Wednesday, November 21, 2012

Ada 5 Pimpinan Wanita PKR Tidak Setuju PAS Doakan BN UMNO Hancur....

Selepas masyarakat umum dikejutkan dengan doa politik kepartian oleh PAS yang mendoakan kehancuran saudara seagama, sama seperti firaun dan Namrud dihancurkan oleh Allah s.w.t, kini tukang canang doa itu, Nik Razi Nik Mat jadi tak senang duduk dibuatnya.

Tiba-tiba sahaja Nik Razi meminta orang ramai menghentikan polemik dan spekulasi isu doa politik yang dibacanya selepas solat Hajat di Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PAS di Kota Bharu beberapa hari lepas.

Dalam kenyataannya kepada akhbar Sinar Harian, katanya, isu tersebut sudah sampai ke kemuncaknya dan tiada apa lagi yang perlu diperkatakan. Ringkas kata, Nik Razi tidak mahu isu itu terus diperbesarkan.

Menurutnya lagi, "sudah cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun."

Akhirnya selepas dengan sengaja mencuit kemarahan ramai, tersedar juga dari kebangangan sendiri. Tahu juga takut melihat reaksi spontan rakyat.

Dayus rupanya, tak berani nak menegakkan 'kebenaran' doa yang dia sendiri bacakan tanpa hikmah dan langsung tidak mempunyai ciri nur dakwah itu.

Atau sebenarnya wujud tekanan dari pihak atasan PAS yang tidak senang melihat isu doa politik itu semakin hari semakin mencalar imej PAS sebagai sebuah parti politik yang didakwa membawa panji-panji Islam?

Pun begitu jika membuat kenyataan yang bunyinya semacam mengalah itu diharapkan akan membuatkan khalayak umum melupakan isu ini, tentu sekali tidak.

Khalayak ramai tidak lupa, sudah acapkali PAS mempergunakan agama, solat hajat serta doa-doa tertentu untuk tujuan membangkitkan sentimen keagamaan umat Islam untuk kepentingan politik kepartian PAS.

Sebelum ini, PAS melalui Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat yang juga adalah abang kepada Nik Razi pernah menggunakan taktik tidak berhikmah ini dengan membacakan doa supaya dipecahkan perut Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Namun bila ia menyebabkan orang awam menjadi jelik dan meluat dengan gaya politik memperalatkan sentimen keagamaan itu dan kesannya semakin melebarkan jarak masyarakat umum dari PAS, akhirnya Nik Aziz dengan selambanya menafikannya. Dayus juga.

Dalam pada itu, disebalik kehangatan isu doa politik tiba-tiba pula Nik Aziz menafikan pernah menuduh UMNO telah murtad dari Islam. Katanya kepada Sinar Harian Online, berita yang menyebut beliau mendakwa UMNO telah murtad adalah fitnah rekaan sahaja.

Tabiat biasa Nik Aziz macam itulah, bila kenyataannya menjadi hangat dan mengundang kemarahan ramai, kalau dia tak putar belitkan jawapan pembelaannya untuk menegakkan benang basah, lain caranya dia akan tuduh media telah memfitnahnya.

Skrip sama sejak dulu hingga sekarang, tak pernah berubah. Malu hendak mengaku kesilapan hasil dari keegoaan sendiri. Sekarang penyakit menyalahkan orang lain di atas keceluparan mulut sendiri dah berjangkit pada adiknya.

Lengkaplah sudah kedua-dua manusia paling bongkak atas muka bumi ini sebagai adik beradik paling dayus, gemar mengata buruk pada orang lain tapi bila mendapat reaksi balas dan kecaman ramai, terus menggelupur sampai terbelit diri sendiri. 

12 comments:

Anonymous said...

Adik beradik dia kesemua macamtu jugak apa ka..

Anonymous said...

30000 doa tersebut di aminkan, pasti lambat bangat doa itu akan termakbul, KO BN, KO BN, KO BN,.

Anonymous said...

ni namanya politik low class, bankrup idea tahap pariah jilat kaki!!.

kejora malam said...

kata Umno hidop mewah...
kata umno kaki rasuah..
kata umnonbanyak duit..
ini apa pulak..dulu jual buah je pakai kereta sekarang fuyoo berkereta kereta..
sape bagi????
haaa juburi kan3

Anonymous said...

Tu yang dok pulon sangat nak jadi ahli parlimen tu.....kelulusan pun tak seberapa,melarat di negara orang,bila dah diberi kerakyatan melawan pulak.....memang dasar orang yang lupa asal usulnya

Anonymous said...

ALLAH S.W.T lebih mengetahui... Azab menanti samaada didunia dan diakhirat. Sebagai ahli UMNO kita jangan cepat melatah, jangan berperangai seperti mereka.

Anonymous said...

30k aminkan ko ingat Allah terpaksa makbulkan la....?

remoih serr said...

Rasulullah saw. bersabda maksudnya: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”. (Daripada Abu Hurairah r.a – Riwayat Tarmizi).

mae said...

Nik Aziz dan barisan pemimpin PAS memang dayus. Kata nak laksana hudud tapi beri macam-macam alasan. Takut mati la tu nak menegakkan syiar Islam.

mrsedapkl said...

mereka berdua nio bkn ulamak yg sebenar... tak de ulamak atau org beriman akan mendoakan sesuatu yg buruk untuk saudara seagamanya!!!!

Anonymous said...

Dari satu sudut sahaja boleh dilihat betapa songsangnya niat mereka dan secara langsung memperlihatkan kedangkalan mereka. Mereka membaca doa seolah2lah berada dalam keadaan mabuk bila terjerit2 sedangkan doa itu harus dibaca dengan penuh sopan dengan 'merendahkan' suara dan menggunakan bahasa yang baik. Mereka menjerit2 macam anak nakal yang meminta sesuatu dari mak atau bapak mereka. Mereka sangka Allah SWT tuli ke sehingga menjerit2 sedemikian rupa? Ulamak kah ini? Saya tidak dapat menelah apa yang ada dalam hati orang2 yang mengaminkan doa tersebut. Ikhlaskah mereka ini atau hanya sekadar pengikut yang membenarkan diri mereka diperbodohkan untuk selamanya? Wallahualam.

mtk

NutCrakcer said...

Wakil Majlis Fatwa Masjidilharam, Sheikh Sulaiman Saloomi, menyifatkan sesaorang yang berilmu mengunakan agama sebagai propaganda politik adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.