Thursday, October 25, 2012

Siapa Sebenarnya Yang BUNUH Altantuya....

Setelah tidak mampu menangkis kebenaran, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian kapal selam scorpene di Perancis, SUARAM tidak mampu lagi meneruskan penipuan yang sama.  Sekali gus, Cynthia Gabriel terpaksa mengakui bahawa berita yang disebarnya termasuk senarai nama individu yang akan disapina hanyalah rekaan semata-mata.  Atau dalam ertikata lain, Cynthia Gabriel terpaksa mengaku yang dia telah menipu seluruh dunia. 

Walaupun begitu, tidak bermakna si pengkhianat ini merasa malu atau bersalah kerana menipu kerana sifat itu sudah tidak lagi ada dalam dirinya.  Sebaliknya, Cynthia dan SUARAM bertekad untuk terus menipu tetapi dengan menukar sedikit haluannya sahaja. 

Lagipun, penipuan perlu diteruskan untuk memastikan segala usaha dan dana yang dilabur pihak asing selama ini tidak sia-sia begitu saja.

Dalam menipu, SUARAM tidak segan silu menggunakan nama sesiapa sahaja termasuk Kerajaan dan Hakim Perancis, isteri Perdana Menteri, Jasbir Singh Chahl untuk mengukuhkan cerita dongeng mereka. 

Dan nampaknya, walaupun setelah penipuan mereka terdedah, SUARAM masih lagi tidak tahu malu dengan menggunakan Modus Operandi yang sama dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan BN, iaitu menipu dengan mempergunakan nama seseorang lain pula. 

Kali ini, nama yang dipilih ialah Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.  Menurut SUARAM, Tan Sri Musa akan bercakap dengan wartawan di Bangkok berkenaan pembunuhan Altantuya.  Tajuk program tersebut ialah ‘Pendedahan baru dalam pembunuhan Altantuya’.

Tan Sri Musa yang terkejut dengan berita tersebut, pantas menafikannya.  Beliau tidak faham kenapa ada yang suka-suka menipu dengan menggunakan namanya. Beliau menegaskan yang beliau berada di sini, di Malaysia dan tidak terlibat dengan program di Bangkok itu.

Nampaknya, muka Cynthia Gabriel ini kalau diukur pastinya setebal dinding kalis radioaktif, kerana langsung tidak tahu malu menipu secara terang-terangan. 

Hakikatnya, jika pendakwa Perancis sendiri telah membuat kenyataan rasmi bahawa tidak ada perbicaraan pembelian kapal selam dan mengesahkan bahawa SUARAM telah berbohong mengenainya, maka secara automatik segala-gala kes atau kejadian yang dikaitkan dengan perbicaraan pembelian kapal selam yang dijaja SUARAM adalah juga satu pembohongan.

Ini termasuklah mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi atau kerajaan Malaysia dalam pembunuhan Altantuya.   

SUARAM mendakwa bahawa pembunuhan Altantuya adalah didalangi kepimpinan tertinggi dan kemudiannya dilaksanakan atau disaksikan sendiri oleh atau Datin Seri Rosmah.  Pembunuhan itu kononnya bertitik tolak dari penglibatan mereka dalam rasuah pembelian kapal selam. 

Justeru, jika mahkamah Perancis telah mendapati bahawa aduan SUARAM berkenaan kerajaan Malaysia dan kepimpinan tertinggi terlibat dalam rasuah pembelian kapal selam tersebut adalah tidak berasas serta menolaknya mentah-mentah, maka ia sekali gus bermakna bahawa kisah berkenaan penglibatan mereka dalam pembunuhan Altantuya juga adalah rekaan SUARAM semata-mata. 

Memandangkan telah terbutki bahawa SUARAM sengaja mengada-adakan cerita mengenai penglibatan kerajaan dalam rasuah, dan SUARAM juga mengada-adakan cerita mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi dalam pembunuhan, maka persoalan yang timbul kini ialah “berapa jauhkan SUARAM sanggup lakukan untuk mengada-adakan kaitan pemimpin kerajaan dalam rasuah dan satu pembunuhan?”  

Atau, dalam bahasa mudah di kalangan rakyat, sanggupkah SUARAM membunuh bagi mengada-adakan pembohongan ini semata-mata untuk memastikan kerajaan Malaysia tumbang?

Ini adalah antara isu yang menjadi bualan rakyat Malaysia hari ini.  Dan isu ini jugalah yang akan menghantui pembangkang menjelang pilihanraya akan datang kerana umum tahu bahawa SUARAM itu adalah topeng pembangkang.

14 comments:

Anonymous said...

terlalu excited sangat dorang nak jatuhkan BN....mcm2 fitnah pembohongan di tabur...sgt tak paham...

Anonymous said...

yg bunuh al tantuya sebenarnye anwar ibrahim ni semua komplot dia saja nak kena kan najib je....takkan lah krg tak nampak permainan kaki jubur tu...dia jahat sgt buat apa saja lah

kelly eng said...

anwar mmg jahat dia sgp buat apa saja..lps tu dia tunjuk baik..demi nak jd pm dia sgp buat apa saja aku mmg percaya yg vni semua keja anwar dia tu gila kuasa

Anonymous said...

baru satu mongolia mati takkan satu Malaysia nak di huruharakan.

ada aku kisah.

Anonymous said...

Kata orang, jika kita telah berbohong sekali, ini bermakna kita telah berbohong sebanyak dua kali. Ini bermaksud, kita terpaksa mencipta satu lagi pembohongan semata-mata kerana nak cover satu pembohongan.

Itu baru satu pembohongan. Bayangkan kalau dah berbohong berpuluh-puluh kali. Kira dah macam cerita dongeng pulak. Cerita dongeng tentang scorpene dan tuya ni nampak dah semakin merepek. Jalan cerita yang merapu ni memang layak untuk dinovelkan kerana ia menggambarkan penulisnya seorang yang mempunyai imaginasi yang tinggi. Sebijik macam novel harry potter.

Anonymous said...

anwar bukan saja gila kuasa, dia memang gila. tempat yang selayaknya buat dia ialah menjadi PM di tanjung rambutan.

Anonymous said...

soalan...kenapa tak sebut apa motif pembunuhan olih 2 orang polis,tiba2 mahkamah jatuhkan hukuman.

Anonymous said...

Menipu itu dah jadi darah daging pembangkang...suka jual nama orang..mula mula menipu..lepas menipu mencuri....menipu dan mencuri itu adik beradik...

Anonymous said...

Nadwa belajar undang2 dulu guna duit mak bapak sendiri?

merbah desa sgt said...

pembohongan dan penipuan TIDAK akan bertahan lama.satu hari nanti dia akan TERBONGKAR juga.

Anonymous said...

Mereka cipta fitnah seumpama ini, buat kita jijik melihat muka Nadwa dan Cynthia.... Sama jugalah kes macam Zul Kulim.... Dah puas menjaja fitnah, akhirnya mengaku itu semua rekaan khalayan minda trobes mereka...

Anonymous said...

LEBIH BAGUS KAMU TUTUP MULUT BANGSAT KAMU DARIPADA BERBICARA TENTANG PEMBUNUHAN INI YANG KAMU SENDIRI TIDAK TAHU... BETAPA BODOHNYA KAMU YANG MENYALAK SEPERTI ANJING SIALAN DURJANA PADAHAL KAMU TIDAK TAHU HAL SEBENAR, KAMU TAHU BACA BERITA DAN NEWS INTERNET TAPI HATI KAMIU BODOH NAK MAMPUS... KALAU BENAR ALTANTUYA MATI DI BUNUH OLEH NAJIB ATAU ANWAR, KAMU RUGI APA? YANG KAMU TAHU, KAMU MAHU PERUNTUKAN DARI KERAJAAN, BANTUAN RAKYAT DAN HANYA TAHU COMPLAIN... PADAHAL KAMU HANYALAH SI CELAKA SUNDAL... FUCK YOU...

Anonymous said...

Yang bunuh Altantunya tu rosmah ! bini najib... ape bodoh sgt korang ni? sume rakyat tau lah ! wat diam je sume

Anonymous said...

If one innocently applies an insufficient amount of sealer on a very porous
concrete material, the said material
may not be effective at all. Make sure that you don't end up with a look of patches by checking to see that the glitter falls all the way around the edges of a newly-painted area. This Wednesday night there is a lot going on in Atlanta.