Friday, November 30, 2012

Anwar Ibrahim Akui Perhimpunan Agung UMNO 2012 Yang Terbaaeekkk...!!

Jika ada yang mengatakan bahawa UMNO atau BN semakin lemah, Perhimpunan UMNO yang sedang berlangsung sekarang, dengan sendirinya menafikan kenyataan itu.   

Jelas terlihat di PWTC ini, bagaimana kekuatan dan semangat UMNO tidak pernah goyah walau sedikit.  Pemimpin datang dan pergi, dengan  yang salah dihukum, yang benar dijulang, sekali gus membolehkan UMNO kekal sebagai parti keramat bangsa Melayu Islam yang dihormati di rantau ini.  

Kekecewaan dan kebimbangan yang kadangkala melanda akibat sikap segelintir yang tersasar arah, tidak menjejaskan keyakinan ahli-ahli terhadap parti. 

Ini kerana ahli-ahli UMNO rata-ratanya cukup matang untuk memahami perjuangan ini iaitu perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara yang dipegang sebagai prinsip utama.  

‘Prinsip’ adalah kunci utama kekuatan UMNO.....

Mungkin segelintir di dalam parti ini mempunyai masalah dengan prinsip diri, namun apa yang pasti, prinsip parti UMNO itu sendiri tidak pernah bermasalah, malah kekal teguh dan tetap, dipasak terus ke sanubari setiap Melayu yang punya jatidiri. 

Kita lihat hari ini bagaimana parti yang menggadaikan prinsip dan parti yang tidak ada prinsip, terhoyong-hayang diheret orang. Itulah PAS yang melelong Negara Islam dan juga PKR yang lahir dari penjara. Kedua-dua parti itu kini semakin bingung disergah dan diarah-arah oleh DAP. 

Akibat prinsip yang caca-marba, bertukar-tukar dan tidak masuk akal, maka perjuangan pakatan mereka menjadi tidak tentu arah. Sekejap berhimpun memperjuangkan pilihanraya bersih, sekejap memperjuangkan alam sekitar, kemudian hudud, kesamarataan total, hatta berhimpun mendesak peliwat dibebaskan.

Pendek kata, asal ada ruang, mereka pasti akan ‘berjuang’ tetapi berjuang untuk apa, itu belakang kira. 
Akhirnya, perjuangan mereka diterjemahkan dalam sepasang perkataan iaitu ‘BN K.O’. 

Maka jelaslah sudah, bahawa apa yang mereka perjuangkan bukanlah prinsip, tetapi kuasa. 
Dengan menyebut nama Allah SWT, mereka memohon kecelakaan kepada saudara seagama.  Dalam keselesaan bermuktamar, dalam mereka bersantai di kediaman mewah masing-masing, dalam mereka berebut-rebut jawatan dan membanding-banding kekayaan,  mereka menuduh  UMNO sebagai zalim. 
Inilah fitnah paling besar yang dilakukan atas nama Allah SWT dan diaminkan oleh beribu-ribu umat Islam.  

Alhamdulillah, UMNO dianugerahkan dengan pemimpin-pemimpin yang jauh lebih rasional, bijak dan matang dari pembangkang.  UMNO tidak menyambut doa kecelekaan itu dengan sifat amarah atau dendam malah langsung tidak berkecil hati.  Tetapi UMNO menerimanya sebagai kelemahan saudara seagama yang keliru, jahil dan buntu yang perlu terus dididik, dibimbing dan dilindungi serta disedarkan dari terus menjadi kuda tunggangan atau anjing suruhan orang lain.  

UMNO mendoakan agar mereka dibukakan hati dan mata serta kesejahteraan hendaknya.  Jika mereka dipijak, UMNO tidak akan teragak-agak untuk membela biarpun mereka pernah mendoakan UMNO celaka.  

Inilah yang berlaku di Pulau Pinang apabila Melayu ditindas dan hartanah dirampas tetapi pemimpin PAS dan PKR hanya menyuruh mereka bertenang.  Maka UMNO jugalah yang bangkit berjuang, membela nasib mereka, walaupun mereka dulunya memangkah PAS atau PKR dalam pilihanraya. 

Kerana itu, biarpun 25,000 peserta dalam himpunan BERSIH 3, 7,000 dalam Himpunan Lynas, dan entah berapa ribu dalam himpunan royalti minyak, himpunan kebangkitan rakyat, himpunan 901, BERSIH 1 & 2, dan entah apa-apa himpunan lagi, masih tidak dapat mengatasi semangat  keramat sebuah Perhimpunan UMNO.

Jika sesiapa tidak yakin bahawa yang baik pasti mengatasi yang jahat, maka inilah masa untuk memulihkan keyakinan itu.  Yakinlah bahawa doa ke arah kebaikan pasti akan dapat mengatasi doa kejahatan. 

Yakinlah, perhimpunan parti keramat yang memperjuangkan kebaikan pasti mampu mengatasi walau 1000 himpunan jalanan tajaan pembangkang yang berniat jahat.  InsyaAllah, dengan prinsip yang kukuh, UMNO akan terus mara, bukan sahaja untuk Melayu tetapi untuk semua rakyat Malaysia....

3 comments:

Anonymous said...

They do not require as much work as many other animals do and are really
fun to watch. If you are a reader of local language newspapers it might get difficult for you to find your desired language newspaper
any where else. As a whole the paper has some major drawbacks, there are no pictures,
essentially no world news and the front page
contained a spelling error. Thus, by putting the price, you get targeted customers who are very
interested in what you are offering; in other words, you get
hot leads. Newspapers internationally are becoming more than
ever like a television network providing current breaking news stories.


My blog :: click here

Anonymous said...

Most of these senior citizens are not comfortable with the use of
internet or are incapable of visiting the State Comptrollers
office and thus for them newspaper listings does the job.
Purchasing used press will also save you considerable amount of money.
Today, Most of newspapers are offering their online editions.

That’s why, while drafting ads for newspapers selling or buying a property,
make your USP as your headline. Even though they are made of metal,
they are smaller in size, able to fit on counters or end displays.


My blog post :: click here

Anonymous said...

” The stepmother went over to the young “Jessie James,” placed her hand under his chin, tilted his head upward, looked him squarely in
the eyes for a moment, and then turned to her husband and said, “You are wrong.

Andrews allegedly sold apartments of for a non-existent Turkish Mediterranean resort in
partnership with his brother Nigel and sister-in-law Margaret.

And, for individuals who are eligible for both CLASS and Medicaid, a
portion of the CLASS benefits will be used to offset the costs to Medicaid.
Michael has done his stint and it should be left to rest.
There is use of only the best of natural vegetarian ingredients like rehydrated textured soya, wheat
flour and wheat protein, vegetable oil that has salt and some fatty acid
emulsifier namely mono-glycerides and di-glycerides.

Here is my blog post: VCCI