MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Friday, November 16, 2012

Anwar Sakit Jiwa Apabila Delegasi Antarabangsa WISE 2012 Akui PERMATA Rosmah Terbaik...!! [Video Clip Inside]

Dibawah ini nanti, anda akan berpeluang menonton video klip temuramah dengan beberapa golongan professional yang menjadi wakil negara masing masing selepas mendengar Ucaptama Rosmah di World Innovative Summit for Education [WISE 2012] .Kesemua Delegasi Antarabangsa ini amat mengkagumi tindakan isteri Perdana Menteri Malaysia ini lakukan dalam memperjuangkan isu pendidikan pra sekolah menerusi PERMATA.....

Mereka memperakui sistem yang dipraktikkan oleh PERMATA boleh menjadi "role-model" kepada banyak negara membangun didunia ini.


 

Program Permata Negara yang diperkenalkan kira-kira tujuh tahun lalu semakin berjaya dan berkembang hasil sokongan dan bantuan daripada kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Isteri Perdana Menteri,Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, berkata kejayaan itu tidak mungkin dicapai tanpa sokongan daripada kerajaan apatah lagi dalam tempoh singkat, yakni sejak ia dilancarkan pada 2005.

“Kita bukan sekadar berjaya mewujudkan beberapa pusat Permata di seluruh negara tetapi juga beberapa program sasaran lain yang dilaksanakan sejak 2005. “Tanpa sokongan daripada kerajaan Malaysia, sudah pasti ia menjadi cabaran buat Permata mencapai matlamat atau sasarannya dalam tempoh yang singkat.

“Sokongan berterusan diterima daripada kerajaan dan Jawatankuasa Koordinasi Polisi Permata Negara dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri. Peruntukan diperoleh daripada kerajaan dan projek seumpama ini memerlukan sokongan kerajaan untuk berjaya,” katanya kepada ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Sustainable And Quality Education For Future, Malaysia’s Exprience Through Permata’ sempena Sidang Kemuncak Inovasi Sedunia Bagi Pendidikan (WISE) Ke-4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Nasional Qatar di Doha, Qatar, semalam.

Membariskan tiga kunci utama kejayaan Permata, DS Rosmah menegaskan, program itu juga berjaya mencapai matlamatnya hasil kerjasama daripada agensi berkaitan termasuklah badan bukan kerajaan (NGOS) selain rakan di peringkat antarabangsa seperti Centre for Talented Youth, Johns Hopkins University, Pen Green Centre, Early Childhood Education and Care (ECEC) di United Kingdom dan Mawhibah Foundation di Arab Saudi. 

Seterusnya, satu bahagian khas dikenali sebagai Bahagian Permata ditubuhkan di Jabatan Perdana Menteri untuk mengkoordinasikan semua program Pertama.

Tambahnya lagi, walaupun menerima pelbagai kritikan yang mencabar, beliau dan pasukannya....., baca seterusnya klik SINI

7 comments:

Anonymous said...

Nak dibandingkan dengan personaliti bini anwar memang terlalu jauh...bagaikan langit dengan bumi.Fokus DS Rosmah cuma pada topik yang diamanahkan dan mewakili Malaysia.Syabas DS Rosmah. Oleh ahli UMNO dulu,Kini dan Selamanya.

MIRA EDORA said...

MMG BTL PERANAN KERAJAAN JUGA PENTING DLM KEJAYAAN PERMATA TETAPI KERANA USAHA ROSMAHLAH PERMATA INI BERJAYA DI SELURUH PELOSOK NEGARA.

sally said...

btl tu cili padi dgn ada nya program permata nie semua kanak2 dr semua tempat dlm malaysia dpt merasai belajar dgn baik dn sempurna...dn semua itu mereka dpt belajar dgn percuma

dol.mat said...

Biar apa kata org, fitnah yg ditabur bertalu2 tetapi sedikit pun tidak mematahkan semangat ds rosmah utk trs berusaha sampai mencapai kejayaan di tahap ini dlm program permata dan sekaligus mengharumkan nama negara kita.

kelly eng said...

program Permata adalah program yg sgt baik untuk anak2 kita... terbukti bahawa Permata byk menghasilkan kanak2 yg berbakat...kanak2 yg belajar di permata sentiasa diberi peluang utk menunjuk kan bakat mereka dan dgn bantuan kerajaan insyallah akn lahir lebih ramai kanak2 yg mendapat pellajaraan yg baik....

kak bedah said...

diharapkan program sebegni dapat diteruskan lagi di masa hadapan kerana banyak manfaat yg negara kita dapat melaluinya....

Anonymous said...

Big Mama jgk permata negara....First Lady Of Malaysia......