Wednesday, November 7, 2012

Anwar Ibrahim Menipu Sejak Dulu Lagi....!! Sewaktu Di Universiti Malaya Dia Dah Banyak Bohong

Semasa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan di majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PR di Seremban Sabtu lalu, beliau sekali lagi mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila menuduh daftar pemilih SPR dipenuhi dengan maklumat yang meragukan.

Menurutnya lagi, wujud cubaan menipu dalam daftar pemilih terbaru SPR itu apabila sehingga suku keempat tahun 2011 terdapat kira-kira 1 juta pengundi baru hanya dalam jangka masa setahun.

Padahal sehingga Jun 2012, mengikut rekod SPR masih terdapat sekitar 3 juta orang lagi yang belum mendaftarkan diri sebagai pengundi sekalipun ramai daripada mereka yang usianya sudah mencecah 21 tahun dan ramai juga yang sudah berusia melebihi 30 tahun.

Agaknya jika lebih 70% daripada baki yang belum mendaftar itu berjaya didaftarkan, barangkali Anwar akan keliling kampung mendakwa mereka semua itu adalah pengundi hantu la gamaknya.

Pendek kata, bagi Anwar peningkatan pengundi baru itu agak tidak munasabah dan tidak masuk dek akal. Keraguan Anwar itu pernah diutarakan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim apabila sebelum ini juga pernah mendakwa pertambahan lebih 400,000 pengundi baru di Selangor adalah pengundi hantu.

Khalid bagaimanapun selepas itu mengakui lebih 80% pengundi baru tersebut adalah pengundi baru yang sah dan hanya baki sekitar 50,000 orang sahaja lagi yang masih diragui kerana gagal dijejaki.

Dek kerana gagal dijejaki maka ia menjadi keraguan bagi Kerajaan PKR Selangor, walhal sebahagian besar daripada mereka tak semestinya mendiami di alamat yang sama dengan alamat kad pengenalan tambah-tambah lagi bagi mereka yang tela berpindah rumah, bekerja atau belajar di luar negeri Selangor.

Menariknya disebalik keraguan yang cuba ditimbulkan oleh Anwar terhadap kewibawaan dan kredibiliti SPR, hakikatnya hampir satu pertiga daripada pengundi baru yang didaftarkan itu adalah hasil kempen aggresif penolong-penolong pendaftar yang mewakili DAP, PKR dan PAS.

Di antara tiga parti pembangkang yang bersekedudukan dalam PR itu pula, DAP menduduki di carta pertama paling ramai mendaftarkan pengundi baru manakala PAS pula berada di kedudukan kedua paling aktif mendapatkan pengundi baru.

Sesuatu yang agak menarik juga, sejak wakil parti politik dibenarkan mendaftarkan pengundi baru, sejak itulah banyak betul kes-kes pengundi baru yang meragukan dijadikan isu oleh PR.

Kebetulannya, banyak kes pendaftaran yang meragukan ini termasuk alamat mengarut, nama pengundi sudah meninggal dunia, tarikh lahir atau nombor ic mengelirukan, pengundi baru bawah umur serta mendaftarkan pendatang asing dan macam-macam lagi banyak melibatkan wakil-wakil dari parti pembangkang.

Rupanya sendiri bikin isu, sendiri cipta keraguan kemudian sendiri juga yang buat kalut ribut semata-mata untuk menjatuhkan kewibawaan, imej baik dan kredibiliti SPR.

Dua bulan lepas Anwar pernah menceritakan impiannya untuk menjadi PM bakal tercapai sambil berangan untuk memaksa SPR mengumumkan kemenangan PR seawal jam 2.30 petang hari mengundi pada PRU 13 nanti.

"Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR," kata Anwar semasa ceramah beliau di Ampang September lalu (lihat portal AntaraPos 10 September 2012).

Bila kita membaca kenyataan Anwar seperti yang disiarkan portal berita Antara Pos itu, ada dua tafsiran yang boleh kita fahami. Pertama, Anwar yakin dengan kemampuan dan kredibiliti SPR, dan yang kedua, Anwar sanggup lakukan apa sahaja demi untuk mencapai matlamat peribadinya, by hook or by crook.

Dalam pada itu, tatkala Anwar kembali kepada tabiat lamanya mempertikaikan kredibiliti SPR sebagaimana dapat dilihat dalam ceramahnya di Seremban Sabtu lalu, di majlis yang juga Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu pula secara terbuka mengumumkan bahawa PR mampu menawan Negeri Sembilan pada PRU 13 nanti.

Kata Mat Sabu, "kita jangkakan hari mengundi, pada jam 7 malam kita sudah mengetahui bahawa Wisma Negeri akan ditawan PR."

Makna kata, Mat Sabu menaruh keyakinan terhadap sistem pilihanraya yang SPR seliakan di masa yang sama soal keraguan pada daftar pemilih SPR pun tidak timbul.

Kontradik betul. Amat berbeza dengan pendirian Anwar yang meragui daftar pemilih SPR, walaupun 2 bulan sebelumnya yakin bakal menjadi PM melalui sistem pilihanraya yang sama.

Mana satu pendirian sebenar PR? Yakin atau terus meragui kewibawaan dan kredibiliti SPR?

Apapun, melihat pada pelbagai pendirian yang bercanggah diantara pimpinan PR ini, telah membuktikan sesuatu pada kita rakyat Malaysia. Desas-desus dan khabar propaganda kononnya SPR tidak telus, tidak adil atau tiada kewibawaan menguruskan pilihanya yang saksama sebenarnya hanyalah polemik politik semata-mata.

9 comments:

Anonymous said...

kenapa mau heran kalau bilangan pengundi meningkat? itu bermaksud rakyat sudah mula sedar betapa pentingnya mendaftar.
aku sendiri, baru tahun ni juga daftar dan sudah sah dlm daftar pemilih.
umur sudah 36thn, tp baru daftar. sblm ni tak kisah pun pasal undi. tapi sejak pru12, aku tengok kestabilan dan keharmonian negara mula tergugat apabila pmbgkang sudah diberi sedikit kuasa oleh ALLAH swt. Dan semakin goncang ke saat ini.

Apa jua yg berlaku ada sebab dan musabab dan berasbab. jd aku pun daftarlah. mana tahu asbab satu undi aku, dapat menyelamatkan Malaysia tercinta ini dari jatuh ketangan musuh2 Allah yg kini tampaknya sedang mengenakan topeng kebaikan. namun kekadang topeng itu tertanggal juga dengan sendiri oleh mereka sendiri sama ada mereka sedari atau tidak sedari...

-Anak Ugie Tawau

Anonymous said...

Doa Nik Aziz telah dimakbulkan oleh Allah swt...

Ingat lagi tak..Nik Aziz kata...beliau sanggup berkawan dgn syaitan dari berkawan dgn puak2 UMNO...

Maka tuhan makbulkan permintaan beliau...siapa syaitan tersebut?...korang fikir-fikirkan lah.....

Anonymous said...

adik2 aku pun baru daftar sebagai pengundi ape nak diherankan?bodoh punye dajjal... byk sgt memfitnah... moga ko sekeluarga mati kena panah petir... aminnnn

Anonymous said...

Terharu baca komen anak Ugie Tawau.

kesedaran dan semangat begini yang sepatutnya ada

PRU kali ini ingat aku balik LD untuk mengundi.

Anonymous said...

Kalau PR kalah PRU13 Anwar akan jadi gila sakit mental yang kronik hinggakan dia akan minta kerusi PM dsibawa bersamanya ke Tanjung Rambutan.

Anonymous said...

Aku pengundi baru , undi aku untok bn , nak undi pakatan tak ada maknanya , aku dah selesa dengan bn .

Anonymous said...

Aku dulu undi PR.PRU 13 say no to PR..nyesal aku undi x dpt apa pun...lebih2 lagi kat Selangor ni...
Insya Allah PRU 13 undi aku milik BN

Anonymous said...

say no to PR,.PENIPU,PENIPU,PENIPU,

Anonymous said...

Dari dulu sampai sekarang ,tidak pernah mempercayai Anwar Ibrahim.Seorang yang kasar tutur bahasa,tidak tahu mengawal emosi bila diasak soalan-soalan yang tidak disukai,menganggap diri dia je betul.Tidak ada ciri2 pemimpin yang baik selain pandai berkata2.
Bak kata orang 'cakap tak serupa bikin' Itulah Anwar Ibrahim.
Alhamdulillah Allah telah membuka sedikit demi sedikit aibnya supaya rakyat sedar siapa sebenarnya Anwar ini.Semoga Allah pelihara Malaysia.
Semoga Allah lembutkan hati bangsa melayu supaya bersatu.