Wednesday, October 31, 2012

Kelantan Ohh Kelantan....! Gapo Wei....?

Sejak PAS menguasai Kelantan Oktober 1990 hingga sekarang, salah satu propaganda kenegerian yang seringkali disebut-sebut oleh pemimpin PAS ialah kononnya rakyat negeri ini telah di anak tirikan oleh Kerajaan Pusat.

Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan, bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat kenegerian rakyat Kelantan disamping terus menanam kebencian umum terhadap UMNO yang menerajui Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat.

Hakikatnya, tak selamanya propaganda sedemikian mampu mempengaruhi rakyat jelata kerana banyak bukti yang terpampang di depan mata telah secara sendirinya menafikan dakyah PAS tersebut.

Ambil satu contoh mudah dalam isu projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh, antara tanggungjawab dan janji yang sepatutnya dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan tapi gagal ditunaikan ialah pembinaan Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra.

Sehingga tahun 2007, jambatan tersebut gagal dibina oleh syarikat swasta Liziz Standaco Sdn Bhd yang dilantik oleh Kerajaan PAS Kelantan, akhirnya Kerajaan Pusat pula yang  mengambil inisiatif dan menanggung beban membinanya bagi mengurangkan kesesakan di kawasan berkenaan.

Namun tabie pemimpin PAS tetap sama tidak berubah, hanya disebabkan takut dengan sikap prihatin Kerajaan Pusat dalam membantu rakyat negeri ini, maka disebarkan khabar-khabar angin kononnya kelewatan projek jambatan ini siap disebabkan wujudnya unsur rasuah.

Pertukaran beberapa kontraktor pembinaan dijadikan asas bagi mengukuhkan hujah mereka berkaitan dakwaan berlakunya ketirisan dan rasuah dalam projek pembinaan jambatan ini.

Sedangkan hakikat syarikat pemaju, Liziz Standaco yang dilantik oleh Kerajaan PAS Kelantan gagal melaksanakan tanggungjawab pembinaannya tidak pula berani disentuh oleh ustaz-ustaz jadian dan para penceramah PAS.

Kesediaan Kerajaan BN meneruskan pembinaan jambatan ini motifnya cukup jelas kerana menyedari kepentingannya selain mampu mengurangkan masalah kesesakan lalulintas, ia juga mempunyai kesan signifikan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri khususnya di pusat bandar Kota Bharu.

Kerajaan Pusat sebenarnya berhak untuk buat tidak endah sahaja dengan kegagalan PAS memenuhi janji pembangunannya itu, namun demi kerana mahu membantu rakyat maka soal perbezaan politik diabaikan demi kebaikan bersama.

Senario keprihatinan Kerajaan BN ini membuktikan tuduhan pemimpin PAS kononnya Kerajaan BN sengaja meminggirkan Kelantan dan menganaktirikan negeri ini hanyalah satu pembohongan dan propaganda jahat sahaja.

7 comments:

Anonymous said...

hanya Allah yang dapat membalas kezaliman kerajaan hamPAS ni.

Anonymous said...

ada audit tegur pembinaan jambatan oleh kerajaan BN itu?

pas kalau tak pulas atau pusing satu satu isu, bukan pas namanya.

Anonymous said...

PAS ialah bangsa yang sama taraf mcm YAHUDI.. pemutar belit MUNAFIk!

Anonymous said...

KEPADA PENGANUT PAS YANG TERBACA TULISAN AKU NI TULONG LA PIKIR......KALU NIK AZIZ BACA LAGI BAGUS....SEBENARNYA SEMENJAK AKU KECIL SAHINGGA AKU UMUR 50 TAHUN AKU TAK PERNAH TENGOK KEBAIKAN PAS, KEINDAHAN PERIBADI PEMIMPIN HAMPAS.....SEMUANYA HUDOH, JAHAT,KHIANAT, BUSOK HATI DAN SUKA BENCI MEMBENCI.....TERMASUKLAH NIK AZIZ SENDIRI.....AKU PUN TAK PAHAM MACAMANA DENGAN HATI-HATI PUAK PAS NI,,,,HITAM TERAMAT SANGAT SAHINGGA TIDAK NAMPAK KEBAIKAN ORG LAIN....SAHINGGA TAK RETI NAK TERIMA KASIH....TAK RETI BERSYUKUR......SEMUA BENDA YANG TAK UTONGKAN DIA MESTI DIA TOLAK DAN BECI HATTA BENDA ITU BAIK.....DAN JIKA BENDA TU UNTUNG KAN DIA DIA AKAN TERIMA WALAU PON BENDA TU TAK BAIK DAN BUSOK......AKU TAHU PUAK-PUAK PAS DAH LAMA RANGGAH PEMBANGUNAN DAN NIKMAT YG DI BAWA UMNO...OLEH KERANA SIFAT BINATANG ADA DALAM DIRI...MAKA TAK RETI NAK MENGENANG BUDI DAN BERTERIMA KASIH.....AKU TAHU LA SEBAB AKU ORANG KELATE....yang ikhlas PAK MUD KB.

ish ish....kelantan, kelantan......

bro yul said...

tidak ada apa yg harus d banggakan rakyat kelantan selama 22 tahun pas memerintah kelantan....pas d bawah pimpinan pok nik hanya mampu membuat gimik tanam batu asas utk mengaburi mata rakyat....buat projek satu haram pun x menjadi...buat ladang rakyat pun ntah ke mana,buat kambing janapari pun hancur pas d kelantan bnyk membazir kan duit rakyat kelantan....