Tuesday, October 30, 2012

Nik Ajeees Sakit Telinga Dengar Klentong Anwar...

Tindakan Ketua Pembangkang mengumumkan 'Anugerah Menteri Besar Terbaik’ yang ‘dimenangi’ oleh Khalid Ibrahim dilihat sebagai ‘politically incorrect’, sekali gus menunjukkan bahawa kebolehan Anwar dalam berpolitik semakin terjejas. 

Kesilapan kecil ini bukanlah sesuatu yang biasa bagi Anwar kerana beliau selama ini cukup bijak mengatur kata-kata dan tindakan dalam berpolitik sehingga berjaya memperdaya begitu ramai orang termasuk Yahudi dan pemimpin bertaraf dunia, Tun Mahathir Mohamad selama berpuluh-puluh tahun. 

Namun, akhir-akhir ini, Anwar kerap membuat kesilapan sama ada kerana terperangkap dalam situasi yang sukar seperti apabila disoal mengenai pendiriannya terhadap Israel dan undang-undang liwat, atau kerana gabra terkantoi seperti kes jam omega. 

Tetapi dalam kes pengumuman anugerah Menteri Besar Terbaik, Anwar tidak berada di dalam keadaan tertekan, terdesak atau terperangkap. Justeru, kemungkinan pengumuman tersebut bukan kesilapan tetapi Anwar memang benar-benar berniat membuat pengumuman itu tanpa memikirkan kesannya. 

Pakatan Rakyat mempunyai 4 Menteri Besar dan bagi Anwar untuk memuji salah seorang pastinya akan membangkitkan rasa kurang senang di kalangan 3 yang lain.

Sedangkan, prestasi seseorang MB tidak wajar diadili melalui pendapatan negeri kerana setiap negeri mempunyai masalah yang berlainan berdasarkan sumber negeri dan landskap masyarakat.

Di sudut lain pula, memilih untuk memuji seorang MB sebagai terbaik juga dilihat sebagai cubaan menyelamatkan MB tersebut yang telah dilihat lemah.  Ini adalah strategi biasa politik di mana apabila seseorang politikus itu semakin lemah, maka semakin banyaklah puji-pujian dilemparkan sekadar untuk memastikan pengundi terus yakin dengan parti. 

Oleh itu, tindakan Anwar memuji Khalid berlebihan menjadi senjata yang bukan sahaja makan tuannya tetapi semua orang-orang disekelilingnya sekali.

Menurut beberapa blog, tindakan ini boleh ditafsirkan sebagai talian hayat untuk Khalid tatkala prestasi MB dilanyak teruk oleh Azmin Ali dan kumpulannya dengan menjadikan Faekah Hussin, Setiausaha Politik MB sebagai kambing hitam.

Secara semulajadi, apabila ada yang terbaik, pastinya ada yang tercorot.  Jadi, siapakah MB PR yang tercorot....?

Walaupun Anwar tidak mengumumkannya, tetapi mengikut logik, Nik Aziz yang telah memerintah Kelantan selama 22 tahun pastinya secara automatik menjadi yang tercorot. 

Memuji Khalid yang belum sampai sepenggal menjadi MB secara tidak langsung boleh ditafsirkan sebagai menyindir Nik Aziz kerana tidak berjaya membangunkan Kelantan dari apa-apa segi sekali pun. Malah, Kelantan kekal sebagai negeri termiskin dan termundur di dalam Malaysia selama lebih dua dekad.  

Dalam masa yang sama, bukan rakyat tidak tahu bahawa Khalid Ibrahim juga adalah MB yang lemah, walaupun tidak selemah Nik Aziz tetapi tetap lemah dalam kategori seorang MB.

Di bawah beliau, isu-isu politik yang merugikan PR tidak mampu ditangani dengan baik.  Antaranya, isu murtad, arak dan rumah-rumah urut. 

Selain itu, di bawah Khalid juga rakyat menyaksikan UNISEL lingkup, peniaga Melayu di PKNS kini menghadapi risiko, tanah YBK ingin dirampas, isu air yang semakin hari semakin meruncing tetapi kerajaan Selangor masih tidak memberi jawapan bagi penyelesaian yang meyakinkan. 

Justeru, walaupun pada dasarnya, Anwar dilihat sebagai memuji Khalid, tetapi tafsiran yang dibuat oleh rakyat ialah Anwar cuba memulihkan imej Khalid dan menyindir Nik Aziz sekali gus.

Tindakan Anwar bagaikan membaling sebiji batu tetapi terkena dua ekor burung yang bukan menjadi sasarannya. 

Walau apapun, Nik Aziz wajar difahamkan akan isyarat Anwar ini.  Anwar diketahui tidak pernah mempunyai rasa hormat terhadap PAS. Oleh itu, secara tidak langsung, sindiran terhadap Nik Aziz tersebut merupakan cara halus untuk Anwar mengingatkan PAS betapa lemahnya mereka dan betapa mereka tidak layak untuk duduk sama tinggi dengan PKR atau DAP dalam PR. 

PAS tidak mampu membangunkan walau satu negeri dalam masa 22 tahun, bagaimana PAS boleh bermimpi untuk memberi tekanan kepada PKR dan DAP untuk melaksanakan hudud atau apa saja yang berkaitan undang-undang Islam jika PR memerintah? 

Kesimpulannya, Anwar telah berusaha untuk memberi ‘muka’ kepada Khalid tetapi langsung tidak berbuat yang sama terhadap Nik Aziz. Anwar secara halus telah mengesahkan bahawa Nik Aziz adalah lemah, dan bahawa PAS adalah tidak lebih dari sekadar tukang sorak dan tukang cuci bagi PR. 

4 comments:

Anonymous said...

Yeast infection cannot bе elіminаted if only treated wіth а οnе-dimensionаl treatment like antibiοtiсs, creаmѕ, pills, οr ԁetox dіets.

When a patiеnt comеs to me with symptoms of this ԁisordeг, I ԁо not reѕpond ωith mind-dulling mediсаtions oг
іnvаѕivе tеchniques. Yeaѕt Ιnfectiοn No Mоre Book
Bу Lіnda Allen is a 150 page doωnlоadable e-book, jam-packed
ωith the whοle set of blueprint all-natural yeаst infection treаtment solutions, distіnctive highly effectiѵe
methoԁѕ as well as thе steр bу step holistic уeаѕt infeсtіon process.
Michaеl has done his stint аnd it ѕhould be lеft to гest.
Yeast Infeсtiоn No Mοrе Βоok kеy formulatіon cοmρonent is the 5 step ѕystem plan whеre not
a ѕingle thing hеld back.

Feel free to surf to my pаge commute

Anonymous said...

If there's no traffic it should take you about 20 or 30 minutes but traffic is pretty common and it could therefore take you at least an hour, a taxi to the airport should cost no more than 30 Egyptian pounds but some people will try to charge you as much as 200. The benefits of having high thread count sheets is that mills are forced to create much finer threads in order to increase the amount of threads in a square inch (keeping in mind that they don't also increase the ply).

Hindi News Portals are catering regional people in different parts of India.
Simply put on heavy eyeliner on your eyes and make sure that they extend beyond the edge of your eyes
and let the line go upward. In advance of purchasing, you should also review if the reproduction
Hermes totes are priced way too high compared to it really is
top quality and also product difference.

my web page ... egyptian newspapers

Anonymous said...

Other FSX Virtual Airlines are based on real airlines, from major carriers to small operators.
Nowadays with flight simulators you can have
lots of fun out of these games and besides all this you do not have to spend thousands.
In terms of sheer enjoyment, the Rollercoaster Tycoon series leads the pack.
However, if you'd like to take the scenic route through Google Earth, the SR22 is a better choice. Unfortunately, the series has been dormant for quite some time and there isn't any indication that it will be returning anytime soon.


my web page: simulator

Anonymous said...

http://paleodietrecipesbook.net/
http://howtoloseweightfastindays.com
http://purelivinghcg.com/
http://getlaid2night.us/male-enhancement
http://getlaid2night.us/penis-pump