Friday, October 26, 2012

PENGORBANAN Besar Azeez Rahim Untuk Bersama Mangsa Perang Syria Pada Hari Raya Aidil Adha.... Allahu Akbar....!!

Memang HEBAT semangat juang dan corak kepimpinan yang dipamerkan oleh Presiden Kelab Putera 1Malaysia [KP1M], Dato' Haji Abdul Azeez Abd Rahim....

Tatkala kita sedang meraikan Hari Raya Aidil Adha bersama keluarga tersayang disini, Dato' Azeez berkorban sanggup berpisah dengan anak isteri demi melaksanakan jihadnya membantu umat islam yang sedang dalam kesusahan.

KP1M sedang berada dibumi Jordan, mereka berkampung disempadan Jordan-Syria dalam MISI Khas menghulurkan Bantuan Kemanusiaan dengan membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan juga khidmat beberapa doktor yang turut sama menyertai MISI Khas ini...

Hari ini, hari raya pertama Aidil Adha dijadualkan Dato' Azeez akan melakukan  ibadah korban di kem pelarian di Mafraq, dekat Jordan, sekaligus meraikan perayaan tersebut bersama umat Islam disana.

Azeez menjelaskan bahawa mereka sudah membeli 191 ekor kambing biri biri dari Romania yang berharga USD200 seekeor untuk memeriahkan upacara korban hari ini.

Semoga amal baik KP1M bersama pelarian mangsa perang Syria ini akan mendapat keberkatan Allah swt, kami yang berada disini mendoakan kesejahteraan mereka dan beroleh perlindungan sepanjang masa menjalankan tugas tugas mulia yang sangat mencabar ini.

6 comments:

kluangman said...

Hebatnya rakyat Malaysia ketika bukan di bumi malaysia....sedikit jasa penghargaan berjuta

Anonymous said...

Usaha murni ...walaupon jauh beribu batu dari malaysia ..teruskan.

Anonymous said...

Amal ikhlas kerana Allah swt inshallah akan mendapat balasan berlipat ganda di dunia dan akhirat

Anak Lenggong said...

Cuma yang sedihnya ada melayu di malaysia yang kononnya terlebih islam daripada orang lain terus-terusan mengutuk kerajaan Malaysia kononnya menzalimi rakyat dan tidak berjuang untuk islam..sedangkan mereka bersikap hipokrik dengan bergabung dan berpelukan dengan golongan kapir yang secara berterusan menghina dan tak dapat menerima islam.

Anak Lenggong said...

Cuma yang sedihnya ada melayu di malaysia yang kononnya terlebih islam daripada orang lain terus-terusan mengutuk kerajaan Malaysia kononnya menzalimi rakyat dan tidak berjuang untuk islam..sedangkan mereka bersikap hipokrik dengan bergabung dan berpelukan dengan golongan kapir yang secara berterusan menghina dan tak dapat menerima islam.

hangkedee said...

Semoga malaysia di jauhi oleh yang maha berkuasa dari cengkaman puak khawarij,yang licik memperlagakan seluruh umat Islam di dunia ini.Amin.