Wednesday, October 10, 2012

Sistem AES Menyusahkan RAKYAT…! Agenda Menjadikan Najib Ketua Pembangkang Selepas PRU Ke 13



Heboh dan HANGAT bahan perbualan mutakhir ini…..!

Iya, sekarang ini sudah menjadi buah mulut rakyat Malaysia bercerita, mereka berang dan panas hati dengan perlaksanaan Automated Enforcement System [AES] yang kini digunapakai oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan [JPJ] di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Sistem AES mula beroperasi secara rasmi pada 23 September 2012. Tujuan perlaksanaanya adalah untuk merakam kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya terutamanya melebihi had laju, 24 jam sehari dan kemudiannya saman akan dihantar secara pos…..

Inilah yang dikatakan Janji TIDAK Ditepati…!!




Dua minggu yang lalu YAB Perdana Menteri kita Datuk Sri Najib membentangkan Bajet 2013.  Bersahut-sahutanlah suara suara yang manis bergema memuji lambung apa yang dijanjikan oleh Najib.

Pelbagai bayaran yang bakal diterima, bermacam-macam jenis “durian runtuh” juga menjadi juadah untuk RAKYAT….. Sayang seribu kali sayang, masih ada juga sedikit kesilapan yang dilaksanakan oleh agensi agensi kerajaan mengundang rasa benci RAKYAT..!

Apa tidaknya…?  Tangan kanan memberi, tangan kiri dihulurkan pula untuk meminta semula apa yang sudah diberi…, tambah menyakitkan hati permintaan dari tangan kiri itu melebihi dari apa yang sudah diberikan oleh tangan kanan.

Apa yang Najib mahu berikan…? BR1M sebagai contoh, dan berapakah nilainya….? Mencecah RM1,000 setiap RAKYAT yang layak…??

TETAPI apa pula yang dihulurkan oleh pihak JPJ dibawah Kementerian Pengangkutan bertopengkan perlaksanaan sistem AES…?  Sekiranya satu saman bernilai RM300 maka berapakah pula nilainya jika mendapat secara purata lima[5] hingga sepuluh [10] saman dalam tempoh 6 bulan…?

Berbaloikah apa yang diberikan oleh Najib berbanding dengan tindakan BODOH dan BANGANG sistem AES yang sudah pasti menyusahkan RAKYAT…??

Janganlah kerana kesilapan bodoh seperti ini akan mengundang protes RAKYAT untuk tidak mengundi BN pada Pilihanraya ke 13 nanti…. Natijahnya apabila diumumkan keputusan PRU ke 13, Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan Najib akan menjadi Ketua Pembangkang. Na’uzubillah…!

Kupasan dan ulasan yang bernas mengenai kebodohan pihak JPJ dengan AESnya ada disini

14 comments:

CIKGU ROKIAH... said...

...ade ke patut letak AES kat laluan 60km/jam....
jika kita dari selatan ke kl cruising 110km/jam ...kompom kena saman 200meter sblm tol kajang....saudara najib pls listen suara rakyat..

Anonymous said...

PAyah gini deh...

1. Menunjukkan rakyat Malaysia sukar mengikut undang2...salah ke saman pesalah trafik?

2. penambahbaikkan kepada sistem perlu..bukan kritik abis..sistem ni bagus, tp perlu penambahbaikan, contoh, jalan raya yang dh cantik, lurus, lebar, xkan speed limit 60km/j je..urm

Anonymous said...

Rakyat M'sia bersikap positif la bukan nagitif!

ni negara ada undang-undang said...

Rakyat malaysia mmg paling biadab di dunia. tak sedar diri lagi ke? kalau tak buat kesalahan mana nak kena saman.

to cikgu rokiah..sila naik basikal ke sekolah ye.banyak songeh, gaji dah naik, kerja kurang, cuti banyak pun nak merungut...

Jo said...

Aku ada 2 saman...aku bersyukur...dan aku insaf sebab kekadang rasa nak race...la ni nampak RM bertabur.....TQ POLIS JPJ...teruskan...

Anonymous said...

salam,

nak saman yg pandu laju tu, saman la. had laju 110km kalu pandu terlebih 1-2 km kena amik gambar dan saman ker? saya dok memandu gitu hati-hati bab laju ni. kekadang terlebih laju terutama masa turun bukit dan tekan minyak masa memotong ketika naik bukit. meter garenti naik lebih daripada had. kena saman juga la pasal lebih had laju. tak ada sebarang budi bicara. kalu org jpj, boleh tak pegawai potong nama sendiri daripada disaman?

Anonymous said...

Kalau BN -Najib nak cari populariti untuk menang PRU13...AES nie patot dielakkan kerana rakyat tak larat nak bayar saman rm300 tu...dari pada sedekah rm300 tu kat JPJ baik beli susu anak & pampers...kos hidup makin tinggi..ambik contoh aku pernah kene saman ekor kat Gebeng-Jabor..had limit 90km/j tapi aku bawa 102km pon kene..jalan tu highway..kereta tak banyak..sunyi tiba-tiba nampak polis terpacak bawah jambatan dok tembak speedmeter..tak masuk akal...kita bukan nak berlumba atas jalanraya..bawa 90km/j buat orang mengangtuk ..lagi bahaya..

org johor said...

Gua bukan tak setuju dengan sistem ni...tetapi perlukan pembaikkan...terutama berkenaan had laju...sistem ni lebih sesuai untuk kesalahan seperti : -
1. Melanggar arahan lampu isyarat.
2. Memotong menggunakan laluan kecemasan.
3. Talipinggan keselamatan
4. Membuat maksiat sambil memandu ( contoh - Bl**J** )..haha
5. Errr..(tambah sendiri la apahal plak aku yg nak kena fikir? org kementerian pengangkutan kan ramai..)..

Lagi satu tgok keadaan jalan la beb...Dah buat jalan lawa2..Tol mahal...Kereta mahal...CC besar...Road Tax lagi...suruh bawak 90kmj jer...apa kejadahnya?...Kalau setakat sekitar KL atau Selangor ni boleh lagi la...Ini bayangkan dari KL ke JB nak bwak 110km/j...sambil tgok2 kalau2 dah termasuk kawasan 90km/j..tak ke bernanah pungkok ko...al juburi pon tak selera tgok pungkok bernanah tau...

Dah jadi satu hal pulak bwk kete sambil tgok2 tepi jalan takut2 ada AES ni..bila nmpak kelam kabut brek..org belakang berangan sudah langgar pulak...gua rasa situasi ni mungkin akan jadi jgk nnti...

Gua bukan tak setuju, tp bagi budi bicara sedikit...kalau halaju 110km/j..tapi bwk terlebih smpi 120-125km/j tu kira ok la...bukan semua kete ada auto-cruse..tp kalau dah 140km/j keatas tu mmg patut saman la...

Letih la mcm ni..kita beriya2 berkempen nak menaikkan kerajaan, tiba2 jadi mcm ni...ko bangang ko apo?

hangkedee said...

Senang saja tutup kilang kereta PROTON buka kandang buka babi, tunggang babi tak kena speed trap....kah...

Anonymous said...

Inilah sikap rakyat kita,asyik komplen tak puas hati! Yang peliknya, orang yang buat salah tu yang bising! logik la kalau buat salah kena saman. Apa susah sangat ke, nak ikut peraturan? Berjuta lagi rakyat Malaysia yang ikut peraturan dan tak kena saman pun!

usin said...

check betul2 kt spital kepala otak org yg bagi cadangan penggunaan aes nih!!! adakah ikhlas utk kurangkan kemalangan jalanraya atau ada agenda lain. bisnes contohnya. kenapa swasta yg handle aes nih? staff jpj boleh tido, bangun karang kira duit!!! bukan menuduh, tp panas jugak hati kerana sistem dlm kerajaan dh jd bisnes besar-besaran. jgn org kata tangan kanan bagi br1m, tangan kiri tibai balik melalui aes.

Anonymous said...

kalau tak ada benda ni bila lagi orang malaysia nak berhati-bati bawak kereta? dah terlalu ramai yg "jalan" sebab pecut kreta terlalu laju. Ada ygn sampai sangkut atas pokok dan masuk rumah orang. Kalau tak kena saman, bawa kreta tu ikut speed limit. kat malaysia ni hari-hari ada accident dan yang "jalan" tu kadang-kadang 1 family

Anonymous said...

Klau tak nak ikut peraturan dan undang2 yg telah dibuat, tak gunalah undang2 itu dibuat. Kalau ikut peraturan tak perlu risau apa jenis alat sekali pun yg digunakan. fikir-fikirkan lah. peraturan dibuat utk mengurangkan kemalangan. kelajuan salah satu faktor penyumabng kemalangan selain faktor2 lain.

Anonymous said...

aes
mmg menyusahkan...perlu dikaji semula,tiga ratus ringgit mmg x wajar
perlu dikurangkn spaya tdk menyusahkan rakyat.