Friday, October 19, 2012

Wei..! Dah Ramai Dah Mek Kelate Nak BN Menang Di Kelantan

Suka atau tidak, pemimpin PAS Kelantan perlu menerima hakikat sudah sampai masanya untuk mereka mempersiapkan diri menerima penghukuman rakyat dalam PRU 13 kelak berikutan pelbagai kelemahan urus tadbir sejak 22 tahun negeri ini diperintah oleh PAS.

Kegagalan Kerajaan PAS Kelantan memantau projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di lembah Sireh, Kota Bharu sebagai mana disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011, pastinya bakal menambah kemarahan rakyat negeri.

Bertahun-tahun sebelum ini, sudah ramai penduduk setempat yang bangkit membantah projek berkenaan kerana meragui keberkesanannya dalam menaik tarafkan kehidupan mereka selain isu pengambilan tanah pada harga pampasan yang tidak munasabah.

Kini apabila Laporan Audit sendiri pula mengesahkan projek pembangunan PTSK tersebut bukan sahaja masih gagal disempurnakan, malah tanah negeri seluas 716.8 ekar yang bernilai RM318.29 juta juga telah dipindah milik kepada syarikat Liziz standaco Sdn Bhd tanpa melalui prosedur yang betul.

Ini sekaligus mengesahkan desas desus sebelum ini berkaitan wujudnya salah laku, penyelewengan dan rasuah dalam urusan tender dan kontrak projek tersebut yang melibatkan beberapa orang pemimpin negeri dalam Kerajaan PAS Kelantan.

Sudahlah begitu, janji manis Kerajaan PAS Kelantan konon rakyat negeri bakal menerima sebuah masjid baru yang indah dan besar bernilai RM20 juta juga langsung tidak nampak bayangnya walaupun tanah negeri sudah bertukar milik sejak bertahun lamanya.

Tambah menyemarakkan orang ramai apabila Laporan Audit juga mengesahkan projek Ladang Rakyat yang terbentang luas di Selatan Kelantan hingga kini hanya menguntungkan segelintir pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin PAS Kelantan.

Janji dividen RM200.00 sebulan serta peluang bekerja di Ladang rakyat sebagai peserta dengan gaji RM700.00 sebulan hanya tinggal janji. Segelintir yang bernasib baik dapat meraih habuan dividen dan gaji itupun disebabkan adanya hubungan kepartian dengan PAS negeri sahaja.

Lebih 80,000 ekar tanah kerajaan dan tanah milik rakyat termasuk tanah adat Orang Asli kini dikuasai syarikat milik Cina Singapura serta Taiwan.

Berulang kali rakyat bangkit membantah dan menyerahkan memorandum, Menteri Besar kelantan, Nik Aziz Nik Mat hanya memekakan telinga kononnya semua bantahan itu hanya bermotifkan politik.

Walhal, hak rakyat ditindas dan nasib rakyat terumbang ambing dek kerana kerakusan pemimpin PAS merampas hasil negeri untuk kepentingan diri dan kroni.

Sebelum ladang dibuka, segala pokok balak serta konsesi pembalakan hanya dirasai oleh tauke Cina Singapura yang turut dikongsi bersama dengan beberapa pihak yang berkepentingan dalam PAS dan kerajaan negeri. Inilah sebenarnya sasaran utama pemimpin PAS negeri yakni hasil kayu balak dan komisyen.

Bila segala isi perut hutan belukar habis diratah meninggalkan tanah-tanah bukit sahaja kemudian membawa kepada pencemaran sumber air, barulah ladang dibuka namun hasil dari pembukaan Ladang Rakyat itu pun tak terjangkau oleh majoriti rakyat negeri.

Kononnya tujuan pembangunan Ladang Rakyat itu akan dapat menandingi kejayaan tanah rancangan FELDA, ternyata hanyalah omong kosong pemimpin PAS sahaja.

Itupun pemimpin PAS masih mahu tunjuk lagak konon mahu membela nasib peneroka FELDA sedangkan sejak sekian lama peneroka FELDA memang sudah terbela hasil usaha Kerajaan Barisan Nasional.

Patutnya pemimpin PAS perlu berani membela nasib rakyat Kelantan terutama penduduk di Selatan Kelantan yang sudah bertahun-tahun tertindas dek kerana kegagalan Ladang Rakyat yang diluluskan oleh MB dan Exconya.

Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13) kelak, usahlah PAS berharap untuk kekal di Kelantan, majoriti rakyat sudah muak dan mual dengan sikap hipokrit dan kuat mentekederah harta benda negeri oleh pemimpin PAS.

PRK DUN Galas tahun 2010 dulu hanyalah tanda awal bahawa kebangkitan rakyat Kelantan bermula dari Selatan kemudian bergabung bersama kekuatan rakyat di pusat bandar untuk sama-sama menumbangkan rejim pemerintahan diktator Nik Aziz Mulut Berus dan gerombolan PAS Kelantan.

PAS pasti tersungkur menyembah bumi sama seperti pokok balak yang jatuh menghempap tanah selepas digergaji dan ditarah sesuka hati.

19 comments:

Semboyan said...

Harap rakyat kelantan sedar dan pulangkan tampok pemeritahan kepada Barisan Nasional. BN mampu mengubahnya.

Anonymous said...

Pas Ceramah Siang malam! pongg!pangg!pongg!pangg! habookkkkk!

Anonymous said...

kuatnye ampuuu....
stakat tulis..aku pon boleh...

benci bn said...

hei bodoh...mu pandai politik ko?yang bn duk prabis duit rakyat hari2 mu tak kiro?mu jange pikir diri mu hak sene jah, tapi pikir rakyat hak susah..bodoh..duit rakyat sapo pege loni?bodo

Anonymous said...

Itulah bahana pilih pemimpin PAS fitnah dan maki hamun BN-UMNO jadi makanan seharian mereka. Tapi segala kesalahan mereka mahu diselindung disebalik jubah, kepiah, serban dan tudung labuh mereka. Namun Allah membuka aib mereka satu persatu sedangkan mereka tetap meroyan mengatakan BN salah.
PAS munafik

merbah desa sgt said...

bukan senang nak mentakbir sebuah negeri.kena pakai duit bukan pakai air liur.hasil negeri kena kumpul dulu kerana nak mentakbir sesebuah negeri mestilah menggunakan duit dari hasil negeri itu sendiri.semua negeri2 bukan saja dalam negara ni malah semua negeri2 dalam negara di dunia ni buat macam tu.

Anonymous said...

Kpd benci bn... Mu neh klate bodo ker??? Taksub 24 jam....

Anonymous said...

kali ni sarban yg besar insyAllah akan tersungkur...Kalimah Dia adalah darjah tertinggi pun..TG buleh lajak main2..

jgn buta2 lg .. org kelantee..Harun Din yg berpegang teguh pd yg hak lebih layak ganti dia

Anonymous said...

Maaf cakap la....aku ni kiranya org kelanatan la....nak beritahu peluang UMNO BN sekarang nak menang di kelantan adalah 0%....UMNO parti rasuah dan parti berubut duit dan berubut projek dan parti kaki bodek...inilah apa yg tergambar dalam fikiran rakyat...maaf org umno ya.

han isaac said...

aku bkn taksub,tp cubo mu pikir..apo ado pado kjaan kalu mu x byr cukai,bayar api..dio x dok duit jgok,,,mu plok pakoh dio,jd menteri,jd pm,duit kapal selam,duit lembu,duit zakat wat byr peguam..hbis dio bdal...mu ni cerdik ko bodoh?

Anonymous said...

Gapo dio. Pakoh BN la. Boleh naik masjid banyak lagi. Aku marah beto lihak 3 bijik tokong besar tuu.

mat said...

org kelate dtg KL jugak nak kejo. tu pun masih tak sedar diri.pelik

Anonymous said...

JANGAN SALAHKAN SESIAPA SALAHKAN NIK AZIZ DGN HADI AWANG. DUA ORANG NILAH YG MEMUSNAHKAN MASA DEPAN PAS.DUA ORANG NILAH YG BANYAK KELUARKAN FATWA. RUGI ORANG PAS DAPAT DUA ORANG NI.

Anonymous said...

Kelantan akan terus di pimpin oleh PAS selepas PRU13 nanti. PErkara ini perlu berlaku kerana negeri negeri lain bahkan negara Islam di seluruh dunia dapat mengambil iktibar bagaimana jadinya negeri yang dipimpin oleh orang orang bodoh lagi bebal macam nik ajis. Bagi puak penyokong tegar PAS ni elok lah terus menyokong kepimpinan bodoh kamu tu dan teruslah hidup didalam kemunduran dan minum air selut supaya otak kamu pun bertambah penuh dengan selut

Anonymous said...

Maju sangat ke semua negeri yang diperintah oleh UMNO/BN????? Umno/BN bile perintah sesebuah negeri dan negara akan fikir macam mane nak songlap duit yang ada.....lama tau dah......pengikut syaitan yang dikenali mcmtulah perangai....dulu.kini dn selama2nya....

Anonymous said...

Maju sangat ke semua negeri yang diperintah oleh UMNO/BN????? Umno/BN bile perintah sesebuah negeri dan negara akan fikir macam mane nak songlap duit yang ada.....lama tau dah......pengikut syaitan yang dikenali mcmtulah perangai....dulu.kini dn selama2nya....

Nur Ezqy said...

Salam pada semua...
Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

Harga serendah RM1.00/pcs.

Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

terima kasih admin

Anonymous said...

NIK AJIS ALAIHISALAM MERUPAKAN LIABILTI KEPADA ORANG MELAYU YANG WARAS, TETAPI KEPAFA PENGANUT AGAMA PAS NIK AJIS SEUMPAMA WALI YANG SUCI DAN TIADA CACAT CELA NYA...AKU PUN ORANG KELANTAN YANG WARAS...PADA AKU LA NI AZIZ NI TAK JAUH BEZANYA NYA DENGAN AZIZ DEKAT KAMPUNG MALAHAN AZIZ DEKAT KAMPUNG LEBIH CERDIK DAN BIJAK DARI DIA....AZIZ KAT KAPUNG TAK GUNAKAN AGAMA UNTUK TUJUAN PERIBADI DAN POLOTIK HANYIR....TAPI NIK AZIZ NI BAPA PERPECAHAN UMMAH YANG DISANJUNG OLEH PENGANUT AGAMA TOLOL PAS......yang ikhlas MAMUD TANAH MERAH.

Anonymous said...

BN DAN KERAJAAN MALAYSIA TELAH DIIKTIRAF OELH SELURUH PEMIMPIN DUNIA MALAHAN MENJADI NEGARA ISLAM CONTOH DAN TERMAJU DI KALANGAN NEGARA ISLAM.....USAH DIPEDULI SANGAT DENGAN KELOMPOK MAJORITI YANG TIDAK BERAPA WARAS DAN CERDIK....APA YANG PENTING KITA DIIKTIRAF DI PERINGKAT GLOBAL YANG MANA IANYA DATANG DARI MANUSIA YANG TINGGI DAYA INTELEKNYA....TIDAK SAMA CEMUHAN DAN KOMEN YANG DATANG DARI BAWAH TEMPURUNG HIJAU (PAS) YANG RATA-RATA PEMIMPIN DAN PENGIKUT MEREKA TIDAK BERAPA CERDIK........