dari Malaikat yang tidak dikenali'
bakal melihat Umno terus jatuh.

"Biarlah dia keluarkan kenyataan merapu sebab Umno akan jatuh tidak lama lagi.
Mungkin diera DR M Umno menjadi terkenal dan selepas beliau pencen Umno pun menjunam,"
jelasnya yang juga bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.