Friday, October 12, 2012

PAS Dipaksa Terima Paderi....! Siapa Paksa...??


Tidak perlu bagi seseorang itu untuk menjadi pakar atau pemerhati politik untuk mengagak kesudahan gabungan PAS-DAP/PKR.  Cukup bagi seorang biasa yang rasional untuk mengetahui dengan lebih awal bahawa gabungan tersebut bakal membawa kecelaruan di dalam masyarakat Islam, kalaupun tidak kemusnahan secara rasmi. 

Sebagai parti yang kononnya lahir kerana Allah SWT dan berpaksikan agama Islam, keputusan PAS untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR samalah ertinya dengan membuat perjanjian dengan syaitan.  Mungkin ini berlaku kerana ‘masinnya mulut Tok Guru Nik Aziz’ yang pernah membuat kenyataan sanggup bekerjasama dengan syaitan sekali pun, demi untuk menjatuhkan UMNO.

PAS suatu ketika dahulu menampilkan imej ekstrem, mengambil sikap memusuhi bukan Islam termasuk orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka, atas alasan jahil dan kafir.   Kata PAS ketika itu, hanya Ulama yang layak memerintah dan memimpin umat dan masyarakat.

Jika BN meletakkan calon Cina dari MCA atau India dari MIC bertanding PRU dalam sesuatu kawasan, PAS akan bermati-matian berkempen mengingatkan orang Islam tentang dosa mengundi bukan Islam. 

Tetapi, itu cerita lama.  PAS kini adalah PAS baru yang lebih terbuka untuk disesuaikan dengan arus politik semasa.  Segala pendirian yang ektremis kini tidak lagi relevan, malah Negara Islam dan hudud juga sudah menjadi perkara subjektif. 

PAS kini tidak lagi memusuhi bukan Islam tetapi berpelukan hangat dengan Lim Kit Siang.  Pemimpin tidak semestinya di kalangan Ulama tetapi PAS bersedia menjulang peliwat dan penzina yang berfahaman liberal sebagai Perdana Menteri.

Haram halal sesuatu sumber hanyalah tertakluk kepada UMNO, manakala bagi PAS, adalah ‘sunat’ untuk mengaut keuntungan politik dari dana Yahudi dan Soros yang disalurkan kepada SUARAM, BERSIH dan lain-lain lagi.  Pendekatan PAS juga dilihat jauh lebih ‘mesra’ maksiat dari UMNO jika dilihat dari jumlah pusat hiburan yang tumbuh sejurus selepas PR mengambil-alih Selangor. 

PAS telah mengtidak-apakan penggunaan nama Allah SWT dalam kitab-kitab agama lain serta menyokong pengedaran injil berbahasa Melayu sekali gus membantu penyebaran agama Kristian di kalangan umat Islam. 

Tahniah diucapkan kepada PAS kerana berjaya membuktikan bahawa parti itu adalah jauh lebih terbuka dari UMNO sendiri. 

Kini, PAS tidak lagi meletakkan Islam sebagai hak ekslusif parti, tetapi menerima bukan Islam ke dalam parti dengan menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).  Kemuncak keterbukaan PAS ini boleh dilihat melalui kesanggupan parti itu meletakkan Padri Kristian sebagai calon PRU ke-13 nanti.  

Keterbukaan yang ditunjukkan PAS ini adalah konsisten dengan sikap parti itu yang begitu berat untuk bekerjasama dengan JAIS dalam membendung kegiatan memurtadkan umat Islam oleh puak-puak Kristian.

Antara Padri Kristian yang dikenalpasti akan menjadi calon PAS melalui DHPP ialah Pastor Otou @ Francis Singoron.  Beliau diletakkan sebagai calon di DUN Pitas, Sabah di mana 60 peratus penduduknya adalah beragama Islam manakala 40 peratus lagi penduduk Kadazan, Dusun dan Murut beragama Kristian.

Gerak kerja kempen atau lebih tepat, dakwah, Pastor Francis banyak dibantu oleh dua rakan pendakwah Kristiannya iaitu Ondon Mangajil, 58, dan Rakilin Mahuda @ Melvin. 

Tidak mustahil jika Pastor Francis menang, maka pecahan penduduk DUN Pitas dari segi agama akan memperlihatkan peningkatan dalam peratusan penduduk beragama Kristian, sekali gus pengurangan dalam peratusan penduduk beragama Islam.  

Begitulah ‘terbukanya’ PAS hari ini sehingga sanggup mengenepikan Ulama, menjunjung artis, mengangkat Syiah, golongan ‘professional’, peliwat, penzina berfahaman liberal, hatta Padri Kristian juga, sebagai pemimpin masyarakat, parti mahupun negara.   

Walau apapun, tidak perlulah untuk kita merasa terkejut dengan perkembangan terbaru di dalam PAS ini kerana apalah pengakhiran boleh diharapkan dari sebuah perjanjian dengan syaitan?  Ke mana lagi sang syaitan boleh membawa manusia, melainkan ke neraka…

2 comments:

Anonymous said...

This kind of mulch s also more natural looking than other mulch choices
out there for the delicate look of flower gardens. If you
are working on a riding mower or a mower with an electric
starter, you will also want to disconnect the battery as to prevent any accidental startups while servicing your machine.

Mulch also keeps soil from being depleted of vital
nutrients, so gardeners do not have to rotate planting locations from year to year.


Also visit my website ... mulching

Anonymous said...

You'll also opt in purchasing a survey scanner if you should happen to feel that you need better probabilities in finding the ore that you would like to mine. It also happens sometimes that your character will say something silly. Data mining is mostly a relatively new term that represents the process by that predictive patterns are made from information.