MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Thursday, November 8, 2012

Apabila Dah Terlalu Kerap Main Bontot..., Inilah Padahnya...!!

Kalau ada pertandingan siapa paling banyak mencabar, ia pasti sudah dimenangi oleh Anwar Ibrahim.  Sikap Anwar yang suka mencabar sudah menjadi satu lawak basi bagi rakyat Malaysia.  Asal ada peluang, beliau akan mencabar dan sasarannya pastilah Perdana Menteri kerana percaya itu saja tarafnya.

 Namun begitu, beliau tidak pula ingin mencabar atau menyahut cabaran bekas bekas pimpinan PKR yang sudah keluar parti... 

Antara cabaran Anwar terhadap Dato’ Seri Najib ialah debat isu PTPTN, debat bajet, debat isu Melayu, dan yang terbaru ialah beliau mencabar agar Dato’ Seri Najib bertanding di Marang iaitu kawasan Presiden PAS, Hadi Awang. 

Persoalannya, apa ke jadahnya Dato’ Seri Najib hendak bertanding di Marang?  Sedangkan beliau adalah orang Pekan, dan telah lama berbakti di Pekan.  

Lainlah seperti pemimpin Pembangkang yang ikut suka hati bertanding di mana saja kerana mereka percaya rakyat memilih pemimpin berdasarkan kekerapan ceramah dan kefasihan berpidato dan bukannya berdasarkan khidmat, bakti serta kebolehan bekerja. 

Jika ini tidak benar, tidak mungkin Hadi Awang tiba-tiba membuat kenyataan ingin bertanding di Pekan.   Sekali lagi, apa ke jadahnya, Hadi nak bertanding di Pekan?  Atas dasar apa beliau ingin bertanding di kawasan orang?  Apakah jasa beliau kepada rakyat Pekan, sedangkan di Marang juga beliau tidak ada jasa? 

Setelah sekian lama, kita semakin arif tentang taktik dan perangai Anwar iaitu beliau akan mencabar seseorang atas perkara yang tidak masuk akal, remeh atau tidak logik yang mana ia pasti akan ditolak.  Taktik ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menunjuk hebat tanpa perlu berbuat apa-apa.

Selain itu, beliau juga akan menggunakan isu cabaran ini apabila sudah benar-benar ketandusan isu dan namanya hampir tenggelam.  Mungkin beliau benar-benar berpegang kepada prinsip selebriti iaitu lebih baik menimbulkan publisiti murah daripada tiada publisiti langsung.  Namun, dalam isu mencabar Dato’ Seri Najib bertanding di Marang ini, tindakan ini bukan lagi dilihat sebagai satu publisiti murah, tetapi bodoh. 

Kelihatan seolah-olah Anwar bercakap hanya kerana ingin mengambil perhatian orang ramai walaupun sebenarnya tiada apa untuk dicakapkan. 

Strategi saling menukar tempat bertanding ini juga kononnya untuk memperlihatkan yang Hadi Awang bukan diktator.  Walhal, Hadi Awang bukan diktator sudah pun diketahui ramai. 

Justeru, jika beliau merasa yang beliau perlu membuktikannya, tentulah pelik sekali.   Sedangkan semua orang tahu yang beliau hanyalah pak turut kepada DAP dan juga Anwar Ibrahim, iaitu diktator yang sebenar-benarnya. 

Hadi juga pasti tahu yang beliau akan malu jika kalah di Marang, tetapi tidak akan malu jika kalah di Pekan.  Mungkinkah ini cara untuk mengelak dari malu atau cara halus pihak tertentu untuk menamatkan terus riwayat politik beliau? 

Apapun, Hadi Awang bukanlah watak signifikan di dalam Pakatan Rakyat.  Hadi tidak punya karisma dan kaliber sebagai pemimpin.  Malah, dalam mesyuarat, Hadi hanya memberi ucapan pembukaan sebelum melepaskan tanggungjawab pengerusi kepada orang lain. 

Maka, kita tertanya-tanya, apakah permainan Anwar dalam isu ini?  Siapakah sebenarnya sasarannya?

Najib atau Hadi...?  Atau sekadar melepaskan ‘gian’ untuk bercakap walaupun tiada isu? 

Ataupun kerana terdesak ingin mengalih asakan media mengenai fahaman liberalisasinya yang berbangkit akibat keceluparan mulut anaknya, Nurul Izzah yang membenarkan umat Islam murtad...?

9 comments:

Anonymous said...

Satu soalan yang baik. Siapa sasaran Anwar sebenarnya ? Najib atau Hadi??

Anonymous said...

KENAPA Sampai hari ini Anwar Ibrahim tidak berani menyahut cabaran bersumpah laknat bahawa Dia tidak meliwat Saiful Bahari Azlan dan dia bukan 'pelakon' dalam derama 'China Doll' ?

Anwar Ibrahim berani mencabar orang lain tetapi takut menerima cabaran untuk membuktikan kebenaran. Wallhaualam.

mtk

Anonymous said...

Jam omega pun x mampu jawap, nak cabar2 org lain pulak..

Anonymous said...

Kau baru kenal nuar ke bro?
Aku kenal perangai dia sejak dia dikatakan dicucuk arsenik dan virus HIV masa dalam penjara tapi masih hidup segar bugar sampai sekarang.

memang patut la bini dia tabal Anugerah Tuhan

Anak Lenggong said...

Yang dia terperok kat Permatang paun buat pe..cuba laa dia sendiri bertanding di Pekan ataupun Paguh kalau berani..

Anonymous said...

kalu kita perhatikan betul2 muka DSAI nampak sangat mukanya dah kehilangan sinar keimananya malahan dah tak ada serinya lagi. Fikirkan?

Anonymous said...

Mukanya dah keroh , tak berseri langsong .

Anonymous said...

aku rasa dajjal dgn dia seirasla.. kembar kot

Anonymous said...

muka si-pembohong al penipu semakin rentong dan reput....Pembalasan dari Maaliki Yawmid Diin(Tuhan di-hari pembalasan) untok si=pembohong al munafikun yg menipu dan membohongi umat dengan mangaku dan meniktiraf dirinya sebagai anugerah tuhan.